Sabtu 6 Mac 2010,
Di Padang Sekolah Taman Melati telah berlangsung sukan tahunan sekolah tempat aku mengajar.Seronok dan Alhamdulillah, cuaca juga turut menyebelahi kami.Di awal pagi agak mendung dan hujan turun renyai-renyai ketika kami berbaris namun semua itu langsung tidak mengurangkan semangan kesukanan yang ada di dada semua peserta.
Penat? Allah saja yang tahu. Matahari mula terik pada jam 12.00 tengahari dan acara sudah selesai.Syukur semua berjalan lancar. Rumah Kuning menjuarai sukan dengan menggondol 22 pingat Emas ,diikuti rumah Biru(my house) ,rumah Hijau dan rumah Merah.Semua guru-guru gembira walaupun muka masing-masing merah macam udang kena bakar.....Ini baru satu perjuangan yang amat kecil kesannya.....
P/s: Kalau g demo dijalanraya kerana ISA atau protest, laaaaagi teruk.Bukan saja cuaca panas, tapi kena sembur dengan air asid lagi.......
Sabtu 6 Mac 2010, jam 8.30 malam.
Penat sungguh balik dari padang.Kaki rasa cramp...kepala rasa berat yang amat sangat.Suhaib dan Abah yang kononnya nak bagi "buffday surprise".... dah macam merajuk kerana aku berkurung saja di bilik.Namun akhirnya....aku akur juga dengan permintaan mereka.
Beria-ia mereka berdua ingin membawaku ke satu kedai.... "best' .
Best ke kedai yang dipilih nak sambut buffday tu? Langsung!!! Biasa jer!!! Namun yang mahal ialah kenangannya. Kali terakhir kami minum bersama pada tahun 2002 dulu di kedai ini.... Malam tadi...selepas 7 tahun.... kami bertiga kembali minum di kedai tersebut...
Malam tadi Abah belanja Kek Cheese marble Splendid dan Suhaib belanja donut Big Apple, kentang goreng dan root-beer float.Halal, insyaAllah!!!Rasa terharu sangat sampai tak lalu makan. Suhaib dengan Abah yang berlawan-lawan makan kentang dan kek cheese....Aku hanya memerhatikan saja gelagat dua lelaki yang sama besar saiznya tetapi jauh beza usianya....
Ada yang bertanya, apakah hadiah istimewa dari Abah?? He he he... ada lah...tapi rahsia. Yang penting, dia telah kembali ke sisi kami semula sepertimana sebelum tahun 2002 dahulu.....
P/s: Rasa tercekik bila teringatkan tahanan ISA Samsudin Sulaiman yang telah ditahan hampir 8 tahun tanpa pernah di beri sebarang perbicaraan.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan