Anugerah lagi.....

| |
"Kenapa sepi je? Dah tak aktif lagi ke?" tanya Lin, teman setia@pemandu@jurugambar@PA YB Rodziah Ismail, EXCO Selangor bahagian Wanita dan Kebajikan. "Bagi lah peluang akak membina hidup baru..." kataku sambil tersenyum. Dah lama kami tak bertemu, dalam suasana hangat dewan orang ramai Sg Kancing itu, kami tak putus-putus berbual mengenai isu semasa dan kerjaya beliau disamping wakil rakyat Batu 3, Shah Alam itu.

Pada hari itu, Ahad 4 April, aku menerima anugerah sempena Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Selangor bagi kategori wanita berdaya kategori isteri tahanan ISA. Rasa terharu dan terperanjat pun ada bila melihat wajahku dalam beberapa aktiviti memenuhi skrin besar dewan, dalam satu persembahan slide di majlis tersebut.
Bukan anugerah yang di pinta...namun, aku bersyukur diatas apa saja penghargaan yang diberikan diatas usaha mendedahkan kezaliman dan kejahatan ISA yang pernah mencuri hampir 8 tahun kebahagian rumahtangga antara saya dan Mat Sah yang terpaksa merengkok selama itu(8 tahun) di Kem Kamunting, tanpa sekalipun dibicarakan di mahkamah!!!!
Kebiasaannya, kemana saja aku dijemput, aku akan membawa gambar-gambar tentang penderaan SB keatas para tahanan ISA dan menjual barangan yang mencerminkan penentangan terhadap akta Keselamatan Dalam Negeri itu.
Kini, lebih 90 peratus tahaan telah dibebaskan.Namun kami yang mernjadi mangsa tidak pernah putus mendoakan supaya semua mereka yang pernah menganiaya kami, di beri "ganjaran" yang terbaik bersesuaian dengan apa yang pernah mereka lakukan keatas kami dulu.Biarlah "ganjaran" itu Allah saja yang memberikannya...mungkin sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kami....sama juga sebagaimana "perbuatan" yang tidak pernah terfikir oleh kami akan dilakukan oleh mereka "SB-SB" yang berbangsa Melayu@berugama Islam terhadap suami saya dan kawan-kawannya dulu. Di dunia mereka mungkin lepas, akhirat belum tentu lagi....Kami belum bersedia untuk memaafkan walau sebesar zarah sekali pun!!!

Perjuangan untuk membuang akta tinggalan penjajah itu serta menghapuskan "SB' di dalam sistem pentadbiran di negara ini akan diteruskan..........Semuanya dilakukan hanya kerana Allah!!!





1 ulasan:

roh_insan berkata...

salam.ape khabar,semoge beroleh ketenangan n kebahagian,tak turun H/Sel ke.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]