21 June ... Kenangan bersama arwah bapa.....

| |

Duduk depan kakak Seha, Hajar, emak duduk, Alin dan aku. Paling depan Wafi dan Kak Aina.
Berdiri dari kiri Kak Timah,Abg Syafik, Hamid, Abang Din ,Azam, Ebol, Jenal, Suhaib dan Husna.

Azam, aku dan Alin




Aku, Alin, Hajar dengan Wafi dan Husna.



Aku bersaudara dengan Chen? Mungkin juga......




Sewaktu memandu ke tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah terkemuka di wangsa maju, mataku sempat melerek kearah sebuah banner besar bertulis “ Happy Father’s Day 21 June”……

Tiba-tiba teringat arwah bapaku… Othman Bin Hassan . Arwah bapaku pernah bekerja sebagai tentera namun setelah mengalami kemalangan ketika dalam perkhidmatan, beliau meneruskan kehidupan sebagai pesara tentera dan mengerjakan sawah peninggalan arwah datuk sebelah emakku.

Mengimbau kembali ketika kecil dulu, emak sering bercerita bahawa beliau adalah orang yang paling rugi kerana tidak pernah mengenali siapakah ibu bapa mertua serta ipar-iparnya kerana arwah bapa tidak pernah memperkenalkan mereka semua kepadanya. Emak sedia maklum kerana mengetahui bahawa arwah bapa adalah seorang ”revert” yang memeluk Islam diusia belasan tahun, lari dari perkampungan asalnya di Solo, Indonesia kemudian datang ke Malaysia ,langsung berkahwin dengan emak.Melihat dari wajah kami adik beradik, dapat diagak arwah bapa berketurunan Cina. (Seorang wartawan Merdeka Review, Chen sering mengusik saya dengan mengatakan kami mungkin bersaudara!!!!Ya.... mungkin juga...)

Arwah bapa berkahwin dengan emak diusia empat puluhan , dan pasangan itu terpaksa menanti hampir sepuluh tahun untuk mendapat bayi pertama, iaitu abang sulungku, Nordin, seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor.Sebelum kelahiran abangku, emak dan arwah bapa membela seorang anak angkat dan dua orang anak sudara seperti anak mereka sendiri. Kehadiranku memang amat ditunggu-tunggu kerana sudah menjadi lazim, setelah mendapat seorang lelaki, pastinya mereka ingin anak perempuan pula.Tiga tahun selepasku, adikku Nurhusna pula dilahirkan. Ku sangka, adik ku hanya Husna seorang, namun setelah tujuh tahun jarak usia, rupanya lahir pula adikku Norhajar, diikuti Nor Azlin dan terakhir sekali Norazam.

Diantara keenam-enam anak kandungnya, arwah bapa dikatakan amat memanjakan diriku , amat sayang pada adikku Norhajar dan amat rapat dengan adik bungsuku, Norazam.Namun yang jelasnya, aku memang manja pada arwah bapa , Hajar pula pandai ambil kesempatan mengambil perhatian bapa dari pelbagai sudut dan Azam adalah satu-satunya anak yang menjadi teman bapa ketika kami yang lebih dewasa semua telah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur.


Aku amat bersyukur kerana arwah bapa memberi nama yang menarik untuk ku. Menurut emak, dari rumah lagi arwah bapa telah menulis namaku diatas sekeping kertas. Namun, ketika tiba di pejabat pendaftaran, beliau kehilangan kertas itu. Dalam terpinga-pinga, beliau tiba-tiba teringatkan nama ”laila”... dan terus saja namaku diperindahkan dengan tambahan ”Nor” menjadi ”Norlaila”. Setelah dewasa, baru ku ketahui maksud namaku dalam bahasa Arab ialah ”cahaya malam”.Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ada juga makna yang baik untuk namaku! Dan aku sering merasakan nama itu memberi kekuatan kepadaku dalam menjalani hari-hari mendatang....


Dalam mendidik anak-anak, arwah bapa seorang yang agak garang. Kami semua belajar membaca Al Quran dari beliau sendiri. Walaupun beliau seorang yang tidak berpendidikan tinggi, namun arwah meletakkan syarat bahawa semua anak-anak mesti pandai membaca Quran , memasuki institusi pengajian tinggi dan ada kerjaya yang baik. Alhamdulillah…. cita-cita beliau telah tercapai…..
Terlalu banyak kenangan bersama arwah bapa, namun semuanya masih tersimpan indah di lipatan hati kami semua. Kami bersyukur kepada Allah kerana mendapat bapa seperti beliau dan pusaka termahal yang amat kami perolehi dari arwah bapa ialah nikmat iman dan keyakinan kepada Allah SWT .Beliau meninggalkan kami diusia 90 tahun pada hari Isnin 30 June 2003. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan dikumpulkan bersama-sama hamba-hamba Allah yang soleh dan beriman.... Al Faatihah.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Moga Allah s.w.t. memakbulkan doa-doa orang yg teraniaya (yang ditahan tanpa hak bicara di mahkamah, terseksa kerana berpisah dgn kelauarga sekian lama dll) walau apa jua doa itu..amin!

Juga untuk kak Laila moga terus sabar & cekal mengharungi cabaran, kesusahan & perjuangan. InsyaAllah suami akak Laila akan dibebaskan segera. amin!

Unknown berkata...

Saudari Laila,

Setiap manusia di dunia ini adalah saudara.

Human Genome Project yang menggunakan analisis DNA telah membuktikan talian persaudaraan ini sejak species homo sapiens wujud di dunia ini.

Homo sapiens is ONE Species NOT Many different species!There indeed existed a genetic Adam and Hawa.

We may look different but our human species is undoubtedly related at the genetic level!

The only problem is homo sapiens like to use the category "race" to think they are from a different species!

And of course politicians love to exploit this unscientific "race" to achieve their ends!

Just thought i should share this with you and your "sister" Chen...

Best Wishes

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]