Cina ,India bijak.....Melayu UMNO?

| |

Kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor masih dirasai pahitnya...namun, disebalik kegetiran itu, rupanya terserlah satu penemuan baru iaitu orang Cina rupanya sudah bijak dan matang dalam berpolitik.India pun boleh tahan jugalah. Namun, yang sedih ialah orang Melayu -UMNO, yang rata-rata masih tidak dapat dipisahkan dengan kefahaman karut bahawa hanya BN yang mampu menyelamatkan mereka.
Sayang...seribu kali sayang. Orang Melayu-UMNO yang berugama Islam, yang percaya rukun Islam serta rukun Iman, sepatutnya menterjemahkan kepada orang lain bahawa Islam itu adalah selamat dan adil. Namun, bila mereka lebih percaya kepada propaganda bahawa orang Melayu ada keistimewaan @ lebih istimewa berbanding bangsa lain....maka itulah yang menjadikan mereka satu kaum yang tidak adil kepada kaum lain yang sama-sama mendiami Malaysia negara yang indah ini.
Agaknya orang Melayu UMNO ni lupa siapa yang memerintah paling lama? Lebih 63 tahun UMNO berkuasa...apa yang rakyat biasa dapat????
Contohnya, orang Felda Sg Buaya tunggu duit tanah mereka selama 15 tahun.Cuba fikir, selama itu, Parti mana yang paling lama menguasai tempat tu? Kenapa baru hari ini mereka, sibuk nak tunaikan hak rakyat?

6 ulasan:

miss ice berkata...

mmg masih terasa pahit....mereka pendek akal agak nya..

Tinta berkata...

Mahasiswa Johor di Mesir berdepan dengan fitnah oleh Nadi Umno dan Pegawai JPMK!!

Salam buat semua pembaca

Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang

Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Takzim, dan YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan

Idris Shah beserta delegasi bagi
merasmikan Asrama Pelajar Johor Rabaah merupakan saat-saat yang ditunggu

oleh anak-anak JOhor dibumi Mesir.

Pihak persatuan yang terdiri daripada anak-anak JOhor bertungkus lumus

untuk memastikan supaya program ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan
memberi gambaran yang baik kepada pihak kerajaan khususnya terhadap majlis

ini.

Namun timbul satu isu yang amat menyakitkan hati.Sehari sebelum perasmian

Asrama tersebut Nadi UMNO Mesir telah mengadakan
ramah mesra dengan YAB Menteri Besar JOhor yang turut disertai beberapa

pengawai dari JPMK. Antaranya ialah Prof Jamil dan Encik Khari Jalaludin

(sering menyamakan dirinya dengan YB Khairi Jamaludin-

http://www.facebook.com/profile.php?

id=1824075400&ref=search&sid=100000352658144.4188050174..1)

Dalam pertemuan tersebut turut dinyatakan bahawa 90% anak-anak Johor di

Mesir terlibat dengan pembangkang!!

Pihak yang mengeluarkan kenyataan ini harus bertanggungjawab atas laporan

ini yang entah dari mana sumbernya.Laporan ini
juga menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga kebajikan anak-anak

JOhor di Mesir ditekan dan diminta memberikan
laporan tentang mereka yang pro pembangkang.Ada yang mengatakan juga zakat

johor akan diturunkan disebabkan laporan ini.
Apa untungnya laporan ini!!.Hanya menyusahkan anak-anak johor di Mesir

serta mereka yang sepatutnya dihantar untuk menjaga
kebajikan anak-anak johor dipaksa memberikan laporan politik pula.

Dalam pertemuan tersebut juga,kelihatan beberapa anak johor dalam pertemuan

tersebut.Apa kapasiti mereka dalam
perjumpaan tersebut?Adakah mereka hanya mendiamkan diri dalam isu ini?

Diseru kepada anak-anak Johor di Mesir melakukan solat hajat agar mereka

yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah
ini mendapat pembalasan daripada Allah taala.Anak-anak johor di bumi Mesir

seharusnya bangkit menidakkan laporan yang
diberikan hanya akan menyusahkan anak-anak Johor yang berada di Mesir serta

menyebabkan mereka yang dihantar untuk menjaga
kebajikan akan tersasar dari tugas yang sepatutnya.Adakah anda semua

sanggup melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Jati Diri berkata...

Salam Puan,

Saya mengikuti perjuangan Puan dan menyokong agenda GMI. Namun membuat "pukul rata" bahawa seolah-olah orang Melayu tidak berfikir semata-mata kerana membuat keputusan lain daripada Puan tidak bermakna kami buta.

Harap berhati-hatilah membuat ulasan untuk menjaga wibawa diri Puan sendiri di dalam perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

keistimewaan melayu bukan satu propaganda.ia adalh satu hak.dan dlm islam,memperjuangkan hak adalah suatu tuntutan. mengapa org melayu tidak mengundi pakatan?? kerana org melayu tidak nampak wajah sebenar pakatan.meraka tidak dapat bayangkan bagai mana pakatan mahu menubuhkan kerajaan selagi pakatan ini tidak bersatu dibawah satu lambang(seperti bn =dacing)mereka mahukan masa depan yg aman dan selamat.jadi saya nasihatkan puan agar jgn trus menyalahkan org melayu, tetapi lihat pd diri anda ataupon diri pakatan itu sendiri. saya ttp percaya pakatan ada harapan untuk menang jika mereka sedar siapa diri mereka.untuk pengetahuan puan juga, melayu itu bijak kerana itu meraka tetap menolak DAP.

azman kamarul berkata...

Salam Melayu-UMNO...pRk hs TELAH PERGI YANG MENANG BERSORAK YANG KALAH KENA AKUR KEHENDAK PRENGUNDI.

Walaubagaimanapun, PrK HS telah memberi petunjuk jelas bahawa "ajaran" umno selama lebih setengah abad telah menjadi sebati dengan daging dan darah Melayu-umno.Bahawa hsanya umno yang layak mentadbir negara ini.

Malu sungguh dengan bangsa lain yang lebih celik dan cerdik.Berapa tahun lagi Melayu-umno sanggup ditipu digadai maruahnya oleh pemimpin umno.

Masih percayakah Melayu-umno dengan retorik janji manis pemimpin umno.Mungkin nanti akan wujud Melayu yang kental dan mempunyai jati diri yang tinggi serta "merdeka akalnya" bersama bangsa yang lain untuk memberi pengajaran kepada mereka nanti.

zuhairy berkata...

Memang sedih tgk bangsa sendiri tak reti menilai antara hak dan bathil. Tak tahukah mereka, berjuang atas assabiyyah tu tak boleh?

Orang felda sendiri dah tau, mereka selalu kena tipu. Tapi kenapa masih percaya dgn penipu..

Bukalah mata wahai orang2 felda...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]