"Aku akan bebas dari cengkaman ISA"
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 4:09 PG
|
Aktivis GMI Nashita, YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang dan YB Gan Pei Nei ADUN Rawang menziarahi ibu bapa "S" yang pernah ditahan hampir 8 tahun dibawah ISA tanpa pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah.
"Alhamdulillah, jam 12 malam ini, genap 8 tahun . Dan aku akan bebas total dari cengkaman ISA' itulah sms yang dihantar oleh "S" kepada kami.
Gembira bila baca sms itu,tetapi...kenapa agaknya "S" mengatakan bebas secara "total"?
"S" ditahan dibawah ISA pada bulan Disember 2001 dituduh sebagai ahli "JI". Beliau dibebaskan dari Kem Kamunting pada bulan January 2009.Selama 7 tahun beliau merengkok di penjara,sekalipun tidak pernah diberi pendakwaan atau proses perbicaraan mahupun judicial review dimahkamah. Dan kini,walaupun sudah "bebas"...... beliau tetap dinamakan oleh polis Special Branch sebagai "pengganas" yang masih memberi ancaman kepada negara......
"S" seorang yang amat patuh dengan semua peraturan yang di senaraikan oleh pihak warden Kem dan SB bertugas antaranya ialah, beliau dan keluarga tidak boleh berhubung dengan wartawan ,tidak berhubung dengan mana-mana Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan tidak membuat Habeas Corpus dengan mana-mana peguam dimana-mana mahkamah!!!
Sebaik saja dikeluarkan dari Kem Kamunting pada January 2009, beliau hanya tinggal di alamat rumah yang terletak di wilayah polis yang kecil dan tidak boleh keluar dari wilayah tersebut kecuali dengan izin polis.Beliau juga terpaksa melaporkan diri setiap minggu di balai polis yang dinyatakan dan berada di rumah sebelum jam 9 malam.
(Selepas ini, beliau boleh pergi ke mana-mana saja di Semenanjung Malaysia...diseluruh dunia , pada sebarang masa dan ketika.... tanpa dibelenggu peraturan polis . Kebebasan pemberian Allah yang sepatutnya dinikmati oleh mana-mana warga negara Malaysia khasnya dan mana-mana penduduk dunia amnya)
Walaupun sudah lebih setahun dibebaskan dari Kem, beliau belum mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung pendapatan keluarga kerana sekatan wilayah dan beberapa peraturan SB yang perlu diikuti. Mungkin selepas ini, beliau boleh merancang kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.
Mengimbau kembali penahanan dibawah ISA 7 tahun yang lalu, bapa "S" seorang yang amat berusaha untuk melihat anak kesayangannya dibebaskan dari cengkaman akta tahan tanpa bicara ini. Beliau, pernah bertemu bekas Menteri Dalam Negeri dalam satu majlis penerangan tentang ISA anjuran UMNO/BN dan merayu-rayu supaya anaknya dibebaskan. Dan ketika itu, Pak Cik "M" sungguh terperanjat bila diberitahu bahawa bekas Menteri itu tidak tahu menahupun bahawa ada tahanan ISA yang telah ditahan lebih dari 7 tahun!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
la..nak heran apa, nama pun ISA (Ikut Suka Aku)peduli apa dia org nak buat, org luar mana tau. GMI aje yg ambik berat. Yg lain ikut musim. Pedajal aje gerombolan yg bersekongkol dengan ISA tu, SB ka, UMnGok ka, MP atau pejadah apa-apa, doakan Allah melaknat depa-depa tu
Catat Ulasan