Tangkap para demonstran dari Pakatan Rakyat di mana-mana himpunan rakyat.Kalau yang buat demo tu orang PERKASA@UMNO-BN... tak pe, tak di tangkap....
Menembak guna pemedih mata dan sembur air asid dari water cannon pada rakyat dari pembangkang yang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kezaliman pemimpin kerajaan.....
Membatalkan mana-mana ceramah parti pembangkang walaupun penganjur sudah diberi permit !!!
Menembak sesiapa saja yang "mencurigakan" dan memberi cerita palsu pada media tentang mangsa yang telah mati ditembak tu.
Tidak semua polis jahat.Ada polis yang betul buat kerja,tapi bilangan polis yang jahat didakwa jauh lebih ramai dari yang baik kerana mereka yang jahat ni dikatakan hanya memihak pada bos mereka iaitu pemimpin UMNO jer....
p/: Hampir 8 tahun hidup kami di selubungi kezaliman polis SB yang sentiasa menabur pembohongan demi pembohongan untuk merosakkan maruah dan nama baik kami. Hampir saja masyarakat mempercayai semua pembohongan dan tuduhan itu....Tidak didunia, diakhirat tetap kami tuntut!!!
Ini kah tugas utama polis di Malaysia?
Tun Mahathir dan Tun Pak Lah bergaduh pasal minyak?
Malu! Malu! Malu! Memang malu bila terbaca kisah dua atuk ni dalam M'siakini....... Tun Pak Lah memang slow, tapi ketika dia berkuasa, at least dia tak lah ganas sangat macam PM yang sekarang nih...Kata orang PM sekarang nih dikatakan, sama jahat macam Tun M .....
KPN Malaysia kurang matang?
Nampaknya isu kematian adik Amirul 15 tahun yang di tembak polis beberapa hari lepas, masih panas.Ramai yang menyalahkan polis , kenapa terburu-buru menembak budak belasan tahun tu.Secara lojiknya, budak tu memang salah kerana masih bawah umur dan memandu tanpa lesen....TETAPI, adakah kesalahan tersebut perlu dibayar dengan nyawa?
Polis Malaysia dahagakan darah rakyat?
(Al Faatihah untuk Aminulrashid)
Cina ,India bijak.....Melayu UMNO?
Yahudi bertapak di Hulu Selangor?
PM- APCO beli orang Melayu di P94?
Orang Melayu di Hulu Selangor bodoh?
Orang-orang Felda di Hulu Selangor kabarnya gembira sakan dapat duit dari PM Najib....betul ke?orang Felda majoritinya Melayu. Dah bersyukur sangat le sebab Felda dah bela nasib mereka para peneroka yang sekarang ni rata-rata berumur antara 40 - 70 tahun...hingga lupa nasib anak cucu akan datang....
Ye lah..undi memang hak mereka dan ditangan mereka, tapi beringat-ingatlah...jangan lupa Allah akan tanya, siapa yang di pilih untuk dijadikan pemimpin. Janganlah bersekongkol dengan pemimpin yang dah terbukti zalim, rompak duit rakyat dan mengabaikan kebajikan rakyat jelata.....
Bila bercakap tentang pemimpin ni, tahniah le diucapkan pada UMNO=BN kerana dikatakan mempunyai rekod 50 tahun memerintah dan berkuasa dan telahmelakukan pelbagai kezaliman serta penindasan pada rakyat Malaysia,terutama orang Melayu. Buktinya, UMNO ada ISA. Kini, ada 15 tahananISA, dan salah seorang dari mereka ditahan lebih 8 tahun tanpa sebarang perbicaraan.Tahanan ISA 8 tahun itu adalah seorang Melayu-Islam!!!
p/s: Ya Allah ,musnahkan mereka yang zalim yang masih mempunyai ISA!!!!
Baguslah jika Tun M berkempen di P 94!!!!
Dengar nya Tun M @ Mahazalim pun datang kempen di Hulu Selangor.... betul ker?
Jika betul bagus lah..... Itu satu langkah yang cukup baik,berkesan dan amat positif terhadap semua pengundi P94 tu!!!!
Kenapa rasa gembira dan bersyukur sangat nih?
Aaahhhhhhaaaa...anda semua jangan lupa, disebebkan kisah mata lebam dan kezaliman orang tua ni pada DSAI lah yang dikatakan menjadi penyebab utama rakyat Malaysia beralih arah hingga tak sanggup lagi tengok bendera UMNO tu.....Dan disebabkan kronism n nepotism yang beliau amalkan lah rakyat dah muak dengan parti lambang keris tu....
Bagus! Bagus! Lama-lama sikit lah Tun di HS tu ek????
ps:Tak kan ku lupa pada tahun pemerintahan Tun M lah suamiku ditahan dibawah ISA dan dituduh tanpa bukti sebagai "pengganas Islam"!!!!
PM Najib dah hilang sabar?
Sebelum penamaan calun di PRK Hulu Selangor minggu lepas, PM Najib kata beliau cuma kan menyaksikan PRK ni dari jauh je (dia ke US jumpa Obama).
