ALFAATIHAH BUAT SYUKRI-Malaysiakini.

| |
Pukul 1 petang tadi, di Perhimpunan Cina Selangor ketika menghadiri sidang media "Teater Bilik Sulit" GMI dan Bar Council,Fadiah dari BC memberitahu bahawa "Syukri" Food Not Bomb meninggal dunia.Saya rasa tidak mengenali sidia bernama Syukri ini.




Sebentar tadi, bila melihat gambar beliau dan tulisan Zorro"rest in peace,my comrade" di Malaysiakini, tiba-tiba hati jadi berdebar......



Saya segera mencapai beg tangan dan mencari sesuatu.........


Saya terjumpa sekeping kad nama yang tertulis "Muhammd Syukri Hussain".......
Ohhh!!!!! Dia rupanya. Hari Sabtu 13 Disember di Bar Council, beliau menghulurkan akhbar WATAN kepada saya sambil menunjukkan ruang tengah yang di muatkan dengan berita program anti-ISA dua minggu sebelumnya.Gambar saya mmenuhi muka tengah akhbar itu.
"Ini khas untuk kakak" katanya ketika menghulurkan akhbar tersebut.

Baru saya ingat.....dialah orangnya yang sering mengambil gambar saya ketika menghadiri VIGIL dan pelbagai program anti-ISA.

Dalam blog YB Tian Chua, beliau terjumpa ayat Quran bermaksud " setiap yang hidup, pasti merasai mati..." dalam album gambar Syukri.Ya.... sememangnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati, kita tidak tahu bilakah kematian itu akan datang, hanya masa yang menentukannya dan masa itu di tentukan oleh Allah SWT, yang menguasai segala kejadian di alam ini.

Semoga segala amalan mulia beliau ketika didunia akan diterima Allah dan dikumpulkan rohnya bersama-sama orang yang soleh.... Ameen.

Al Faatihah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya juga rasa sedih (dan terkejut) apabila dapat sms tu...
Amat kesal kerana tidak sempat betul-betul mengenalinya...
Bagi semua yang pernah/sentiasa menghadiri vigil, kita pasti tidak akan lupakannya.

Unknown berkata...

innallillahhiwainailaihirajiuunn...

saya sama mcm akak, tak kenal arwah, tp saya ada sebelah akak di BC masa dia hulur surat khabar watan tu...

Tuhan lebih menyayanginya...

malaysia baru berkata...

Ya Allah ampunilah Syukri dan terimalah ibadahnya & perjuangannya selama ini.

Bagi kita yg belum, tinggalkan dakwah dan perjuangan supaya Malaysia jadi adil dan bebas dari rasuah.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]