Letih sangat hari ini. Jadual kelas amat padat dan sebelu pulang ke rumah, aku telah berjanji untuk singgah ke sebuah pasaraya membeli sedikit makanan ringan untuk program GMI di P.Jaya.Sewaktu keluar dari kereta hujan amat lebat. Aku hampir basah kuyup walaupun menggunakan payung!
Bagaimanakah suamiku?
Kami mahu Abi!
Aku mencapai sekeping sekeping kertas bertulis nama dan nombor telefon beberapa orang isteri tahananISA di Tawau dan mula menghubungi mereka satu persatu.Dari 4 nombor yang ada, akhirnya satu dari nya mendapat jawapan di hujung talian.

Jazaakumullah .....
"Ehh akak!!!"Jerit "Z"." Ingatkan hari ni dah kena penjara!!! kata nya lagi sebaik saja aku masuk ke BGP, ruang utama kami menyimpan barangan keperluan.."He he he belum lagi...peguam kami nak merayu di mahkamah tinggi lak" jawabku skema."Teruk lah Hakim tu...dia tak tahu ke ISA tu jahat" tambah "S' pula. Tak salah dia ngutuk Pn Hakim yang menjatuhkan hukuman tu...."Bila pulak nak masuk penjara tu?" soal beliau lagi.
Seluruh ruangan kami kjadi agak bising dengan pelbagai soalan .Semuanya ingin mendengar bagaimana keadaan ku di mahkamah, sehari sebelumnya. Dan ramai juga yang telah mengetrahuinya melalui FB dan media alternatif yang lain....
The unsung heroes.
Sebaik saja denda di bayar, kami semua 11 "banduan anti-ISA " dibelanja makan di kantin mahkamah. Jazlan mengeluarkan tablet dan mula melihat-lihat berita di media alternatif.


Kami tidak bersalah!
"Akak pun hisap dadah juga ke?" tanya seorang wanita beseluar jeans lusuh, berambut ikal mayang. Tersentak juga denganpertanyaan itu (hmm sabar je lah Laila)...soalan itu tetap ku balas dengan senyuman.



Ganjaran denda dan penjara kerana ingin mansuhkan ISA..
"Keputusannya ialah......"(saya, Aiman,Kak Sal dan Nashita berpegangan tangan) sambil mendengar ayat itu diteruskan oleh Pn Hakim.

1.8.2009 - 22 Feb 2012.
Polis yang sokong ISA tak solat subuh?
Sekadar mengimbau kembali himpunan anti-ISA 1 Ogos 2009.Lebih 600 orang ditahan bermula pagi Sabtu sekitar jam 2 pagi hingga lah jam 7 petang hari yang sama.Polis semuanya sibuk.Entah berapa ramai polis di kerah untuk membuat sekatan jalan raya dan menangkap orang ramai.Semasa perbicaraan, saksi polis tidak menolak kemungkinan, polis danorang ramai sama banyak disekitar Sogo dan Jalan TAR!!!Seronok dapat tengok gambar ni semula.Maklumlah pada hari kejadian 1 Ogos tu, saya dan 15 orang yang sedang dibicarakan, tidak dapat menikmati semua ini kerana telah terlebih dulu ditahan oleh polis!!! Dan ketika di mahkamah, hampir semua saksi polis bercakap skrip yang sama iaitu " entah" "saya tak ingat" "saya lupa" "saya kurang pasti" dan" saya tak tahu"....Ada ketikanya aku terasa dibodohkan oleh keterangan mereka yang bohong dan tidak masuk akal...
Beginilah rupa orang yang kena tahan.mereka bukannya takut,tetapi benci, meluat dan menyampah tahap tertinggi melihat perangai polis yang bertindak sesuka hati....Dan semua polis yang memberi keterangan di mahkamah mengakui pada pagi 1 ogos, mereka semua tidak solat subuh kerana didakwa terpaksa bertugas dari jam 5 hingga 12 tengahari tanpa rehat !!!!
Bahagiakah penguasa ISA jika kami memilih penjara?
Kami berlima ( kak Yat tiada di gambar) tidak berada di tempat himpunan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana yang diwartakan iaitu Jam 2 pm, 1 Ogos 2009, Sogo, Masjid Negara dan masjid Jamek.
Apakah kesannya kepada senario politik di Malaysia jika memilih untuk di penjarakan kerana kami tiada wang untuk menjamin diri sendiri.....
Pulangkan anak ku....
Seminggu telah berlalu, namun ingatanku terhadap mangsa ISA di Tawau masih kuat. Perasaan marah pada penguasa ISA, sedih melihat keluarga yang tertekan dan bangga dengan sokongan moral dari PAS Tawau bercampur baur.Apa tidaknya, kedatangan kami ke Tawau dilayan bagai VVIP dari Pakatan Rakyat!!Kedatangan GMI ke Madrasah Hidayah diberi seluruh autonomi untuk mengendalikan program ziarah keatas semua keluarga mangsa yang sedang menunggu berita pembebasan di Kem Kamunting.
Seperti biasa, Pengerusi GMI, sdr Syed Ibrahim memang "pantang" memegang mikrofon bila bercakap tentang ISA dan segala isi kandungannya. Kalau boleh setiap fakta ingin disampaikan kepada keluarga malang itu supaya mereka faham tentang kebejatan dan kedurjanan akta tersebut......Jika boleh, beliau mahu semua keluarga mangsa ISA bangun untuk mengeluarkan diri mereka dari rasa takut terhadap polis dan bercakap mengenai hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya bebas dan merdeka.....Begitulah hebatnya seorang aktivis....
Dalam rasa sebak yang teramat sangat, Sdr Ahmad(bukan nama sebenar) menceritakan bagaimana polis menggunakan sebuah helikopter dan 8 buah kereta untuk menahan adik beliau yang bekerja sebagai seorang guru KAFA di Tawau.
"Mak cik miskin, anak-anak yang tanggung belanja harian .... kami tak mampu untuk datang ke Semenanjung dan melawat "S" yang telah dibawa ke penjara(Ke Kamunting) di Perak. Apa yang mereka (kerajaan) mahu dari kami yang miskin ini? Bilakah mereka (Menteri Dalam Negeri dan polis) akan pulangkan anak bongsu makcik?"
Rahmat Allah di Tawau...
Lebih seratus aktivis PAS yang kebetulan sedang menghadiri program Ijtimak Pilihanraya , nampaknya tidak berganjak dari kerusi masing-masing.Usai program mereka, kelihatan semua peserta tetap melekat di kerusi masing-masing .



Kenapa Tawau?
Pada pertengahan November 2011, kami aktivis GMI dikejutkan dengan penahanan terbaru 13 lelaki Muslim dari Tawau. (ada kisah mereka datang ke Parlimen di blog ini)


