Mayat A.Kugan menakutkan saya....Malaysiakini.

| |
Saya tidak bergurau. Serious!! Ketika saya melihat gambar-gambar mendiang A.Kugan yang mati dalam tahanan polis Selasa lalu, dengan serta-merta saya rasa pening kepala dan rasa sakit perut!

Sudah terlalu banyak penderaan yang melibatkan kematian dalam tahanan. Secara kebetulan, ramai yang mati ketika soal siasat ialah dari kaum India. Pihak polis yang sepatutnya bertanggungjawab, biasa terlepas begitu saja kerana soal-siasat ketika tahanan reman, adalah sebahagian dari tugas polis!!! Di Malaysia, polis adalah "above the law".

Saya jadi teringat kisah suami Puan Sharmila (wanita India dalam gambar) yang lumpuh kerana didera dengan keterlaluan oleh polis. Suami beliau, Sanjeev Kumar adalah seorang tahanan ISA. Pada hari pertama ditahan beliau seorang yang sihat dan segar-bugar, tetapi 5 bulan kemudian, beliau didapati tidak dapat berjalan, lumpuh dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Hasil campurtangan SUHAKAM, doktor mengesahkan beliau menjadi lumpuh kerana perasaan takut yang terlalu kuat dan dahsyat menyebabkan urat-saraf dibahagian otak nya tidak berfungsi. Beliau kemudiannya telah dibebaskan dari Kem Kamunting, beberapa bulan kemudian.

Kisah tahanan ISA lumpuh dan sakit tenat bukanlah perkara biasa. Namun biasanya, bila tahanan ISA itu terlalu tenat, mangsa akan dibebaskan dengan segera. Menteri Dalam Negeri tentunya tidak mahu ada tahanan ISA yang dihantar pulang dalam keranda kerana ini akan menyebabkan imej ISA jadi terlalu buruk dimata rakyat dan terpaksa di mansuhkan dengan segera. Susahlah UMNO jika tiada ISA!!!


Sudah menjadi kebiasaan, bila ada berita tahanan mati ketika di lokup atau direman, berita itu menakutkan saya kerana suami saya, bapa Suhib, di kurung tanpa bicara dan dilayan seperti banduan, tujuh tahun lamanya.Kami tidak tahu bagaimana layanan warden Kem terhadap beliau. Kami juga tidak tahu, bila beliau akan dibebaskan. Apa yang mampu kami berdua lakukan hanyalah pasrah pada Allah, yang berkuasa memberikan nyawa kepada makhluk ciptaanNya supaya dipanjangkan usianya. Kami tidak pernah lepas berdoa supaya Suhaib dan bapanya tidak dipisahkan oleh kematian.

Note: Selamat menyambut Tahun Baru Cina pada semua menyambut perayaan ini, contohnya Sanjiun , KKitsam , Chen Merdeka review dan semua yang sering memberi sokongan pada mangsa ISA seperti kami ini.



0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]