Feb
27

Hidup adalah perjuangan!!!

| | 2 ulasan

Empat orang pemuda dari Setiu ,Terengganu, aku dan Kak Salmah MT PKR.
Rabu,24 Feb- Mahkamah Jalan Duta ,K.L.

Sewaktu menjejakkan kaki di Mahkamah Jenayah Sesyen 5... satu tempat yang agak kerap ku lawati...mataku secara tiba-tiba terpandang pada empat orang anak muda kelihatan agak letih dan lesu.

"Bila sampai" tanyaku kepada mereka. " Pagi sebelum Subuh.Bertolak dari Setiu, Terengganu malam tadi...." kata Along. Shukri, salah seorang dari mereka adalah antara 29 tahanan Himpunan MANSUH 1 ogos lepas....termasuk aku sendiri.

Read More !

Feb
22

Berilah daku peluang.....

| | 0 ulasan



Dari kiri Zalina (gelang mutiara) Kak Umi, Che Yah(tudung kuning) ,saya dan Kak Ani (baju biru).

Bila tengok gambar ni..... teringat di zaman kami muda-muda dulu. Bukan senang nak bertemu semula dan duduk santai seperti ini. Apa yang istimewa sangat dengan gambar ni?

Kami pernah tinggal serumah sewaktu bujang-bujang dulu. Memang faham sangat karekter masing-masing. Che Yah terkenal sebagai "Miss Smart" kerana tulisan yang cantik ,kerja-kerja kemas dan gaya jalan pun teratur.Zalina bagaikan model terkenal dengan gelang-gelang , rantai yang silih berganti dan fesyen-fesyen baju jubah yang pelbagai. Kak Ani terkenal dengan tag "recycle' kerana bijak menggunakan smula barang-barang terbuang/terpakai. Manakala aku , sering dilabel sebagai "manja ,loyar buruk dan lembut".

Read More !

Feb
21

Izinkanlah peguam bertemu tahanan........(Protest di Lake Garden, 22Feb 2010,11am)

| | 0 ulasan



Selepas hampir sebulan, tahanan ISA dari Timur Tengah yang di labelkan sebagai pengganas itu di tahan dibawah ISA, pihak peguam masih belum berpelung bertemu semua yang ditahan.Sheikh Aiman Ad Dakak dan Azzahari Bin Murad adalah dua dari 10 tahanan yang semuanya belum diberi peluang bertemu peguam.

"Kami amat risau dengan keadaan semua tahanan.Kami akan failkan Habeas Corpus secepat mungkin, tetapi kami tidak dapat melakukannya jika tidak diizinkan bertemu mereka" kata Edmund Bon, peguam Hak Asasi terkenal dari Bar Council.

Tarikh: Isnin (22 Feb 2010)

Tempat: Lake Garden.

Masa: Jam 11 pagi.
Susah sangat kah nak beri peluang tahanan bertemu peguam?
Kenapa SB tidak benarkan tahanan bertemu peguam/ peguam bertemu tahanan?
Kenapa lawatan peguam kepada tahanan ISA amat di takuti oleh pihak berkuasa polis?

Read More !

"Aku akan bebas dari cengkaman ISA"

| | 1 ulasan


Aktivis GMI Nashita, YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang dan YB Gan Pei Nei ADUN Rawang menziarahi ibu bapa "S" yang pernah ditahan hampir 8 tahun dibawah ISA tanpa pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah.

"Alhamdulillah, jam 12 malam ini, genap 8 tahun . Dan aku akan bebas total dari cengkaman ISA' itulah sms yang dihantar oleh "S" kepada kami.

Gembira bila baca sms itu,tetapi...kenapa agaknya "S" mengatakan bebas secara "total"?

"S" ditahan dibawah ISA pada bulan Disember 2001 dituduh sebagai ahli "JI". Beliau dibebaskan dari Kem Kamunting pada bulan January 2009.Selama 7 tahun beliau merengkok di penjara,sekalipun tidak pernah diberi pendakwaan atau proses perbicaraan mahupun judicial review dimahkamah. Dan kini,walaupun sudah "bebas"...... beliau tetap dinamakan oleh polis Special Branch sebagai "pengganas" yang masih memberi ancaman kepada negara......

