Aku hanya mampu mengusap bahu Bashirah dan meminta dia supaya kuat dan sabar menghadapi dugaan ini . "Saya serik datang ke Malaysia.Saya tak tahu di sini ada undang-undang seperti ini(ISA)..." katanya sambil membetulkan tudung.Terkedu aku mendengar patah-patah perkataan tersebut.Malu sangat!!!!
Aku kemudian beredar ke rumah isteri Ustaz Aiman, seorang warga Syria juga salah seorang pelajar yang sedang berusaha mendapatkan Ph.D nya di salah sebuah universiti di selatan Kuala Lumpur.Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ummu Huzaifah, tidak bersedia bertemu kami.Beliau hanya bertutur dalam bahasa Arab.Aku dan kak Jije bersyukur kerana ada Jamal, jiran Ummu Huzaifah yang sudi menjadi penterjemah kami."Mereka terlalu letih dan tertekan.Mereka tak dapat tidor lebih 48 jam kerana menanti nasib yang bakal diterima oleh Ustaz Aiman.Akhirnya pagi tadi, Ustaz Aiman telah dihantar pulang ke Syria"' kata Jamal yang fasih berbahasa Inggeris. Jamal dan Ummu Huzaifa berbicara disebalik langsir tebal di pintu sliding rumah itu.
Ketika itu, salah seorang anak perempuan Ummu Huzaifa menyelak langsir."Assalamualaykum....Kaifa ha luki?" tanyaku sambil tersenyum. Wajah anak dara sunti itu kelihatan begitu takut dan tertekan.Beliau kelihatan seperti patung dengan anak mata yang tajam memandang tepat kearah kami(aku dan K.Jije).Tiada kata-kata darinya.Tiada secalit senyuman pun dibibirnya .....
Dari lawatan keluarga itu, baru aku ketahui rupanya mereka ini datang belajar ke Malaysia dengan biaya sendiri.Sebab itu mereka ramai yang bekerja sebagai guru tusyen Bahasa Arab dan mengajar di kelas-kelas persendirian, salah satu tujuannya ialah untuk mendapatkan sedikit dana bagi membiayai pengajian dan menyara keluarga mereka.
Semua kejadian yang buruk yang di alalui oleh wanita-wanita isteri tahanan ISA warga asing(Yaman, Jordan ,Nigeria dan Syria) itu telah dibawa ke parlimen.Alhamdulillah, YB Zuraidah telah sudi mengetuai sidang media tersebut dan disertai oleh enam ahli Parlimen yang lain.Ahli Parlimen wanita PR yang hadir semalam ialah Yb Zailah, Yb Fuziah Salleh, Yb Dr Lo Lo,Yb Siti Mariah ,Yb Nurul Izzah dan Yb Teo Nie Ching.Kesemua YB wanita itu telah sebulat suara setuju bahawa ISA memang jelas menganiaya wanita dan anak-anak dan mahu akta lapuk itu segera di mansuhkan!!
p/s: Pusat SokonganKeluarga GMI menssarkan RM 30k untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada wanita-wanita yang suami mereka telah dihantar pulang kenegara asal.Bantuan boleh salurkan ke akaun May Bank 162209939776, Nashita Md Noor, Bendahari GMI.Semoga Allah akan mengganjari antum dengan syurgaNya.
0 ulasan:
Catat Ulasan