12 June 2009, Salle XX, United Nations, Geneva.

| |
Andrew dari Bar Council, Merahhitam dan John , kami tiba lebih awal dari orang lain di bilik persidangan... bukan setakat menghilangkan gemuruh di dada, tetapi untuk melancarkan "pembacaan" kami.. Andrew bercakap menggunakan nama Persatuan Gereja sedunia-beliau juga penasihat undang-undang Gereja Vatican , Merahhitam menggunakan nama ALIRAN iaitu Persatuan Aliran Kesedaran Negara yang beribu pejabat di Penang dan John bercakap menggunakan nama Forum ASIA yang beribu pejabat di Bangkok. Kami bertiga akan bercakap mengenai isu-isu di Malaysia yang telah dibentangkan dalam UPR bulan Februari yang lepas di tempat yang sama, di Geneva.

John adalah peserta ke 2 selepas Amnesty International, Andrew peserta ke 4 selepas wakil dari Canada dan saya peserta ke 6 selepas wakil dari IHRC, London.
"Hi guys I hope you 'r still remember SUHAKAM's 2003 statement on ISA...? We are still consistent with our stand" demikian disebutkan oleh Tan Sri Abu Talib, Pengerusi SUHAKAM kepada saya. Saya anggukan kepala tanda mengiakan bahawa saranan SUHAKAM supaya semua tahanan ISA dibicarakan dan ISA di mansuhkan pada 2003 masih konsisten hingga kini.
"What do you expect to say in two minutes?" tanya Tan Sri kepada saya .Tan Sri juga berucap selama 2 minit mewakili SUHAKAM.

Merahhitam berada didalam dewan utama yang menjadi kenangan paling manis kepada sesiapa saja yang berpeluang untuk berucap ditempat yang tersohor ini. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap mengenai ISA ditempat ini walaupun cuma selama 2 minit saja.Dewan itu berbentuk bulat (macam dewan annex sidang DUN di Negeri Selangor,tempat ADUN2 berhujjah) tetapi saiznya jauh beberapa kali ganda lebih besar dengan lelangit yang bulat (seperti di Planetarium).Saya rasa prosedur ucapan di UN agak kurang "thrill"nya dibandingkan dengan rakaman bersama Al Jazeera(tahun lepas) yang diadakan selama lebih 12 jam dengan soalan-soalan yang semuanya perlu kepada jawapan secara langsung.


( Dari kiri Annisa- ada muffler ISA di lehernya dari Islamic Human Rights Commission, Hamra dari sebuah NGO di Pakistan, Merahhitam dan Nalini dari SUARAM)
"You are so brave! Keep it up and we'll keep intouch!!!"Selesai saja saya menyampaikan ucapan, ramai juga peserta konvensyen wanita dari beberapa negara Asia dan Eropah tergesa-gesa mendapatkan saya.
"I thought Malaysia is a paradise!!!" kata Julunya ,seorang peserta wanita dari Sudan dan Hamara dari Pakistan dalam slanga Inggeris negara masing-masing."It IS a Paradise. But you never know, theres a black dot in the paradise that keeps violating the basic rights of the "chosen " victims!" jelas saya.
Ramai peserta yang tersentuh dengan ucapan dua minit itu,terutamanya tentang Suhaib yang menunggu kepulangan abah nya setiap hari...
Mereka berpendapat, kehadiran saya di UN adalah sebagai satu "breakthrough" terhadap pasaran maklumat mengenai kejahatan ISA diperingkat antara bangsa...... It just the beginning of a longer journey ahead....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]