Ganjaran denda dan penjara kerana ingin mansuhkan ISA..

| |
"Keputusannya ialah......"(saya, Aiman,Kak Sal dan Nashita berpegangan tangan) sambil mendengar ayat itu diteruskan oleh Pn Hakim.
".......semua didapati bersalah kerana menyertai himpunan 1 ogos..."(macam tu lah lebih kurang bunyinya...).

Mahkamah sunyi seketika .Yang kedengaran hanya suara Peguam kami minta stand down untuk berbincang tentang hukuman yang bakal di "hadiahkan" kepada semua OKT.
Sesiapa yang rajin menyelak posting awal di blog ini, pastinya akan tahu kenapa ISA itu zalim,jahat,drakonian dan HARAM dalam Islam. Ini kerana, didalam ISA, segala bentuk kejahatan, boleh dilakukan oleh penguasanya dari membogelkan tahanan, mencerca, menghina, menyepak terajang hingga lah membuatkan mangsanya ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.

Ingin dijelaskan , himpunan 1 Ogos adalah satu bentuk terjemahan perasaan rakyat yang inginkan keselamatan ,keadilan serta benci kepada kejahatan yang terkandung dalam penggunaan akta ini.Dalam bahasa mudah, rakyat berkumpul untuk menyatakan , mereka benci kemungkaran yang telah dilakukan oleh penguasa ISA menggunakan akta kesayangan UMNO/BN ini.

Salah kah jika bertindak melawan kemungkaran?Dosakah jika ingin memberitahu pihak berwajib bahawa tiada seorang pun yang boleh ditahan tanpa perbicaraan dengan sewenang-wenang nya....?

Dan pada hari ini, kami 16 OKT telah terpaksa menerima keputusan Pn Hakim bahawa kami didapati "bersalah" kerana ingin membuang ibu segala kemungkaran itu dan mendapat balasan penjara serta denda.

Tiba-tiba teringat satu hadith menyatakan " seorang Hakim itu, sebelah kakinya berada di neraka.."..mungkinkah hakim yang telah menjatuhkan hukuman seperti diatas, termasuk dalam kategori sebelah kaki di neraka itu?

Wallahualam.....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]