Andrew, Aisyah dan Tasek Geneva

| |

Dalam gambar bersama Andrew dan Aisyah, seorang Muslim dari Khasmir tetapi dibesarkan di London, seorang peguam yang bertugas sepenuh masa dengan Forum Asia, beliaulah yang banyak membantu menguruskan penyertaan kami di Eleventh Session of Human Right Council ini.

Andrew, seorang peguam dari Bar Council, telah membantu mengindahkan bahasa dalam ucapan saya. Andrew juga pernah ke Kem Kamunting beberapa kali bertemu Abah Suhaib dan beliau juga agak rapat dengan saya....jadi tidak hairan jika sesiapa saja yang membaca ucapan saya itu akan tersentuh dengan isi kandungannya kerana Andrew seolah-olah berada di "kasut kami berdua".......

Aku menangis ketika pertama kali membaca skrip yang telah di murnikan itu kerana rasa simpati yang amat sangat kepada Suhaib yang menjadi mangsa utama dalam penahanan tanpa bicara yang terlalu lama ini....


Dalam gambar saya dihadapan tasik Geneva, sebuah tasik yang besar seperti laut, sempat menikmati keindahan alam ciptaan Allah untuk mengurangkan tekanan perasaan menjelang saat-saat untuk menyampaikan ucapan nanti.....

Nota:
Teks ucapan tersebut akan dimasukkan sebaik selepas Puan Norlaila selesai membuat pembentangan. Sekali lagi untuk anda yang berkesempatan jangan lepas peluang keemasan ini untuk menonton bersama. Klik di link ini .(ummuasiah)

1 ulasan:

Unknown berkata...

wow! Geneva huh? Mmg cantik scenery blkg dgn air pancut tinggi tu..cam boleh terbayang-bayang jalan tu yg byk hotel etc...hmm.. take a shot at same spot after sunset or in the evening, it's gorgeous..tak silap ada spotlite merah blkg air ... i can just dream...hehe

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]