Mar
26

Belum ada tiket untuk pulang....

| | 0 ulasan

"Bashirah dan anak-anak dah balik ke Nigeria ke?" tanyaku pada Kak Jije yang sering melawat keluarga mangsa ISA ini.
"Belum lagi....."jawab K.Jije dengan suara yang perlahan.
"Kata Bashirah, seorang kawannya dah pergi ke kedutaan Nigeria, tapi tak dapat apa-apa jawapan tentang permintaan untuk biaya penerbangan ke sana..." tambah beliau lagi.

Aku teringat keadaan rumah Bashirah yang dipenuhi buku-buku pengajian suaminya, Lokman yang kini telah berada di Nigeria. Buku-buku tersebut pastinya menjadi harta yang amat bernilai bagi mereka .Melihat pada saiz dan jumlah buku-buku tersebut, mesti banyak wang diperlukan untuk menghantar semuanya pulang ke Nigeria.Jika aku tak silap dengar, harga penghantaran sepuluh kilo buku dari Kuala Lumpur ke Nigeria lebih dari RM1k!!!

Mungkin ada yang berkata, mereka menjadi susah dan teraniaya, disebabkan keganasan dan kerakusan kerajaan yang berkuasa . Sepatutnya kerajaan lah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara tersebut!!!Walauppun hal ini telah disuarakan di Parlimen beberapa kali, nampaknya masih tiada sebarang tanda atau ura-ura bantuan dari Menteri di KDN atau JPM untuk menyegerakan proses penghantaran keluarga malang ini pulang ke negara asal......

p/s: PSK-GMI merayu supaya lebih ramai lagi yang tampil menyalurkan bantuan untuk menyegerakan kepulangan mereka ke Nigeria ,Jordan dan Syiria sana.

Read More !

Mar
17

Saya serik datang ke Malaysia....

| | 0 ulasan

Comelnya wajah Aisyah, yang baru pandai bertatih. Aisyah suka berdiri, melangkah lepas tu terduduk kerana belum stabil lagi.Terlalu tinggi harapan ibu -bapa Aisyah agar si cilik dapat belajar sepuas-puasnya di negara ini yang diiklankan serata dunia sebagai sebuah "hub ilmuan Islam"....namun, dengan penahanan dibawah ISA keatas Lokman(bapa Aisyah) nampaknya segala cita-cita murni itu punah dan hancur sama sekali.Kini, ibu Aisyah sedang menghitung hari untuk segera pulang ke Nigeria supaya keluarga mereka dapat berkumpul semula disana.

Aku hanya mampu mengusap bahu Bashirah dan meminta dia supaya kuat dan sabar menghadapi dugaan ini . "Saya serik datang ke Malaysia.Saya tak tahu di sini ada undang-undang seperti ini(ISA)..." katanya sambil membetulkan tudung.Terkedu aku mendengar patah-patah perkataan tersebut.Malu sangat!!!!

Aku kemudian beredar ke rumah isteri Ustaz Aiman, seorang warga Syria juga salah seorang pelajar yang sedang berusaha mendapatkan Ph.D nya di salah sebuah universiti di selatan Kuala Lumpur.Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ummu Huzaifah, tidak bersedia bertemu kami.Beliau hanya bertutur dalam bahasa Arab.Aku dan kak Jije bersyukur kerana ada Jamal, jiran Ummu Huzaifah yang sudi menjadi penterjemah kami."Mereka terlalu letih dan tertekan.Mereka tak dapat tidor lebih 48 jam kerana menanti nasib yang bakal diterima oleh Ustaz Aiman.Akhirnya pagi tadi, Ustaz Aiman telah dihantar pulang ke Syria"' kata Jamal yang fasih berbahasa Inggeris. Jamal dan Ummu Huzaifa berbicara disebalik langsir tebal di pintu sliding rumah itu.
Ketika itu, salah seorang anak perempuan Ummu Huzaifa menyelak langsir."Assalamualaykum....Kaifa ha luki?" tanyaku sambil tersenyum. Wajah anak dara sunti itu kelihatan begitu takut dan tertekan.Beliau kelihatan seperti patung dengan anak mata yang tajam memandang tepat kearah kami(aku dan K.Jije).Tiada kata-kata darinya.Tiada secalit senyuman pun dibibirnya .....

Dari lawatan keluarga itu, baru aku ketahui rupanya mereka ini datang belajar ke Malaysia dengan biaya sendiri.Sebab itu mereka ramai yang bekerja sebagai guru tusyen Bahasa Arab dan mengajar di kelas-kelas persendirian, salah satu tujuannya ialah untuk mendapatkan sedikit dana bagi membiayai pengajian dan menyara keluarga mereka.


