SUHAIB hanya mampu mendengar dan melihat....

| |
Jumaat 8 Mei 2009, Menteri Dalam Negeri yang baru, Hishamudin Hussien sekali lagi membuat pengumuman pembebasan sejumlah tahanan ISA. Bilangannya tetap sama dengan pembebasan pada 3 April 2009, iaitu 13 orang.


Sebaik saja pulang dari pejabat SUARAM di Petaling Jaya, aku terus memandu ke Gombak untuk mengambil Suhaib di sekolahnya. Beliau kelihatan ceria dan gembira , mengangkat tangan sambil menoleh kepada beberapa orang rakan sebaya lelaki yang kebetulan sedang menunggu kenderaan masing-masing.


Seperti biasa, jari Suhaib begitu cekap memilih stesen radio kegemarannya. Sebaik saja dibuka, kedengaran suara juruhebah stesen radio berbahasa Inggeris isu membacakan berita terkininya. "Kerajaan telah membebaskan 13 tahanan ISA...."
Aku sempat menoleh kearah Suhaib yang kebetulan juga sedang memandangku. Dia tersenyum sambil bertanya seakan berbisik "Umi... Abah bebas ke?". Aku berpura-pura tidak mendengar soalan itu dan menumpukan pada pemanduanku. "Umi ... Uthayakumar dah bebas.... abah ???"tanya Suhaib lagi sambil membetulkan "seat-belt"nya.


Minggu sebelumnya, aku , Suhaib dan keluarga isteri Uthayakumar sama-sama menaiki bas ke Kem Kamunting dan kami sempat mengintai dari pagar berduri yang tinggi itu, Uthaya dan Abah Suhaib berjalan beriringan menuju ke blok kediaman mereka. "Kalau abah bebas macam mana?" aku sengaja memancing Suhaib. Dia tersenyum lebar menyerlahkan barisan giginya yang comel dan putih itu." Ya ke?..." tanya beliau lagi dengan nada gembira.

"Sorry...Umi dah check dengan wartawan tadi, nama Abah tak ada dalam senarai...." tambahku. Dan bila ku menoleh ke kiri, tiada senyuman lagi diwajah Suhaib , dia mematikan radio , merebahkan kerusi dan terus membatukan dirinya.........


Petang itu, aku membelikan hidangan malam kegemaran beliau. Namun, sebaik saja selesai Solat Maghrib, beliau terus tidur. Aku mengejutkannya supaya menjamah makanan itu namun beliau kelihatan tidur terlalu "nyenyak" dan aku membiarkan saja beliau berkeadaan demikian. Jam 2 pagi, Suhaib hanya bangun untuk menunaikan Solat Isyak dan tidur semula hingga Subuh......

Hari ini, di akhbar, radio dan televisyen, berit apembebasan 13 tahanan ISA itu diberi liputan besar-besaran oleh media kerajaan. Juruhebah radio mengulangi berita pembebasan itu hampir setiap dua jam berlalu. Dalam berita jam 8 malam, gambar-gambar ahli keluarga HINDRAF menghiasai beberapa wawancara singkat di tv.


Gambar tahanan ISA yang dibebaskan dan disambut oleh keluarga mereka di pintu utama Kem Kamunting itu pun turut di paparkan di hampir semua saluran tv kerajaan .Namun...Suhaib hanya dapat mendengar berita dan menyaksikan saja semua peristiwa itu. Suhaib terpaksa berpegang pada hakikat bahawa abahnya masih lagi terus-menerus di simpan di Kem tersebut, walaupun telah lebih 7 tahun di tahan tanpa sebarang perbicaraan .........

15 ulasan:

Evelyn berkata...

i feel so sorry for you. pls bear in mind that all of the nation are praying for you. we are trying to strike and enforce enough pressure on the leaders to fight or us, not us fighting for them.

we believed that its enough for the rakyat to suffer for the leaders, for once, let the leaders show us they too can sacrifice something else for the good of the rakyat.

whomever have heart n felt for the families of the ISA detainees, help us by putting pressure on the Pakatan leaders.

please visit and klik
"Mendesak Pembebasan Tahanan ISA"semoga kak dan keluarga diberi kekuatan olehNya.

SFGEMS berkata...

Happy Mother's Day!

God bless!

Tentang Buku berkata...

saya bkn shuib pun sedih..dia tentu lagi...

nightcaller berkata...

I was told that Pewaris did not turn up today. My blogger friend met you and he urged you to never give up. At least, he is tough enough to give you words of encouragement. I can't...cause I will surely breakdown, knowing the agonies, frustrations and dashed hopes that both u and Suhaib faced for the past 6 years...

God willing, soon Suhaib's father's turn to walk out of Kamunting a free man.

Epool Razak berkata...

kakak, walaupun saya tak pernah berdemo, ahli keluarga saya tak pernah dimasukkan kedalam kamunting, saya tetap kasihan pada suhaib dan kakak terutamnya...Akta Keselamtan Dalam Negeri memang kejam dan tidak mempuyai nilai kemanusiaan!!!