Read More !

Feb
20

Siapa lagi selepas ini?

| | 0 ulasan

Gambar sebahagian dari keluarga tahanan ISA terbaru yang di tahan dalam satu serbuan di Sg Chinchin, Gombak akhir January 2010.Mereka hadir dalam satu satu penyerahan memo dan sidang akhbar anjuran GMI di SUHAKAM semalam.Mangsa ISA terbaru ini adalah pelajar dari Negara Timur Tengah yang sedang belajar di salah sebuah universiti tempatan.

Tag nama ini dipakai ketika saya dijemput untuk memberi ucapan selama 2 minit di Geneva, Switzerland, bulan June tahun 2009.

Sebaik saja saya menamatkan ucapan yang intisarinya menceritakan nasib mereka yang ditahan di bawah ISA di Malaysia, ramai juga peserta wanita dari beberapa buah negara Arab, Afrika dan Uganda yang mendapatkan saya untuk memberi kata-kata semangat kerana menurut mereka, ucapan itu amat menyentuh hati.

"I thought Malaysia is a paradise !!!!" kata seorang wanita bernamaJulunya dari Uganda.

"Yes! It IS a paradise...but there's a black dot, the act that extremely violates the rights of the people.." jawabku dengan pantas.Mereka yang lain turut menganggukkan kepala.

Read More !

Feb
19

Kempen anti-ISA merentas benua.

| | 0 ulasan

Bersama Brother Masoud, dari IHRC yang beribu pejabat di UK. Dikiri sekali, pengerusi GMI, Syed Ibrahim , Mat Sah dan saya.

Semua khusyuk mendengar pandangan dan penjelasan dari Bro Masoud.Hadir sama, YB Saari Sungib dan Suhaib Mat Sah.

Sebaik saja mengetahui Mat Sah telah dibebaskan, Bro Masoud dan isterinya, Arzu terus sujud syukur kerana sebahagian dari usaha mereka menyediakan profail untuk Mat Sah tahanan ISA lebih 7 tahun, akhirnya membuahkan hasil.Walaupun mereka berada beribu batu di London, namun kegembiraan saya sekeluarga serta semua pendokong kempen anti-ISA di Malaysia tetap mereka rasai.Justeru, peluang untuk bertemu Mat Sah adalah sesuatu yang amat mereka nantikan.Allah mengabulkan doa dan harapan tersebut.Akhirnya, Bro Masoud, Arzu dan Ahmed dapat bertemu Mat Sah yang selama ini diketahui diatas kertas saja.

Read More !

Feb
17

Sekatan polis masih membelenggu hidup kami

| | 0 ulasan

Gambar ini diambil sepuluh hari selepas Mat Sah dibebaskan dari Kem Kamunting.

Kad-kad undangan ke majlis perkahwinan.
Sejak lebih 7 tahun yang lalu, aku jarang menghadiri majlis perkahwinan.Selain majlis itu diadakan pada hujung minggu dimana biasanya aku berada di Taiping, aku juga mahu menjaga perasaanku dari mengingati detik-detik indah sewaktu kami mula diijabkabulkan sebagai suami isteri hampir 19 tahun yang lalu.Kenapa ya? Bukan mahu melupakan detik bersejarah itu..... namun ketika itu,aku terlalu khuatir akan leka dengan perasaan rindu seorang wanita bergelar isteri pada suami yang sah...yang telah sekian lama tidak menyentuhnya...., rindu pada belaian mesranya....Ahh!!!rindu pada segala-galanya! Aku amat takut jika perasaan lembut itu bisa merosak dan memesongkan perasaan dan semangat juang yang sentiasa di pupuk untuk terus-menerus berpegang teguh pada prinsip perjuangan demi mendapatkan dan menegakkan hak-hak kami berdua yang sedang dicabuli oleh akta zalim ISA, ketika itu.Aku seboleh-bolehnya melupakan semua perasaan tersebut agar dapat terus kuat!!!

