Apakah dosa mereka?

| |
Peguam Edmund Bon, Presiden Bar Council Ragunath Kesavan , Peguam Shahredzan Johan dan Richard Wee(tiada dalam gambar) yang berhempas pulas berusaha untuk menemui semua tahanan ISA warga asing, tapi tidak diberi peluang oleh KDN@SB.

Pada 21 Januari, 10 orang warga asing yang sedang belajar di Universiti tempatan, telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan pengikut Wahabi.Mereka tidak diberi peluang bertemu peguam untuk membuat Habeas Corpus(HC). Namun, walaupun tanpa pertemuan dengan tahanan ISA, akhirnya peguam tetap failkan HC !!Tapi... sedehnya, sejam sebelum HC di dengar di Mahkamah, Menteri Dalam Negeri dah tandatangan satu surat untuk hantar mereka pulang ke negara asal...
Salah seorang isteri dan anak warga asing yang suami mereka telah dihantar pulang ke negeri masing-masing.
Dari Pusat Sokongan Keluarga GMI, saya dapat tahu bahawa isteri tahanan ISA yang dihantar pulang ke negara asal mereka, tidak diberi peluang untuk bertemu suami masing-masing sebelum dihantar pulang ke Yaman dan Nigeria.
Semua isteri tersebut datang ke Malaysia atas visa suami sebagai pelajar dinegara ini. Apakah yang akan terjadi dengan nasib mereka tanpa suami yang menjadi pelindung dan penjaga mereka? Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan disatu tempat yang begitu asing tanpa sahabat handai dan saudara-mara terdekat?Adakah wanita dan anak-anak terpaksa menjadi orang yang memikul "dosa' yang dilakukan suami mereka? Apakah "dosa" suami mereka hingga ditahan dibawah ISA?
p/s: Bagaimana jika perkara yang sama terjadi terhadap rakyat Malaysia di negara lain?
p/s: Bagaimana semua tahanan ni nak tahu apakah kesalahan mereka jika peluang untuk bertemu peguam pun dinafikan?





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya ALLAH hidupkan kami dalam Iman , matikan kami dalam Iman dan jauhkan lah kami daripada orang-orang yang Zalim . Amin . Sabar adalah sebahagian daripada Iman . Seksa kubur dan neraka adalah Benar !

Kelabu asap berkata...

SIAPAKAH YG LEBIH ZALIM KALAU BUKAN PEMIMPIN/PENGUASA YAND DI BERI AMANAH UTK MENGADILI PESALAH (JIKA ADA) TETAPI...TIDAK MENGADILINYA...MALAH....TERUS MENUDUH DAN MEMENJARAKAN MANGSA.

APAKAH ISLAM MEMBENARKAN...???

MEMENJARAKAN MANGSA TANPA PENGADILAN....TANPA DIBICARAKAN..???

ZALIM...ZALIM...ZALIM...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]