DERITA SEORANG IBU MENANTI PEMBEBASAN ANAK DARI ISA.Malaysiakini.

| |

"Dia manja dan tak pernah meninggikan suara pada mak" itulah yang sering disebutkan oleh Puan Saoda ibu kepada Mat Sah Mohd Satray( nenek Suhaib sebelah abahnya).Tahun 2009 ini, Mat Sah ditahan di bawah ISA cukup 7 tahun lamanya.
Setiap kali kami(saya dan Suhaib) menziarahi beliau di Kg Pandan, nenek akan menangis. Beliau selalu bertanya, bila Abah Suhaib akan dibebaskan. Kami tidak dapat menjawab soalan itu dan biasanya hanya meminta beliau bersabar dan berdoa supaya anaknya (Mat Sah) segera di bebaskan.
Sebelum ditahan dibawah ISA 7 tahun yang lalu, setiap kali pulang dari kerja, beliau akan singgah dirumah ibu bapanya di Kg Pandan, kemudian barulah pulang kerumah kami di Keramat.Mat Sah dan ibunya jarang berjauhan. Sudah tentu perpisahan ini amat menyakitkan kerana ibu yang sudah tua itu tidak mampu untuk pergi ke Kemta setiap bulan bagi menziarahi Mat Sah.Keadaan semakin kritikal kerana ibu Mat Sah mengalami kerosakan buah pinggang dan beliau terpaksa menjalani dialisis untuk terus menyambung hidup.
Tidak diketahui, bilakah penyeksaan ini akan berakhir....
Note:Gambar terbaru Mat Sah dan ibunya diambil pada 23 Nov yang lalu di PRC.Ketika itu SB memberitahu ibu Mat Sah bahawa beliau akan dibebaskan dalam bulan itu juga, tetapi ternyata, Mat Sah masih lagi dikurung di Kem kamunting hingga hari ini.....

1 ulasan:

Unknown berkata...

Please keep strong. The day of liberation will surely come sooner than later.

May the AlMighty Bless you and family always

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]