Semua kejadian yang buruk yang di alalui oleh wanita-wanita isteri tahanan ISA warga asing(Yaman, Jordan ,Nigeria dan Syria) itu telah dibawa ke parlimen.Alhamdulillah, YB Zuraidah telah sudi mengetuai sidang media tersebut dan disertai oleh enam ahli Parlimen yang lain.Ahli Parlimen wanita PR yang hadir semalam ialah Yb Zailah, Yb Fuziah Salleh, Yb Dr Lo Lo,Yb Siti Mariah ,Yb Nurul Izzah dan Yb Teo Nie Ching.Kesemua YB wanita itu telah sebulat suara setuju bahawa ISA memang jelas menganiaya wanita dan anak-anak dan mahu akta lapuk itu segera di mansuhkan!!

p/s: Pusat SokonganKeluarga GMI menssarkan RM 30k untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada wanita-wanita yang suami mereka telah dihantar pulang kenegara asal.Bantuan boleh salurkan ke akaun May Bank 162209939776, Nashita Md Noor, Bendahari GMI.Semoga Allah akan mengganjari antum dengan syurgaNya.





Read More !

Mar
16

Kami mahu pulang....

| | 0 ulasan

Aku melambai kepada dua orang kanak-kanak bermata bundar yang sedang berlari membuntuti ibu mereka."Assalamualaykum! Hi Bashirah..." kataku sambil tersenyum pada wanita bertudung labuh hitam yang berjalan kearah tangga rumah flat yang didiami.Dia yang bernama "Bashirah" itu memandangku sambil tersenyum."I'm Nashita's friend. I read your story through the internet..." kataku sambil menghulurkan tangan .Kami bersalam dan berpelukan.Kedua-dua anak itu hanya memerhatikan saja gelagat kami."Do you like these?" kataku sambil menghulurkan dua bungkus goreng pisang panas dan kueh donat.Berebut-rebut dua kanak-kanak itu mengambil dari peganganku.

Aku dan kak Jije melangkah masuk keruang tamu flat itu.Sebaik saja aku duduk dilantai, dua orang kanak-kanak yang bernama Abdullah dan AbdulRahman itu menerpa dan masing-masing ingin duduk di atas ribaanku...manjanya kanak-kanak yang berambut unik itu.Ku usap kepala bulat mereka yang dipenuhi tompokan rambut ikal halus...sekali pandang persis sebiji durian!Namun, aku lebih tertarik memandang kedua-dua mata bulat itu...yang masih kurang mengerti apakah yang sedang terjadi keatas ibu dan ayah mereka..


Melihat rumah yang agak selerak, langsir yang terjuntai dan tudung terbalik yang di pakai oleh Bashirah, mengingatkan ku keadaan yang sama pernah dilalui hampir 8 tahun yang lalu.Dua bulan pertama isteri dipisahkan dari suami oleh ISA adalah satu jangkamasa yang amat kritikal dan menyesakkan nafas.Kami tidak tahu apakah nasib suami ketika itu.Ahhhh!!!! Aku amat memahami serabut dikepala Bashirah.Nasib beliau mungkin lebih buruk dariku.Dulu...sekurang-kurangnya aku ada emak dan bapa untuk meluahkan yang terbuku didada, ada kawan-kawan rapat untuk berkongsi pengalaman buruk itu....tapi beliau(Bashirah) benar-benar keseorangan.
"Suami saya sudah tiba di Nigeria. Dia akan dibebaskan dalam masa beberapa hari, tetapi beliau tiada duit. Dia minta dari saya." kata Bashirah dalam Bahasa Inggeris slanga Nigeria yang agak sukar difahami. Terkedu saya dibuatnya. Bagaimanakah keadaan saya jika berada di tempat beliau?
Mereka berdua - Bashirah dan Lokman serta anak-anak datang ke Malaysia atas visa Lokman sebagai pelajar. Bashirah, ibu muda berusia 27 tahun itu seorang suri rumah sepenuh masa.Justeru, bila Lokman ditahan diabawah ISA, terasa runtuh dunia baginya.Dan kini, pihak berkuasa Malaysia telah menghantar Lokman pulang ke Nigeria, membiarkan Bashirah sendirian di Malaysia. Adilkah semua ini?

