Walaupun fikiran terganggu dengan berita itu, aku ketepikan buat sementara waktu dan segala usaha mendapatkan penaja dan sponsor tetap diteruskan. Aku anggap berita yang disampaikan oleh seseorang itu "tidak" perlu dipercayai dan semua kerja-kerja kempen anti-ISA tetap berjalan seperti biasa.
Tanpa diduga, pada 24 Mei, nenek iaitu ibu Mat Sah @ Abah Suhaib sakit tenat dan diikuti dengan kembalinya beliau ke rahmatullah pada 27 Mei 2009. Abah Suhaib dapat pulang kerumah menziarahi nenek ketika sakit tenat dan kemudiannya dapat mencium wajah nenek buat kali terakhir sebelum di kebumikan. Pada hari pengkebumian, aku skali lagi diberi berita bahawa Abah akan dibebaskan pada 13 June.....
Aku terima berita itu dengan hati terbuka dan sebagai persediaan, Suhaib diminta berada dirumah ketika pemergianku ke Geneva "just in case" Abahnya dibebaskan dari Kem pada tarikh yang dinyatakan....
Alhamdulillah...kini ku telah selamat pulang dari Geneva namun Abah Suhaib masih juga dikurung di Kem Kamunting. Walaupun beliau telah dikurung selama 7 tahun ,namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan......
Kini penahanan tanpa bicara terhadapnya berlarutan memasuki tahun ke 8 pula.....
Dibawah ialah gambar-gambar Abah Suhaib bersama bekas-bekas tahanan ISA yang lain.Mereka semua ditahan pada tahun yang sama dengan penahanan Abah Suhaib iaitu tahun 2002, tetapi semua telah dibebaskan. Hanya Abah Suhaib yang masih di kurung. Apakah yang membezakan nasib Abah Suhaib dibandingkan dengan tahanan ISA yang lain? Hanya SB dan Menteri Dalam Negeri yang mengetahuinya!

0 ulasan:
Catat Ulasan