OUR CONTINUING PRAYERS.....Malaysiakini
TAHANAN ISA VS Peserta PLKN.Malaysiakini.

Kes A.
Bapa Suhaib, iaitu Mat Sah B Mohd Satray ditahan dibawah ISA pada 18 April 2002.
Sejak hari pertama penahanannya, beliau tidak pernah didakwa atau dibicarakan dimana-mana mahkamah.
Sebaik saja tamat 55 hari di PRC Kuala Lumpur,beliau dihantar ke Kem Kamunting dan dikurung di sebuah blok burok di sana dan terpaksa menjalani kehidupan seperti seorang banduan. Kehidupan seperti banduan ini dijalani masuk tahun ke 7.
Bapa Suhaib dinamakan sebagai "Ahli Jemaah Islamiyyah" oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu.Ahli "JI" ditahan kerana mereka dikatakan mengancam keselamatan dalam negeri.
Kes B.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
(Artikel ihsan najwasuhaimi.blogspot.com)
Perbandingan antara dua kes ini.
Seorang lelaki dewasa di tahan dibawah ISA dan dituduh sebagai seorang yang mengancam keselamatan negara, tidak pernah dan tiada peluang untuk dibicarakan.Beliau hanya diberi kursus pemulihan oleh JAKIM dan beberapa agensi kerajaan terpilih. Lelaki dewasa itu terus menerus dipenjarakan tanpa mengetahui bilakah tarikh akhir beliau akan dibebaskan.
Manakala seorang remaja, yang tidak menghadiri PLKN, didakwa di mahkamah dan beliau dijatuhi hukuman oleh Hakim. Remaja itu tahu beliau hanya dipenjara selama 14 hari saja.
Apa pendapat anda?
Nota: Gambar Suhaib bersama bapanya.
PERJUANGAN SEORANG AYAH UNTUK MEMBEBASKAN ANAKNYA DARI ISA.Malaysiakini.
Antara Ahli Parlimen yang pernah ditemui beliau ialah YB Zuraida danYB Dr Lo Lo. Beliau juga telah menulis surat pada Menteri Besar Selangor yang kemudiannya meminta ADUN Rawang YB Cik Gan Peinei menziarahi beliau di rumahnya, di Kampung Pandan.
Calon PRK K.Terengganu,WAN AHMAD FARID IALAH TIMBALAN MENTERI Internal Security Act(ISA).Malaysiakini.
Orang ramai hanya tahu Syed Hamid Albar sebagai BAPA ISA. Syed Hamid amat sinonim dan popular dalam masa yang singkat kerana beliau telah mengarahkan kakitangannya, iaitu polis dan SB supaya menahan dua orang wanita terkenal iaitu YB Teresa Kok dan Wartawan Sin Chew, Cik Tan Hoon Cheng dibawah ISA pada bulan September tahun lepas.
Mungkin Syed Hamid ingat, bila tahan perempuan, orang ramai akan takut dengan ISA,tetapi nampaknya tindakan beliau itu telah memakan diri sendiri. Akhirnya, orang ramai yang selama ini tidak ambil kesah tentang ISA, kini turut berminat nak tahu tentang akta jahat itu.
Kini, timbalan Syed Hamid akan bertanding di Kuala Terengganu pula. Orang yang di maksudkan ialah Wan Ahmad Farid Wan Saleh. Wan Farid ialah TimbalanMenteri Dalam Negeri.Wan Farid juga adalah orang nombor 2 dalam Kementerian Dalam Negeri, sebuah kementerian yang banyak menyusahkan dan menakutkan rakyat.
Dalam KDN ada perkara-perkara berikut:
1- Undang-undang tanpa bicara ISA.
2- Tempat membela dan melatih beribu-ribu polis.
3-Tempat membela dan membiak beribu-ribu SB yang kerjanya mengintip kegiatan seluruh rakyat Malaysia untuk kepentingan UMNO.
Sebab itu tidak terperanjat, Wan Farid jika beliau boleh minta 6000 polis datang ke K.T untuk PRK ini.
Orang Kuala Terengganu nak pilih dia jadi wakil mereka ke?
7 TAHUN DI KURUNG TANPA BICARA DI MAHKAMAH.Malaysiakini.
Samsudin Sulaiman (gambar tengah) ditahan pada 18 April 2002 di rumahnya di Kg Baru. Beliau mempunyai 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.
Disebabkan tidak hadir ke tempat kerja kerana beliau di "kidnap" dan disimpan di Kem kamunting oleh Menteri Dalam Negeri, beliau telah diberi notis berhenti kerja oleh majikannya, Kementerian Kesihatan.
Isteri beliau bekerja disalah sebuah sekolah di Kuala Lumpur sebagai petugas bukan guru.Kesukaran hidup yang dihadapi sebagai isteri seorang tahanan ISA amat mengganggu kehidupan beliau. Anak sedang membesar dan perlu banyak perbelanjaan. Jiran dan teman tidak memahami situasai beliau sebagai manga ISA.Anak-anak pula malu hendak mengakui bahawa bapa mereka di kurung seperti banduan di Kem Kamunting.
Akhirnya.... pada bulan June 2007, Samsudin dan isterinya disahkan bercerai di sebuah mahkamah di Petaling Jaya setelah isteri beliau(Puan N) tidak sanggup lagi meneruskan kehidupan yang serba menekan sebagai isteri seorang tahanan ISA.
Apa khabar Samsuddin sekarang....?
Sebelum 18 April 2002, Samsudin menjalani kehidupan normal bersama isteri dan anak-anak.Beliau ada pekerjaan tetap dan setabil untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga.
Kini pada 2009, beliau masih menghuni salah satu blok usang di Kem Kamunting.Beliau telah kehilangan segala-galanya, malahan tidak tahu dan beliau sudah tidak mahu lagi ambil tahu, bilakah akan di bebaskan dari lubang neraka itu.......
Inilah kisah kezaliman ISA . Kes perceraian boleh diselesaikan di mahkamah, kes ISA tidak pernah selesai kerana tidak pernah dibawa ke mahkamah....
REKOD BARU BADAWI, TAHANAN ISA MASUK TAHUN KE 8!!Malaysiakini.
Hari ini ialah hari ke 2 bagi tahun 2009.Syamil dan Sofwan masih lagi menunggu kepulangan bapa mereka, Suhaimi Mokhtar yang telah ditahan sejak 30 Disember 2001. Maknanya, penahanan bapa mereka telah masuk tahun ke 8!!
2009 BEBASKAN MALAYSIA DARI ISA.Malaysiakini.
Marilah kita sama-sama berazam menjadikan tahun 2009 ini, tahun membebaskan Malaysia dari akta zalim ISA , dan semua tahanan ISA akan dapat menghirup udara kebebasan.







