Pada hari ke tiga di Madinah, kami dari KT42 di bawa melawat ke beberapa tempat yang telah di tetapkan oleh Tabung Haji. Dalam fikiran ni, sentiasa berlegar, bagaimanakah rupanya Bukit Uhud yang amat terkenal dalam sejarah itu dan macam-macam lagi....
Beginilah rupa Bukit Uhud yang gondol tanpa sehelai daun pun. Bukan Bukit Uhud saja, hampir semua bukit di daerah ini memang tercipta dari jenis batu batan keras yang tiada sebarang tumbuhan diatasnya...namun menurut Ust Kamaludin, yang jadi 'tourist guide' kami,pada musim sejuk, akan kelihatan lumut hijau di celah batu, yang menjadi makanan biri-biri.....Sebaik tiba di kawasan ini, kami di ceritakan kembali tentang peristiwa Perang Uhud yang amat terkenal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW bagaimana tentera Islam ketika itu hampir di kalahkan oleh tentera kafir dan Saidina Hamzah turut syahid dalam pertempuran itu.... Kami mendengar dengan khusyuk sambil cuba menghayati dan merasai betapa kuatnya keimanan dan fizikal umat islam di zaman itu...
Selepas Bukit Uhud, kami dibawa ke Masjid Quba', antara masjid yang pertama di bina oleh Nabi Muhammad sebaik saja baginda dan rombongannya tiba dari Makkah ke Madinah. Dari filem "The message", masih teringat bagaimana hangat dan meriahnya sambutan yang di berikan oleh penduduk Madinah pada Nabi Muhammad SAW dan semua yang berhijrah bersama baginda.....
Lawatan itu tidak lengkap jika para jemaah haji tidak di bawa ke ladang kurma milik Tabung Haji yang di beli dan di kendalikan sendiri oleh orang Malaysia. Besar juga ladang tersebut yang boleh menampung keperluan lebih 28 ribu rakyat Malaysia yang ingin membeli kurma untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Aku dan suami tidak lah "shopping" sangat....sekadar membeli beberapa kilo kacang dan cokelat. Harga kurma dan kekacang di ladang ini di katakan dua kali ganda lebih mahal dari harga di kedai-kedai biasa di sekitar Masjid Nabawi.....Ramai juga pak aji dan mak aji yang datang dari daerah pedalaman di Malaysia tertanya-tanya, kenapa Tabung Haji menjual makanan tersebut dengan harga yang begitu tinggi???
Wallahualam, tiada jawapan untuk soalan itu...........
0 ulasan:
Catat Ulasan