Kami terpilih jadi Dhuyufurrahman.

| |
Syukur alHamdulillah, saya dan suami telah di pilih oleh Allah untuk menjadi tetamunya bagi musim Haji 2012. Kami mendaftar sejak tahun 2001 lagi, tapi ISA mendahului segala-galanya bila suami, Mat Sah telah di tahan di bawah ISA pada tahun 2002...dan di kurung selama hampir 8 tahun, walaupun beliau tidak pernah melalui sebarang proses mahkamah!!! (lihat entri awal di blog ini).Sepanjang hampir 8 tahun itu, suami telah di tawarkan dua kali  untuk mengerjakan haji....namun tidak dapat menjawab tawaran itu kerana di penjara tanpa bicara di Kem Kamunting...


Siapa yang tidak ingin pergi menunaikan haji di Makkah?Bagi kami berdua, perasaan untuk menunaikan Rukun Islam Ke 5 itu terlalu meluap-luap.Bila suami di bebaskan pada September 2009,kami seolah-olah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Untuk memastikan suami dapat menghantar anak kesekolah...(untuk merapatkan kembali jalinan perasaan antara bapa dan anak yang telah dipisah lebih 7 tahun)kami sanggup berpindah rumah ke satu lokasi di daerah yang sama dengan sekolah anak kami.....Semuanya di lakukan demi memenuhi perintah "restriction order" pihak polis. Mat Sah yang baru bebas hanya bergantung pada sedikit wang pencen dari DBP.Kehidupan memang agak mencabar dan kami terpaksa berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan.Harapan untuk ke Makkah kembali  berbunga....

Setelah mat Sah bebas dari "pantang larang" pihak polis melalui "restriction order" itu, kami berdua nekad untuk mengetahui peluang kami ke Tanah Suci. "Banyakkan berdoa supaya Allah sudi terima Encik dan Puan sebagai tetamu Nya bagi musim haji tahun ini..." demikian kami di peringatkan oleh pegawai Tabung Haji tersebut. Kami berdua memegang kata-kata itu dan perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya memudahkan urusan kami.



Pada 27 September 2012, kami berada di Kelana Jaya sebelum terbang ke Madinah. Terimakasih pada Puan Norashikin dan suami yang telah memberi  satu nasihat dan pandangan berkenaan proses ibadah yang paling baik dan sesuai sebelum kami mendapat tarikh penerbangan. Terimakasih pada kakak ipar, Puan Jun dan suami beliau , Kellet  yang begitu bayak memberi motivasi kepada kami berdua. Dan terimakasih pada adik-adik saya yang bersusah payah menghantar kami ke Kelana Jaya.


Bukan sekadar teman-teman rapat, adik-beradik kami sendiri agak terkejut kerana seolah-olah secara tiba-tiba kami dapat peluang tersebut....Agak ramai juga yang "risau" dan "khuatir" kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kami ketika di KLIA atau di Arab Saudi. kami berdua turut merasai bahang kerisauan itu, namun semuanya kami serahkan pada Allah supaya menjaga keselamatan kami dari manusia-manusia durjana yang masih berkeliaran di bumi Allah ini......... bersambung

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]