Hidup adalah perjuangan!!!

| |
Empat orang pemuda dari Setiu ,Terengganu, aku dan Kak Salmah MT PKR.
Rabu,24 Feb- Mahkamah Jalan Duta ,K.L.

Sewaktu menjejakkan kaki di Mahkamah Jenayah Sesyen 5... satu tempat yang agak kerap ku lawati...mataku secara tiba-tiba terpandang pada empat orang anak muda kelihatan agak letih dan lesu.

"Bila sampai" tanyaku kepada mereka. " Pagi sebelum Subuh.Bertolak dari Setiu, Terengganu malam tadi...." kata Along. Shukri, salah seorang dari mereka adalah antara 29 tahanan Himpunan MANSUH 1 ogos lepas....termasuk aku sendiri.

Aku tiba-tiba teringat peristiwa di mahkamah pagi itu.Pendakwaraya....., tanpa rasa malu telah menyatakan bahawa polis tidak memberi sebarang maklumat pertuduhan keatas kami dan dimasa yang sama polis-polis itu juga tidak dapat dihubungi......

Tiba-tiba aku rasa sedih sangat kerana terasa dipermainkan oleh polis!!!
Kesedihanku lebih memuncak bila memikirkan hampir separuh dari 29 tahanan MANSUH terpaksa datang dari Johor, Terengganu, Perak dan Melaka semata-mata hanya untuk mendengar "sebutan kes" untuk kali ke lima!!!

Pelik, kenapa lambat sangat perbicaraan dijalankan...rupanya polis2 yang sibuk menahan dan memasukkan kami kedalam lokap itu belum lagi menyiapkan kertas tuduhan mereka untuk tindakan pendakwaraya di mahkamah. Polis juga mempermain-mainkan pendakwaraya dan mahkamah!!!!

Sabarlah...kataku pada mereka.Inilah perjuangan kita. Selagi kes ini masih ada, selagi itu orang akan ingat tentang himpunan rakyat yang bencikan ISA.


Dari kiri Zalina , Izzah (baju wad warna hijau) aku dan Zalihan.

25 Feb, Hospital Selayang.

Aku menziarahi seorang sahabat lama yang sedang diuji dengan penyakit. Paling akhir aku bersenggol bahu denganaya ialah disatu majlis kahwin tahun 2006.Ketika itu, dia tidak lah kurus sangat.

Namun kenangan sewaktu bertemu beliau di wad 5D beberapa hari lepas membuatku sukar untuk melelapkan mata!!Aku tidak pernah terfikir dia jadi sekurus itu.... kenapa ya? Beliau dikatakan sedang derita sakit tairoid, daibetes dan jantung.Beliau yang ku kenali sejak 15 tahun yang lalu, adalah seorang anemic!

Sewaktu aku menziarahinya, beria-ia benar dia minta aku duduk disebelahnya. Ahhh..malu rasanya dengan tubuhku yang montel berisi, duduk disebelahnya yang tinggal kulit dengan tulang!!!

"Bagilah daging akak sikit kat saya" katanya bergurau.Aku hanya tersenyum sambil memerhatikan beliau memegang dan mengusap-usap tanganku.

Aku berdoa supaya beliau segera sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti biasa.
Dimasa yang sama, aku bersyukur, walaupun lebih 7 tahun hidup tanpa suami, Allah memberi kesihatan tubuh badan ,satu nikmat yang tidak ternilai harganya kepadaku.

Dalam hati, aku berjanji akan terus memperjuangkan apa yang telah dilakukan selama ini...hinggalah kebenaran itu diletakkan ditempat yang sewajarnya.Ameen.

2 ulasan:

joe penang berkata...

Saya cadangkan teman kak tu amalkan teh herba hpa. Insya Allah. Baik untuk masalah kolestrol, kencing manis dan darah tinggi.
sebaik2nya kena sinergikan dengan herba yang lain. Takpalah. Gunakan yg tu dulu..

Merah Hitam berkata...

Salaam,
Terimakasih Joe Penang.Nanti akak sampaikan kat dia.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]