Malam tadi, dalam berita TV3 tiba-tiba ada sebut bahawa beliau (PM Najib) akan turun berkempen di Hulu Selangor ........ Pulak???
Betul ke PM kita yang dikatakan begitu desperate jumpa Obama ni dah tak sabar tengok rentak bodoh timbalannya???
p/s: Ya Allah, kau hancurkanlah mereka-mereka yang zalim(penguasa ISA dan segala isinya) sepertimana kau hancurkan Firaun dan Hamam.Ameen.
Genap 8 tahun kami di zalimi ISA !!!
17 April 2010, genap 8 tahun Abah dizalimi ISA....
Abah ditahan dibawah ISA pada 17 April 2002.Masa tu Suhaib baru berumur 8 tahun 4 bulan. Dan ketika itu juga ,SB serta polis di Malaysia ni kelihatan terlalu angkuh dan berkuasa untuk menggunakan ISA keatas sesiapa saja yang dikehendaki oleh penguasanya....
Kini, walaupun telah dikeluarkan dari Kem Kamunting, Abah masih terpaksa mengikuti beberapa syarat zalim KDN. Antara syarat-syarat itu ialah:-
1-Abah trpaksa pergi ke balai polis terdekat dengan rumah kami semata-mata menurunkan tanda tangan diatas muka surat sebuah buku tulus kotak-kotak yang biasa digunakan oleh budak-budak tadika membuat latihan matematik!!!
2-Abah tidak boleh keluar rumah melebihi jam 9 malam.Seekor SB yang ditugaskan mengawal abah akan membuat rondaan sekitar jam 10 malam demi memastikan Abah berada di rumah.
3-Abah tidak boleh keluar dari daerah Sentul, tempat dimana kawasan perumahan yang kami duduki ini diwartakan.Jika nakkeluar daerah, kena tulis surat pada Ketua Polis Selangor dulu dan jawapannya akan diperolehi paling awal dalam masa 2 minggu. Contohnya ,jika abah nak ke satu destinasi di Kelang, Abah kena tulis surat dulu, kemudian SB akan periksa lokasi @ rumah destinasi itu.Dah dapat kebenaran SB, barulah boleh ke sana.<
4- Abah belum ada pekerjaan tetap lagi walaupun hampir 6 bulan di keluarkan dari Kem. Ada beberapa tawaran, tapi ada syaratnya. Abah kena beritahu SB dimana lokasi tempat kerja tersebut kerana seperti biasa SB akan pergi melawat tempat@ kawasan pekerjaan itu terlebih dulu.(Memandangkan beliau masih dalam pengawasan SB, kami ambil keputusan, elok dia duduk dirumah saja kerana tidak mahu "membawa tahi" ke tempat @ pejabat orang yang ingin memberi pekerjaan itu. Biar lah kami saja yang di intip oleh "tahi" tersebut).
5- Kami sebenarnya masih belum bebas dari cengkaman ISA.Kami akan terus berdoa supaya Allah musnahkan semua orang yang masih menzalimi kami dan mempertahankan akta tahan tanpa bicara itu.Ameen.
Hishamuddin buat lawak bodoh?
""Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.""
Rasa macam ada yang tak kena je bila baca kenyataan diatas. Kenapa ye??? lama gak saya cuba cari jawapannya...
Ohh ya. Hishamuddin kan top boss di KDN.Dia kan Menteri Dalam Negeri. Kalau dia tak buat laporan polis pun, polis2 semua tunduk dan patuh padanya....tak gitu?
Kalau dah betul DSAnwar buat kernyataan yang salah dan tanpa bukti...kenapa dia(Menteri Dalam Negeri) awal-awal lagi dah sokong DS Anwar mengatakan bahawa kerajaan memang dikatakan pernah ada hubungan dengan APCO, sebuah agensi yang ada kaitan dengan Israel, siap dengan jumlah bayaran pulak tu....Kenapa jawab macam tu.kan bahaaaaaaaaaaaaaaya tu.Sekarang siapa yang susah????
Alahai patut le ramai yang komplen...macam mana orang macam ni boleh jadi menteri? Siapalah yang bodoh sangat pilih dia ni dulu?
p/s: Selagi dia masih jadi penguasa ISA, doa ku tetap untuknya supaya diberi balasan yang terbaik setimpal dengankerjanya menjaga akta zalim yang membenrakan pernahanan tanpa bicara itu. Ya Allah , kau saja yang tahu balasan apa yang paling sesuai untuk dia dan semua yang terlibat menggunakan ISA.Berilah balasan yang terhebat untuk semua mereka itu...Ameen.
Muhyiddin dah nyanyuk ke?
(Seorang wanita dari Nigeria, suaminya seorang pelajar di salah sebuah universiti tempatan, telah ditahan dibawah ISA awal Januari 2010. Masih ada lebih 15 tahanan ISA di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting.)
