Hishamuddin: Jaga keselamatan atau malukan Malaysia??

| |
Majlis Peguam kesal KDN hantar warga asing tanpa bela diri.

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Majlis Peguam Malaysia hari ini kesal dengan tindakan kerajaan menghantar pulang seorang warga Yaman, Khaleed Salim Mohammed ke negara asalnya, tanpa memberi peluang kepadanya untuk bertemu peguam.Maklumat penghantaran pulang itu diperoleh daripada faksimili yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Khaleed merupakan salah seorang daripada 12 tahanan yang ditahan sewaktu mendengar kuliah agama di Sungai Cincin, Gombak.Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Regunath Kesavan menyeru kerajaan membenarkan peguam bertemu dengan tahanan yang masih tinggal sebelum hebeas corpus didengar pada 10 Mac ini.
(GAMBAR: Sidang media Majlis Peguam pagi ini)"Tindakan kerajaan untuk menghantar mereka pulang adalah tidak berasas kerana tahanan belum berpeluang untuk mendapatkan nasihat undang-undang atau membela diri."Ramai daripada para tahanan mempunyai keluarga di sini, dan deportasi akan memisahkan ahli keluarga daripada satu sama lain," katanya dalam satu sidang media di pejabat Majlis Peguam, pagi tadi.Beliau juga menegaskan, Perkara 5 Perlembagaan persekutuan memperuntukkan setiap individu yang ditahan harus diberikan hak untuk bertemu dengan penasihat undang-undang dan dihadapkan di mahkamah."Penafian kerajaan terhadap hak asasi ini menunjukkan mereka memperlekehkan Perlembagaan, " katanya kesal.


Majlis Peguam turut mengutuk keengganan kerajaan membenarkan peguam bertemu tahanan meskipun telah pun berkali-kali permohonan dibuat.22 Februari lalu, peguam dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut agar tahanan diberi peluang berunding dengan peguam."Saya nak tegaskan, warga asing tidak bermaksud mereka itu tidak perlu dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia. Sebagai negara demokrasi kita kena hormati undang-undang tidak kira mereka warganegara Malaysia atau tidak. Tindakan buang negeri terhadap tahanan tanpa alasan adalah sangat tidak wajar," katanya.Peguam Edmund bond pula berkata, kerajaan seolah-olah berniat melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan mereka terhadap seorang tahanan warga Indonesia, Mohd Iqbal Abdul Rahman yang dihantar pulang sebelum pendengaran habeas corpus.Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan memfailkan afidavit bagi membantah pendengaran kes berkenaan di mahkamah tanpa memberikan dokumen-dokumen berkaitan tahanan kepada Majlis Peguam dan keluarga tahanan."Kami hantar banyak surat kepada (Datuk Seri) Hishammuddin minta dokumen berkaitan tapi beliau tidak pernah beri sehingga sekarang. Tiba-tiba beliau bagitahu failkan afidavit."Sangat sukar untuk dipercayai perkara begini boleh berlaku di Malaysia. Warga asing yang datang untuk menyambung pelajaran, dihantar pulang ke negara asal," katanya.Dalam pada itu, kawan rapat kepada Khaleed, Homam Abdulalim Altarsha yang turut hadir dalam sidang media tersebut meluahkan kekesalan terhadap kerajaan Malaysia yang menghantar pulang Khaleed dan menuduh beliau seorang pengganas."Saya dan Khaleed berkawan baik. Saya sangat mengenali dia. Dia bukan seorang penggans seperti yang didakwa. Dia sedang buat sarjana dalam bidang kejuruteraan. Siapa yang akan bayar balik yuran pengajian dia? Dia dihantar pulang sebelum menyelesaikan pengajiannya.


"Saya sangat kecewa dengan Malaysia. Orang selalu cakap Malaysia negara yang sangat aman. Mana keamanannya? " soalnya.


p/s: Siapa yang malukan Malaysia dimata negara Islam lain????Siapa yang ganas dan mencabul hak asasi orang lain????

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebuah suruhanjaya tidak sepatutnya melibatkan ahli politik macam SPRM..

persoalannya...mengapa hishmuddin boleh jadi pengerusi suruhanjaya polis??

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 menteri pun mengikut telunjuk orang lain...

Siapa yg jadi bos sebenarnya?

Nasib seorang menteri yg belum merdeka mindanya wlpun negaranya sudah lama merdeka.

anti umno berkata...

puak pemimpin umno ni takut dgn org2 kuat agama dan pendirian..

Tapi kalu yg menguntungkan,mcm pendatang haram indonesia berjuta2 disimpan dlm negara kita ni..demi survival kuasa mereka!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]