Tatkala pulang, Abah Suhaib yang tadinya menunggu di kereta, segera keluar untuk bertemu Abdullah dan AbdulRahman yang membuntutiku dari tingkat 3 rumah mereka.Sebaik saja melihat Abah Suhaib, mereka meluru kearahnya. Masing-masing mahu minta didukung....dan Abah mendukung mereka satu persatu.....Agaknya kedua-duanya terlalu rindu dengan bapa mereka.Tambahan dengan kulit gelap Abah...mungkin mengingatkan dua kanak-kanak itu terhadap bapa yang kini telah sampai di negara asal...
Aduh!!! Pedihnya melihat pemandangan itu walaupun aku tidak punya sebarang pertalian darah dengan mereka...Naluri kemanusiaanku mengatasi segala-galanya.Tak sedar air mata merembesi pipi....
"Allah will help us" kata Bashirah dengan suara yang agak serak.Ya...aku amat yakin, Allah akan membantu beliau.Dan aku berdoa..... kalian semua yang membaca kisah di blog ini, telah dipilih oleh Allah dalam menjadikan bantuan itu satu kenyataan.
p/s: Pusat SokonganKeluarga GMI mensasarkan RM30k untuk membantu Bashirah dan 9 lagi wanita warga Nigeria,Yaman dan Syria yang telah dipisahkan dengan suami mereka oleh ISA.
Anda boleh membuat sumbangan di akaun May Bank 162209939776 - Bndahari GMI- Nashita Md Noor.
Akan bersambung.....




Read More !

Mar
14

Apakah dosa mereka?

| | 2 ulasan

Peguam Edmund Bon, Presiden Bar Council Ragunath Kesavan , Peguam Shahredzan Johan dan Richard Wee(tiada dalam gambar) yang berhempas pulas berusaha untuk menemui semua tahanan ISA warga asing, tapi tidak diberi peluang oleh KDN@SB.

Pada 21 Januari, 10 orang warga asing yang sedang belajar di Universiti tempatan, telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan pengikut Wahabi.Mereka tidak diberi peluang bertemu peguam untuk membuat Habeas Corpus(HC). Namun, walaupun tanpa pertemuan dengan tahanan ISA, akhirnya peguam tetap failkan HC !!Tapi... sedehnya, sejam sebelum HC di dengar di Mahkamah, Menteri Dalam Negeri dah tandatangan satu surat untuk hantar mereka pulang ke negara asal...

Salah seorang isteri dan anak warga asing yang suami mereka telah dihantar pulang ke negeri masing-masing.
Dari Pusat Sokongan Keluarga GMI, saya dapat tahu bahawa isteri tahanan ISA yang dihantar pulang ke negara asal mereka, tidak diberi peluang untuk bertemu suami masing-masing sebelum dihantar pulang ke Yaman dan Nigeria.
Semua isteri tersebut datang ke Malaysia atas visa suami sebagai pelajar dinegara ini. Apakah yang akan terjadi dengan nasib mereka tanpa suami yang menjadi pelindung dan penjaga mereka? Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan disatu tempat yang begitu asing tanpa sahabat handai dan saudara-mara terdekat?Adakah wanita dan anak-anak terpaksa menjadi orang yang memikul "dosa' yang dilakukan suami mereka? Apakah "dosa" suami mereka hingga ditahan dibawah ISA?
p/s: Bagaimana jika perkara yang sama terjadi terhadap rakyat Malaysia di negara lain?
p/s: Bagaimana semua tahanan ni nak tahu apakah kesalahan mereka jika peluang untuk bertemu peguam pun dinafikan?



Read More !

Mar
08

Hishamuddin: Jaga keselamatan atau malukan Malaysia??

| | 3 ulasan

Majlis Peguam kesal KDN hantar warga asing tanpa bela diri.

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Majlis Peguam Malaysia hari ini kesal dengan tindakan kerajaan menghantar pulang seorang warga Yaman, Khaleed Salim Mohammed ke negara asalnya, tanpa memberi peluang kepadanya untuk bertemu peguam.Maklumat penghantaran pulang itu diperoleh daripada faksimili yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Read More !

Mar
07

Syukur...Allah melanjutkan usiaku....

| | 0 ulasan

Sabtu 6 Mac 2010,

Di Padang Sekolah Taman Melati telah berlangsung sukan tahunan sekolah tempat aku mengajar.Seronok dan Alhamdulillah, cuaca juga turut menyebelahi kami.Di awal pagi agak mendung dan hujan turun renyai-renyai ketika kami berbaris namun semua itu langsung tidak mengurangkan semangan kesukanan yang ada di dada semua peserta.

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]