TAHANAN ISA VS Peserta PLKN.Malaysiakini.

| |


Kes A.

Bapa Suhaib, iaitu Mat Sah B Mohd Satray ditahan dibawah ISA pada 18 April 2002.
Sejak hari pertama penahanannya, beliau tidak pernah didakwa atau dibicarakan dimana-mana mahkamah.

Sebaik saja tamat 55 hari di PRC Kuala Lumpur,beliau dihantar ke Kem Kamunting dan dikurung di sebuah blok burok di sana dan terpaksa menjalani kehidupan seperti seorang banduan. Kehidupan seperti banduan ini dijalani masuk tahun ke 7.

Bapa Suhaib dinamakan sebagai "Ahli Jemaah Islamiyyah" oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu.Ahli "JI" ditahan kerana mereka dikatakan mengancam keselamatan dalam negeri.


Kes B.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.



Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
(Artikel ihsan najwasuhaimi.blogspot.com)

Perbandingan antara dua kes ini.

Seorang lelaki dewasa di tahan dibawah ISA dan dituduh sebagai seorang yang mengancam keselamatan negara, tidak pernah dan tiada peluang untuk dibicarakan.Beliau hanya diberi kursus pemulihan oleh JAKIM dan beberapa agensi kerajaan terpilih. Lelaki dewasa itu terus menerus dipenjarakan tanpa mengetahui bilakah tarikh akhir beliau akan dibebaskan.

Manakala seorang remaja, yang tidak menghadiri PLKN, didakwa di mahkamah dan beliau dijatuhi hukuman oleh Hakim. Remaja itu tahu beliau hanya dipenjara selama 14 hari saja.

Apa pendapat anda?


Nota: Gambar Suhaib bersama bapanya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuhan yang maha penyayang sedang memerhatikan semua ini .
thank you
i am sorry
i love u

Tanpa Nama berkata...

Remaja tu memng pilih penjara tapi ada pihak ke3 yang jamin. Tahu tak orangnya? Atau dah tahu tapi pura-pura tak tahu kot?

Tanpa Nama berkata...

Sdr Tanpa Nama,

Saya yakin ramai yang tahu siapa yang jamin. Tapi persoalan disini, bukan penjamin tu.. tapi mengapa remaja terbabit memilih untuk dipenjarakan...

Merah Hitam berkata...

Saya sengaja bawa 2 kes ini untuk uji minda orang yang membaca cerita kisah benar ISA ni.

The moral of the story ialah,budak-budak yang kesalahannya cuma tak hadir PLKN tu pun dapat peluang dibicarakan di mahkamah.Tetapi kes berat yang dikatakan sebagai "mengancam keselamatan negara" yang sepatutnya merbahaya dan diberi perhatian serius oleh Hakim, peguam dan badan perundangan, tidak pula dibicarakan di mahkamah .

Remaja yang tidak hadir PLKN itu dibicarakan dan semua bukti serta saksi dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan dan akhirnya diketahui apakah kesalahan dan siapakah yang benar-benar salah.

Manakala tahanan ISA tidak dibicarakan di mahkamah kerana Menteri Dalam Negeri dan polis perlu mencari saksi,perlu mendapatkan bukti untuk memastikan orang yang di tuduh benar-benar bersalah.Bukti dan saksi tidak boleh diambil dari cakap-cakap atau pengakuan tahanan sendiri.Mesti ada saksi dan bukti yang benar-benar wujud.Ini (saksi dan bukti) sebenarnya yang tidak dapat dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri untuk membuktikan orang yang di tuduh itu benar-benar salah.Sebab itu mereka disimpan saja dalam "store" KDN bertahun-tahun....

Walau apa pun, didunia tidak mendapat pengadilan yang sepatutnya, pasti keadilan itu akan di perilehi diakhirat kelak.Tiada siapa yang dapat lari dari mahkamah Tuhan.

hafiz berkata...

kak lela! Teruskan perjuangan!!! Doa dan semangat untuk akak & keluarga!

Tanpa Nama berkata...

Puan Laila:

I am reading Nelson Mandela's "Long Road to Freedom" and there is a very close semblance of South Africa's apartheid regime and this BN Govt. Ultimately, I believe God has His ways and the good and innocent will prevail.

God bless and continue to have faith.

Merah Hitam berkata...

hafiz and SH Tan,

Thank you for your kind words.
Saya suka kata-kata anda kerana memberi semangat baru pada saya untuk terus berjuang...

Tanpa Nama 16:57,
Dont say sorry...I luv you too...

Tanpa Nama berkata...

berapa juta rakyat Malaysia dan berapa org yg dikenakan ISA?Mesti ada sesuatu yg menyebabkan mereka dikenakan ISA. Saya sedang membaca buku Dr Syed Hussin ttg pengalaman beliau di tahan ISA. Saya simpati dgn tahanan ISA.Pada masa yg sama pencegahan lebih baik dari merawat

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]