Berilah daku peluang.....

| |


Dari kiri Zalina (gelang mutiara) Kak Umi, Che Yah(tudung kuning) ,saya dan Kak Ani (baju biru).

Bila tengok gambar ni..... teringat di zaman kami muda-muda dulu. Bukan senang nak bertemu semula dan duduk santai seperti ini. Apa yang istimewa sangat dengan gambar ni?

Kami pernah tinggal serumah sewaktu bujang-bujang dulu. Memang faham sangat karekter masing-masing. Che Yah terkenal sebagai "Miss Smart" kerana tulisan yang cantik ,kerja-kerja kemas dan gaya jalan pun teratur.Zalina bagaikan model terkenal dengan gelang-gelang , rantai yang silih berganti dan fesyen-fesyen baju jubah yang pelbagai. Kak Ani terkenal dengan tag "recycle' kerana bijak menggunakan smula barang-barang terbuang/terpakai. Manakala aku , sering dilabel sebagai "manja ,loyar buruk dan lembut".

Kehidupan dirumah bujang amat menyeronokkan, terutamanya ketika makan. Apa saja yang dihidang, pastinya semuanya akan bersih!!!

Antara kami berempat , aku yang terlebih dulu menamatkan zaman bujang.Masih ingat lagi di majlis perkahwinanku, ramai yang sedih dan menangis kerana aku tidak tinggal bersama mereka lagi.......Allah telah mentakdirkan, walaupun aku yang mendirikan rumahtangga dulu, tapi aku yang paling akhir mendapat cahaya mata ie Suhaib.

Itu dulu.

Sepuluh tahun kemudian, mereka terkejut dengan berita suamiku ditahan dibawah ISA. "Bagaimana agaknya kehidupan Che La (panggilan untukku) yang amat manja dan bergantung sangat kat suami dia?" itulah yang bersarang di minda mereka.Mereka tak dapat membayangkan bagaimanakah aku mengharungi hari-hari mendatang tanpa suami disisi....

Kemudiannya......

Semua terperanjat pertama kali melihat berita dan wajahku keluar di HARAKAH . " Ella (panggilan untukku) awak dah banyak berubah....dah tak lembik, pemalu dan pendiam macam dulu....." komen mereka lagi.....

Dan selebihnya......apa yang mereka saksikan hari ini....

"You all nak saya jadi macam dulu balik.. he he he?" soalku kepada mereka.

Semuanya tersenyum penuh makna. Semua kata ' teruskan lah ..."

Tetapi, bila dah jadi cikgu semula, seolah-olah dunia menjadi sempit kerana tugasan dan tanggungjawab yang terlalu banyak perlu diselesaikan. Tapi...mungkin semua kesibukan ni hanya sementara saja kot...maklumlah, setelah tujuh tahun hidup membujang serta bercuti panjang dari sekolah, banyak perkara yang wajib di "adjust' semula......

Berilah peluang padaku untuk menyusun semula kehidupan ini....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]