Siapa lagi selepas ini?

| |
Gambar sebahagian dari keluarga tahanan ISA terbaru yang di tahan dalam satu serbuan di Sg Chinchin, Gombak akhir January 2010.Mereka hadir dalam satu satu penyerahan memo dan sidang akhbar anjuran GMI di SUHAKAM semalam.Mangsa ISA terbaru ini adalah pelajar dari Negara Timur Tengah yang sedang belajar di salah sebuah universiti tempatan.

Tag nama ini dipakai ketika saya dijemput untuk memberi ucapan selama 2 minit di Geneva, Switzerland, bulan June tahun 2009.

Sebaik saja saya menamatkan ucapan yang intisarinya menceritakan nasib mereka yang ditahan di bawah ISA di Malaysia, ramai juga peserta wanita dari beberapa buah negara Arab, Afrika dan Uganda yang mendapatkan saya untuk memberi kata-kata semangat kerana menurut mereka, ucapan itu amat menyentuh hati.

"I thought Malaysia is a paradise !!!!" kata seorang wanita bernamaJulunya dari Uganda.

"Yes! It IS a paradise...but there's a black dot, the act that extremely violates the rights of the people.." jawabku dengan pantas.Mereka yang lain turut menganggukkan kepala.

Sepanjang berada di persidangan dunia itu, saya dapati Malaysia amat popular dikalangan negara-negara OIC terutama dari Timur Tengah dan Asia.Dengan matawang yang rendah nilainya berbanding negara mereka, makanan yang sedap serta murah, hotel-hotel bertaraf 4-5 bintang yang mewah serta yuran pengajian yang murah di universiti yang bertaraf antarabangsa memang menjadi pilihan utama untuk dijadikan 'rumah kedua' untuk diduduki.Sebab itu, bila sebut "Malaysia" saja, mereka pasti tersenyum dan ramai yang saya temui disana mengaku pernah datang ke Kuala Lumpur!!!

Namun...... siapa sangka, ada "akta tahan tanpa bicara' di negara syurga dunia ini yang tidak pernah mengenal ihsan pada mangsanya?

Sejak tahun 1960, ISA telah digunakan keatas lebih 17,000 orang yang ditahan dan dilabelkan dengan beratus-ratus jenama seperti KMM, JI, Al Mauunah,Hindraf dan sebagainya .Tiga bangsa utama di Malaysia terdiri dari Melayu, Cina, India semuanya telah pernah dijadikan mangsa.

Sebelum ini, PM baru pernah berkata, ISA tidak akan digunakan lagi... namun perkembangan mutakhir ini seolah-olah menceritakan bahawa kata-kata PM juga tidak dapat dijadikan satu kepastian yang akta zalim ini tidak akan digunakan lagi.

Selepas penahanan warga Timur Tengah ini, siapa lagi kah yang bakal dimangsakan?

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]