Dari UN..Berjalan 10KM demi perjuangan...

| |
Semalam 11 June, kami telah menyertai Human Right discussion bersama beberapa peserta dari German,Sepanyol ,Sudan dan Turki. Masing-masing mengambil peluang yang ada menceritakan dengan teliti kisah-kisah yang berkaitan dengan pencabulan Hak Asasi Manusia yang berlaku di negara mereka ...semuanya kisah-kisah kekejaman yang ditimpkan ke atas sesama manusia. Ramai juga peserta dari negara lain yang turut hadir.

"You are from Malaysia?"tanya seorang pemuda dari Azerbaijan.

"Yes, how do you know?" tanyaku rasa pelik.

"Its in your badge- Malaysia.... n ISA?" sebut pemuda itu lagi.

"Ohhhh... this badge means free Malaysia from ISA,the internal Security Act!!!" jawabku lagi sambil tersenyum.

Badge ISA adalah satu badge selain dari "badge United Nations" iaitu tag nama yang mesti di pakai untuk memasuki UN.

Sebaik saja urusan pendaftaran, penyediaan teks ucapan , penyertaan di HR discussion selesai, aku dan rombongan bergegas ke pejabat Forum Asia untuk menyelesaikan urusan lain.

Kalau nak di kira,semalam aku telah berjalan lebih 10 kilometer dari satu tempat ke tempat lain. Penat?? Allah saja yang tahu....Tetapi aku tetap bersyukur kerana dalam seumur hidup ini Allah telah memberikan peluang untuk aku dapat berada di sini.....di sebuah tempat di mana banyak wakil negara berkumpul untuk membincangkan mengenai isu Hak Asasi Manusia...dan aku di beri peluang untuk menyampaikan kepada seluruh dunia mengenai satu undang-undang yang zalim lagi kuno yang masih ada di Malaysia dan suamiku dan Abah kepada Suhaib adalah salah seorang dari mangsanya yang sudah masuk tahun ke lapan menjadi mangsanya.

akan bersambung.....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]