Read More !

Feb
16

Maaf atau mati?

| | 2 ulasan

( Ini gambar Sudin yang diambil pada awal Subuh 18 April 2002, lapan tahun yang lalu.Bagaimana rupa Sudin sekarang?)

Setiap kali ISA disebut, pasti aku akan teringat pada Samsudin.Apalah yang sedang dibuatnya ketika ini? Bagaimanakah keadaannya?Tidurkah?Sedang baringkah?Apa agaknya yang sedang bersarang di mindanya?

Pada 12 Jun ini, beliau akan genap 8 tahun dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Pekerjaan beliau sebagai pembantu akauntan, sudah lama berakhir. Isterinya....sudah lama diceraikan, atas kehendak wanita itu sendiri (dan dia tidak salah kerana menuntut haknya). Anak-anak semakin membesar dan sudah lama melupakan bapa kandung yang tidak langsung memberi nafkah makanan mahupun kasih sayang sewaktu mereka melalui saat-saat membesar....

Siapakah yang patut dipersalahkan?Sudin atau bekas isteri dan anak-anak?

Read More !

Feb
14

Selamat Tahun Baru pada semua.

| | 0 ulasan

Dalam gambar ini ialah Sing Yee, Yee Keong(baju kuning),Heng Lung(berdiri) Pei Fen(baju merah) dan Mat Sah.Memerhatikan dari jauh ,duduk ialah Robert dan berdiri jauh dibelakang ialah Syed Ibrahim.

Read More !

Feb
07

Selamat Pengantin Baru, Nurul Hazirah.

| | 2 ulasan

Selamat Pengantin Baru, Nurul dan Taufiq........(maaf le Cg menyibuk disebelah tu)

Nurul pernah sukarela menjadi peneman saya ketika kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA pada 2008.Masih segar dalam ingatan, beliau menjadi setiausaha dalam kempen tersebut dimana saya adalah pengarahnya. Beliau bukan asing dengan GMI!!!
Nurul telah menemani saya ke beberapa buah negeri di Semenanjung yang lain seperti Johor, Kedah ,Perak dan Negeri Sembilan ,manakala Selangor dan K.L adalah tempat rutin kami menjalankan aktiviti mendidik rakyat tentang akta drakonian ISA.
Terlalu banyak suka dan duka yang pernah kami berdua lalui bersama. Saya amat bersyujkur ke hadrat Allah kerana telah dipertemukan dengan Nurul, ibunya Puan J yang telah begitu murahhati "menginfakkan" Nurul ketika saya amat memerlukan seseorang yang boleh membantu memudahkan urusan kempen anti-ISA tersebut.
Hari ini,Nurul telah menemui lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Selamat Pengantin Baru pada Nurul dan Taufik.Moga perkahwinan akan berbahagian hingga akhir hayat dan dijauhkan dari ancaman ISA!!!

Feb
02

Esok 3 Feb, Kes Himpunan Mansuh ISA lagi....

| | 1 ulasan


Mahkamah lagi …… .esok kena menapak ke Mahkamah Jalan Duta lagi….
Letih? Bohong lah kalau saya katakan tidak. Dah tiga kali berkumpul di mahkamah hanya untuk sebutan kes….
“Laila, u have to be strong!!!” aku mengingatkan diriku sendiri.
“Laila, this is your choice…don’t give up easily…” tambah kata hatiku lagi.

Sebelum ke mahkamah, aku terpaksa mendapatkan “time-leave’ dan pertukaran kelas dengan guru2 lain. Memang penat….tapi aku sudah melalui semua itu sejak 7 tahun yang lalu.Tiada istilah rehat ketika disekolah. Tiada masa nak bersembang kosong dengan kawan-kawan .Setiap masa percuma yang ada biasanya akan di habiskan untuk menyiapkan kerja sekolah……

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]