( Ini gambar Sudin yang diambil pada awal Subuh 18 April 2002, lapan tahun yang lalu.Bagaimana rupa Sudin sekarang?)
Setiap kali ISA disebut, pasti aku akan teringat pada Samsudin.Apalah yang sedang dibuatnya ketika ini? Bagaimanakah keadaannya?Tidurkah?Sedang baringkah?Apa agaknya yang sedang bersarang di mindanya?
Pada 12 Jun ini, beliau akan genap 8 tahun dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Pekerjaan beliau sebagai pembantu akauntan, sudah lama berakhir. Isterinya....sudah lama diceraikan, atas kehendak wanita itu sendiri (dan dia tidak salah kerana menuntut haknya). Anak-anak semakin membesar dan sudah lama melupakan bapa kandung yang tidak langsung memberi nafkah makanan mahupun kasih sayang sewaktu mereka melalui saat-saat membesar....
Siapakah yang patut dipersalahkan?Sudin atau bekas isteri dan anak-anak?
Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita dari seseorang yang dikatakan agak rapat dengan beliau bahawa Samsudin tidak mahu berjumpa sesiapa pun samada ahli keluarga ,Special Branch ,peguam atau pegawai SUHAKAM kerana beliau telah bersumpah, jika Perdana Menteri yang baru ni tak mahu memohon maaf secara terbuka pada beliau, dia lebih rela mati saja di dalam Kem!!!!
Biar betul ni!!!!Jika betul Sudin ingin bersumpah mengakhiri kehidupannya di Kem, ini akan menjadi satu sejarah baru dalam perjuangan menegakkan hak asasi di Malaysia ini.Pelik juga, dah dikurung lebih 7 tahun, adakah beliau masih lagi menjadi ancaman pada keselamatan rakyat Malaysia?Adakah ini bermakna KDN gagal mentarbiayah Sudin mengikut citarasa kementerian itu?
P/S: Sentiasa berdoa moga Sudin dibebaskan segera dan tidak mati di dalam Kem.Jika dia mati diKem, siapa yang susah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kejam nya KDN ni.
Dalam Islam kalau salah kecil ke atau besar ke, wajib dibicarakan. Bukan mengurung sesuka hati.
Kalau kat Akhiratpun Allah yang maha pengasih tu pun akan mengadili setiap manusia di atas setiap perbuatan mereka wlaupun sekecil zarah sebelum masuk ke syurga atau keneraka...maka...kenapakan manusia yg bernama Hishamuddin ini begitu kejam daripada Allah tidak membicarakannya.
Semoga Allah memberi balasan yang pedih pada si anak Hussien Onn yang kejam ini di akhirat kelak. Amin...Amin...Amin.
merayu menangis dan merintihla kepdNYA..
Catat Ulasan