Setiap manusia yang beriman, akan di uji oleh Allah....

| |
" Puan Norlaila, you ni Ella yang pernah ambil course YYY di XXXX dulu? Saya Rhee, my full name is Sabariah Mohd Yusof....." itulah sms pertama yang saya terima dari wanita kecil molek dengan nama panggilan Rhee itu. Ya...kami berada dalam satu kursus , sekelas dan satu asrama semasa belajar di salah sebuah IPT tempatan lebih dua puluh tahun yang lalu.Walaupun telah berpuluh tahun tidak bertemu, namun wajah dan rupa diri beliau langsung tidak berubah...tetap anggun dan menawan sama seperti dizaman remaja kami dulu. Setelah "graduate' kami membawa haluan masing-masing dan terputus hubungan. Cuma yang masih ku ingat, beberapa bulan sebelum kami menamatkan pengajian, aku adalah orang pertama yang di pilih oleh beliau untuk menunjukkan bahawa dia telah mula memakai tudung.Alhamdulillah...syukur pada Allah yang telah membukakan hati beliau untuk melaksanakan kewajipan yang telah difardukan keatas setiap wanita Islam itu.

"Tulisan you merata-rata di internet. I came across MerahHitam, dan hati I berat mengatakan that MerahHitam IS really you!!!Ella you dont change so much except... lebih berisi dari dulu!!!" sebut Rhee lagi panjang lebar. Dan semalam, Allah temukan kami kembali dalam suasana yang meriah namun agak sebak....Gembira kerana telah lama terpisah dan dapat bertemu kembali, namun sebak dan sedih kerana aku masih lagi menjadi mangsa ISA." I pun tak pernah terfikir akan berkahwin dan suami akan ditahan dibawah ISA ... things happened and I have to take it" jawabku perlahan.Rhee tersenyum , beliau faham .... kami dulu boleh dikatakan agak anti dengan kaum Adam dan pernah terfikir untuk membujang hingga dimamah usia.....Namun, siapalah kita, hanya insan yang lemah ciptaanNya.

Setelah agak lama berbual, barulah Rhee memperkenalkan anak-anak dan suaminya kepadaku. Tanpa disangka, rupanya beliau juga boleh dikatakan sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah terutama dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Perkahwinan pertama menemui kegagalan tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberi peluang kepada diri sendiri demi kelangsungan kehidupan berkeluarga.

Aku cukup kagum dengan kisah hidupnya. Selama ini ku merasakan , akulah orang yang paling teraniaya dan paling derita sekali, namun aku akur dengan fitrah kehidupan bahawa setiap manusia yang bernyawa ini, semuanya mempunyai dugaan masing-masing cuma jenis ujian itu yang membezakannya......

Mungkin di Malaysia ini tidak ramai yang menjadi mangsa ISA, justeru dugaan itu di kira suatu kezaliman yang amat nyata....namun disebalik kehidupan manusia ada pelbagai lagi kesedihan dan kesengsaraan yang berlaku...semua boleh dijadikan ingatan bahawa setiap perkara yang terjadi itu semuanya berlaku dengan izin Allah untuk menguji keyakinan dan ketakwaan hambaNya.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]