Adakah Kugan akan mendapat keadilan selepas ini?Malaysiakini.

| |
Menurut prinsip hak asasi sejagat, seseorang itu tidak bersalah melainkan setelah di buktikan dimahkamah. Dan , A.Kugan, dalam isu ini telah di beri imej sebagai seorang" pencuri kereta mewah "oleh media Kerajaan Barisan Nasional . Beliau telah mati ketika siasatan sedang dijalankan dan tidak diketahui pula samada kes beliau akan dibawa kemuka pengadilan atau tidak.

Malaysia ni negara yang pelik sikit kerana eksekutif (Menteri)terlalu berkuasa dan beliau boleh mengetepikan saja Legislatif(undang-undang) dan Judiciary(hakim-hakim) mengikut suka hati mereka.Akta tanpa bicara ISA adalah bukti pada dakwaan ini.Semua tahanan ISA tidak pernah dibicarakan atau didakwa dimahkamah walaupun telah dikurung bertahun-tahun di Kem Kamunting , Menteri Dalam Negeri sendiri bertindak sebagai hakim melanjutkan penahanan semua tahanan ISA dari dua tahun ke dua tahun berikutnya.
Sebagai seorang Islam, saya pasti bersetuju dengan panduan yang boleh diambil dari Al Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali Al Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.
Contohnya, seorang Ulama' terkenal di Mesir iaitu Syed Qutb,setelah beliau telah meninggal dunia , kes beliau telah dibicarakan di mahkamah dan kemudiannya terbongkarlah segala kejahatan pemerintah Mesir ketika itu.Saya amat mengingati kisah yang disebutkan oleh YB Tuan Guru Haji Hadi Awang ini kerana, ianya membuktikan, walaupun jasad telah tiada, nama orang yang di tindas itu, mesti diberi keadilan dan di bersihkan di mahkamah.
Merujuk pada deklarasi hak asasi manusia sejagat(UDHR), Kugan sepatutnya diberikan keadilan di mahkamah walaupun jasadnya telah disemadikan, untuk membersihkan namanya. Dan kes ini juga sepatutnya menjadi satu sempadan bahawa selepas ini, polis tidak boleh bertindak diluar batas batas kemanusiaan disebalik "tugas dan siasatan".
Polis mesti disiasat oleh sebuah badan siasatan yang bebas supaya rakyat Malaysia rasa selamat bila berhadapan dengan polis. Rakyat mahu isu kematian dalam tahanan polis segera berakhir.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]