Patut le ketua pemuda Gerakan kata Muhyiddn tak layak jadi TPM. Mulanya pelik gak dengan kenyataan tu...tapi bila terbaca kenyataan peribadi beliau "kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat" baru lah aku faham kenapa pemuda Gerakan tu.
TPM Muhyiddin ni sepatutnya lebih perihatin dengan segala tindak-tanduk kementerian lain dibawahnya, tapi nampaknya kezaliman ISA, yang disimpan oleh Menteri Dalam Negeri, sedikit pun memberi rasa simpati beliau trhadap rakyat yang masih dizalimi oleh akta tinggalan penjajah itu.
Sebenarnya TPM Muhyiddin dan semua pemimpin UMNO faham tak erti kezaliman?
p/s: Aku tidak pernah lupa 7 tahun kami dizalimi ISA.Kini pun kami masih dibelenggu oleh akta itu.Semoga Allah memberi balasan setimpal terhadap semua kakitangan yang terlibat dengan ISA dan semua mangsanya.
Siapa yang dibela oleh UMNO/BN?
"Siang tadi calun dari BN, Kamalanathan datang ke rumah kami" kata Mandeep, pemuda Sikh yang begitu tegas membantah penahanan beberapa orang jirannya di bawah ISA dua tahun lalu.Peristiwa tersebut telah membuka jalan perkenalan antara aku dengan beliau.Ibu Mandeep adalah ketua wanita MIC di kawasan itu , namun bapanya adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat. "Malam ni kita gegar kubu kuat MIC ni Cikgu.." kata Mandeep begitu bersemangat sekali.
Ya.Memang benar. Kehadiran Arutchelvan dan Dr Nasir dari PSM, Dr P.Ramasamy @Tim Ketua Menteri P.Pinang, ADUN Malim Nawar, Gobalakrishnan dan Sri Muthiah telah menggegarkan kota yang suatu waktu dulu, dibawah cengkaman kuat BN.Aku?Sekadar membuktikan bahawa aku adalah seorang rakyat biasa yang pernah menjadi mengsa akta zalim ISA.
"Zaid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai menteri kehakiman sebagai satu protes beliau diatas penahanan seorang YB wanita, seorang wartawan wanita dan seorang blogger dibawah ISA, tiga tahun lalu" kata hampir semua panelis yang hadir.
"Sudah lebih 50 tahun BN diberi peluang oleh penbduduk Kalumpang Tin, tetapi nasib mereka sama saja. Bila rakyat beri peluang pada PKR, baru dua tahun undi diberi pada Pakatan Rakyat, semua sudah mengeluh....." kata ku kepada mereka."
"Sebenarnya BN tidak pernah wujud kerana semua ADUN dan MP nya hanya mengikut telunjuk UMNO saja kerana semua calun itu dipilih oleh Presiden UMNO..." kata Arut.
Betul ke?
Tapi...UMNO pun bukan membela nasib orang Melayu.......Siapa yang di bela oleh UMNO?
Penyokong Israel berkempen di Hulu Selangor?
Perang PRK datang lagi!!! Kali ini di Hulu Selangor pula. Sengit! Memang sengit!!Apa yang sengitnya? Mstilah sengit kerana inilah kali pertama dikatakan Israel juga turut berkempen utk calun yang bertanding di P 94 nih!!!!
Dari dulu lagi dah kata, jangan percaya UMNO dan sekutunya, tapi orang ramai tak percaya....UMNO mana nak percaya rakyatnya sendiri? Jangankan orang Melayu, India dan Cina pun dikatakan tak layak untuk menduduki kerusi penasihat penting tu.....Israel juga yang di katakan jadi pilihannn....
Ini bendera baru penguasa ISA?
Dah lama tak update blog nih. Jadual harian ku kini dah tak macam dulu ketika Abah ditahan di Kem Kamunting. Aku juga sudah kembali ke sekolah...memang sibuk sangat.....
Dalam sibuk-sbuk tu, baru perasan ada bendera baru rupanya..... betul ke? Bukan bendera milik PR, tapi bndera mereka-mereka yang nak mempertahankan hak istimewa orang Melayu tu....
Tapi..... betul ke????
Anugerah lagi.....
"Kenapa sepi je? Dah tak aktif lagi ke?" tanya Lin, teman setia@pemandu@jurugambar@PA YB Rodziah Ismail, EXCO Selangor bahagian Wanita dan Kebajikan. "Bagi lah peluang akak membina hidup baru..." kataku sambil tersenyum. Dah lama kami tak bertemu, dalam suasana hangat dewan orang ramai Sg Kancing itu, kami tak putus-putus berbual mengenai isu semasa dan kerjaya beliau disamping wakil rakyat Batu 3, Shah Alam itu.
Pada hari itu, Ahad 4 April, aku menerima anugerah sempena Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Selangor bagi kategori wanita berdaya kategori isteri tahanan ISA. Rasa terharu dan terperanjat pun ada bila melihat wajahku dalam beberapa aktiviti memenuhi skrin besar dewan, dalam satu persembahan slide di majlis tersebut.