Dalam Malaysiakini hari ini, ada laporan tentang peristiwa Memali dimana polis telah diarah menembak Ust Ibrahim Libya yang sepatutnya ditahan dibawah ISA,tetapi beliau enggan dan berakhir dengan tembakan polis kearah Ust Ibrahim dan pengikutnya yang terdiri dari jiran2 di kampung Memali itu.
Lebih 25 tahun peristiwa itu berlalu, namun sumpahan mangsa dan rakyat Memali setempat terhadap Menteri Dalam Negeri ketika itu bersama polis, tidak pernah kunjung padam......malahan, semakin hari kebencian nmereka terhadap polis dan kementerian polis itu makin bertambah......
Selepas 25 tahun, perangai polis masih tidak berubah tapi nampaknya makin ganas! Beberapa peristiwa yang didakwa berpunca dari kerakusan polis seperti kes Udayappan, Kugan, Teoh Beng Hock... di andaikan polis akan berubah sikap dan lebih mesra rakyat...namun segala telahan itu hilang dengan kes kematian terbaru ini , adik Aminulrashid 15, yang didakwa di tembak oleh polis dan mati serta merta di tempat kejadian....
Seseorang memberi komen..."Betul ke polis sekarang ni dahagakan darah rakyat?"....
1 ulasan:
teoh beng hock ade kene mengene ngan polis ker???
bukan ngan sprm ker....pening nih pening
Catat Ulasan