Pada hari Sabtu 6 Oktober 2012, selepas Zohor, semua jemaah haji dari KT42 bertolak ke Makkah. Kami menaiki bas.Barang2 kami di letakkan diatas bumbung bas. Aku melihat sendiri beg2 itu di campakkan dan di tangkap dengan begitu "expert' oleh para petugas Muassasah, iaitu pengurus tempatan@ dari Arab Saudi yang akan mengendalikan pergerakan kami di Makkah di sepanjang musim haji ini. Patutlah beg besar@ beg bagasi ku rosak teruk, "ganas" juga mereka ni buat kerja....Walau apa pun yang terjadi, kami tak berani nak komen apa pun...sabar je.....
Dari Madinah , bas berhenti di Bir Ali dan kami menunaikan Solat 2 rakaat di sebuah masjid di situ. Kami sebenarnya telah niat berihram sejak keluar dari hotel di Madinah lah lagi dan di sini, semua jemaah haji di peringatkan oleh petugas Tabung Haji supaya tidak lupa berniat ihram untuk melakukan umrah wajib ketika tiba di Makkah 7-8 jam kemudiannya.
Tepat jam 10 malam, bas tiba di hadapan hotel kami iaitu Rawdhat As Shooroq....kedudukan hotel ini , yang kami panggil Maktab, memang agak tersorok....al Hamdulillah selamat tiba di sana dan kami segera bergerak ke bilik yang di sediakan. Di hotel ini, aku mendapat dua orang "room mate" yang baru ,tapi kehilangan Ti, kerana namanya terletak di bilik lain. Setelah meletakkan beg galas di bilik, aku mendapat sms dari suami supaya menanti beliau di lobby maktab.....
"Kita akan ke Masjidil Haram sebentar lagi untuk tawaf, saie dan tahlul@ (bercukur atau memotong beberapa helai rambut)...." kata Dr K, seorang pensyarah@ustaz dari sebuah universiti ternama di M'sia, rakan sebilik suamiku.Hatiku berdebar-debar kerana sebentar lagi, aku akan dapat melihat Kaabah dari dekat!!!
"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...." doa ku setiap saat....
Jika di Madinah, hotel kami jauhnya cuma 50 meter dari Masjid, tapi di Makkah, jarak hotel ke Masjidil Haram ialah 900 meter.....jauh tu!! Jam 11 malam waktu Makkah, kami lima pasangan bergerak ke Masjid. Kami berjalan melalu bawah jejantas, menyeberangi jalan yang agak sibuk dan terus bergerak ke arah Masjid. Kasut jenama 'croc' yang ku pakai, walaupun amat lembut tidak dapat menampung kesakitan kakiku sebaik saja tiba di hadapan masjid. Buat pertama kalinya aku merasa agak dukacita kerana hayalan ku untuk melihat Masjidil Haram sepertimana yang biasa di lihat di poster atau gambar dalam keadaan yang yang asli, segalanya telah musnah. Kini, petanda masjid ialah sebuah jam besar empat segi yang di bina diatas sebuah hotel bertaraf lima bintang!!Dan menara jam itu boleh di lihat dari jarak lebih 5 km!!
"Kita turun tawaf di pintu King Abd Aziz nanti selepas saie dan tahlul, kalau terpisah.... kita jumpa di hadapan kedai Bin Dawood.." demikian jelasnya arahan dari Ustaz. Kami semua mencatat sesuatu dan segera menuruti Ustaz dr K turun ke dataran Kaabah. Pertama kali melihat Kaabah dari dekat membuatkan hatiku sayu... keliling Kaabah penuh dengan jentera krane yang besar dan tinggi. Sekeliling Kaabah sedang dalam pembinaan. Patutlah kami para jemaah haji di wajibkan menutup muka samada menggunakan "surgical mask " atau berniqab.Keadaannya seolah-olah Masjidil Haram berada di tengah-tengah hotel !
Debu? Aku tidak berani nak komplen atau komen apa-apa. Segala perasaan negatif di hati, di buang jauh-jauh....kerna di tanah haram ini, walau ada sedikit pun perasaan yang tidak enak, biasanya Allah akan tunjukkan ketika itu juga secara tunai!!
Sebaik turun di dataran Kaabah, kami segera menuju ke arah Hajar Aswad yang di tanda dengan sebuah lampu hijau. Kami memulakan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari Hajar Aswad dan berakhir di tempat yang sama. Pergerakan ini di mulai dengan doa beserta istilam(mengangkat tangan sebelah kanan sebagai isyarat mengusap Hajar Aswad), dan di sepanjang pusingan pertama berdoa samada doa yang biasa dibaca selepas solat atau doa yang sediakan oleh Tabung Haji. Ketika tawaf tiba antara Rukun Yamani hingga Rukun Hajar Aswad, kita di galakkan membaca doa "Robbana atina fid dunya hasanah....."...kemudian mulai aktiviti yang sama untuk pusingan seterusnya......hingga lengkap ke pusingan ke 7!
Untuk tawaf yang pertama dan juga tawaf wajib ini, kami hampir mengikuti segala pergerakan Ustaz kerana khuatir membuat kesilapan . Hampir kebas tangan ku memegang talipinggang suami kerana tidak mahu tertinggal di belakang. Kebetulan ketika itu dataran tidak terlalu sesak, jadi kami berjaya menyempurnakan tawaf dalam masa yang tidak terlalu lama. Selepas itu kami beredar ke arah Safa dan Marwah untuk melakukan saie.....
Jika tawaf, kami mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, ibadah saie pula kami lakukan dengan berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dan jaraknya dalam 4.3 km....Aktiviti tawaf dan saie di lakukan dengan berkaki ayam. Ibadah saie di lakukan sempena kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim Alaihissalam yang di perintahkan supaya mencari air dengan berjalan@ berlari anak antara dua bukit iaitu Safa dan Marwah..Pastinya perjalanan Hajar ketika itu amat payah ,dengan cuaca panas dan jalan yang berbatu batan dan tidak rata...Semuanya dilakukan hanya kerana pmenuruti perintah Allah SWT!
.Ya, amat jauh bezanya dengan ibadah yang kita lakukan pada hari ini dimana para jemaah haji berjalan diatas lantai tile yang di kiri kanannya terdapat deretan tong berisi air zam-zam "cold" dan persekitaran yang ada aircond......Disebalik semua kemudahan itu, aku masih merasakan "penatnya" sebaik saja selesai melakukan dua ibadah penting tersebut.
Sebaik saja selesai bertahlul iaitu memotong beberapa helai rambut, maknanya kami sudah selesai melengkapkan umrah wajib dan selepas ini, kami sudah bebas dari pantang larang ihram....Sebelum pulang ke hotel, aku dan suami sempat bergambar di hadapan Kaabah ........................bersambung.
Ketika
0 ulasan:
Catat Ulasan