Tanpa Nama berkata...

salam,
isa diperlukan untuk menangani mereka yang 'terlampau'. setiap negara yang maju di dunia ini sebenarnya mempunyai isa mereka sendiri, cuma, istilah nya berbeza - beza. dan saya percaya, jika hari ini kerajaan bertukar tangan ke pihak lain, isa masih juga di wujudkan, cuma, ditukar nama.mana mana negara memerlukan isa.

sy tanya puan, sekiranya, anak puan terjebak dengan gejala dadah yang melampau, apakah tindakan puan? jika anak puan terlalu nakal melampau sehingga mempunyai kebarangkalian beasr untuk memberi malu pada nama dan maruah keluarga,apakah tindakan puan?

sy simpati dgn puan dan anak puan.tp sudah pasti,apa saja yang Allah izinkan ini miliki bermacam2 sebab serta hikmah yang kadangkala kita sendiri terlepas. seadil-adilnya jangan lah puan memandang sebelah pihak sahaja bersalah. ini tidak matang. ini emosi namanya.

puan, bersabarlah. niat puan buat blog ni pun dikira oleh Allah. cuma saya tak tahu apa niat puan sebenarnya, samada benar2 nak bebaskan suami puan atau sebaliknya. hanya Allah saja yang tahu. apa yang saya tahu ialah sesiapa sahaja yang masuk isa bersebab dan sebab ini dikategorikan sebab 'melampau'. benda baik, benda buruk dalam hidup ini, ianya semua tarbiyah.terpulang lah pada puan untuk melihat dugaan dari Allah ini samada dari satu sudut sahaja atau bersudut sudut.

hukuman biasanya, akan memberi tarbiyah kepada yang menerima hukuman...cuma, terpulang lah tarbiyah yang macam mana yang ingin mereka tafsirkan. didiklah anak puan dengan kasih sayang, tapi, bukan dengan kebencian. didiklah mereka dengan adil, tapi bukan, sebelah mata. didiklah anak puan dengan memberi penjelasan yang adil, tapi bukan, sebelah pandang.

Sekian. Terima Kasih.

Pelajar PhD dalam Jurusan Jenayah dan Psikologi.
United Kingdom.

perunding berkata...

apa komen yang sesuai untuk pelajar phd uk yang 'terlampau' 'bodoh' ni.

Tanpa Nama berkata...

Sedih juga membaca cerita Puan ni, nampak kejam sangat kerajaan kita ni memisahkan kasih-sayang antara ayah dan anak, antara suami dan isteri.. 7 tahun lama tu..

Tiap-tiap sesuatu berlaku tu ada hikmahnya.. saya tak percaya kerajaan tahan suami puan tanpa bersebab.. Puan lebih arif dalam hal ni...

sekolahjalanan berkata...

perunding..
aku beri komen
pd budak UK tu,
tak ke mana la ilmu tu..
tgk saja kata2nya..
mcm tertinggal kapal je..
isa vs dadah melampau?
apa barang punya kontradiksi?

eh, budak uk lu pk la sendiri!

nooryahaya berkata...

semoga Tuhan berikan puan kekuatan menghadapi dugaan yang berat ini.

Tanpa Nama berkata...

Budak pelajar PhD tu rasanya tinggal kat PeaceHill UK. Cuba nak takut-takutkan orang. Tu yang belajar criminal psychology tu.

Semoga Puan mangsa ISA ni diberi kekuatan oleh Allah swt untuk meneruskan perjuangan. Saya tidak mengenali Puan, tetapi saya akan berdoa untuk kesejahteraan Puan sekeluarga.

Kakcik Seroja berkata...

tak tahu nak kata apa..
selain airmata yg tetap murah utk keluar..
nak suruh laila bersabar..mmg laila dah cukup2 bersabar...

Tanpa Nama berkata...

adusss budak UK ni...engkau melalut byk sgt laa...ni sah2 balik sok jadi barua BEE End la sok ni...mmg hampeh la org camni....

Tanpa Nama berkata...

Pelajar PHD UK,

Jika anak mengambil dadah, sudah tentu akan dihentikan. Jika anak nakal, sudah tentu akan diambil tindakan untuk mengurangkan nakalnya. Kesalahan mereka ini telah terbukti.

Tetapi bagi tahanan ISA, tiada nakalnya mereka ini. Mereka tidak pernah membuat kesalahan yang nakal. Kerana apa saya katakan mereka tidak membuat kesalahan? Ini kerana ia tidak pernah dibuktikan langsung. Tidak pernah dihadapkan ke mahkamah.

Tarbiyah boleh dibuat sepanjang masa. Hukuman hanyalah untuk pesalah yang telah dibuktikan bersalah. Mana negara yang masih memerlukan ISA?

Jadi, janganlah pandang dari sebelah mata sahaja. Berikan jua pandangan dari sebelah sana. Kerajaan tidak memerlukan ISA lagi, kerana akta-akta yang sedia ada di Malaysia, sudah boleh menjatuhkan hukuman kepada semua jenis jenayah yang dikatakan dilakukan oleh tahan ISA itu.

Pelajar Ijazah, Ulu Klang

Tanpa Nama berkata...

Pelajar PhD dalam Jurusan Jenayah dan Psikologi.
United Kingdom.

tu ler belajar jauh sangat sampai tak paham masalah negara sendiri....

1. ISA tuh kejam... tak der perbicaraan
2. Allah tak suruh kita check niat... cuma suruh hukum ikut zahir... maknyanya.. ikut bukti....
3. Elok lagi melepaskan pesalah (pasal tak cukup bukti) drpd menghukum org yang tak bersalah.
4. pasal nak mendidik dengan adil dan ikhlas ler... aku pun kena bagi tau kat anak2 aku.. insya allah cucu cicit aku... yang ISA tuh zalim.... dan jgn menghukum tanpa usul periksa....

p/s tanpa bukti aku nak kata... budak PHD nie pegi UK pasal takut balit Malaysia... takut kena ISA.... amacam adil tak???

buat akak... berdoalah... insya allah doa org2 yang dizalimi nie akan dimakbulkan ALLAH SWT. Hanya padaNya kita menyembah hanya pada Nya kita memohon pertolongan... amin....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]