ISA TUHAN ORANG MELAYU-UMNO.Malaysiakini.

| |
Saya tidak pandai berbohong.Apa yang ditulis, itu adalah dari apa yang dilihat atau diampaikan oleh orang yang boleh dipercayai.

Juak-juak UMNO pastinya sedang resah melihat ISA di hambat oleh rakyat dari pelbagai sudut.Selama ini, ISA menjaga kepentingan mereka, jadi, bila ISA sendiri sudah digugat oleh rakyat....siapa yang susah?Tentulah pemimpin UMNO dan keluarga mereka.

Orang Melayu -UMNO ni mengaku berugama Islam,tetapi....cara mereka menjaga ISA , jauh lebih hebat dari mereka menjaga Al Quran dan seluruh isinya.ISA dijaga, hingga mufti-mufti tidak berani keluarkan fatwa tentang kezaliman akta tahan tanpa bicara itu. ISA dijaga, hinggakan ada khutbah yang menyentuh kezaliman ISA, Imam yang berkhutbah itu dipanggil oleh Jabatan Ugama untuk disoal-siasat dan dikatakan memecah belahkan rakyat.ISA di jaga ,menjadikan ia lebih tinggi dari sistem undang-udang dan kehakiman negara ini .(Tahanan ISA tidak pernah dibawa dan didakwa di mana-mana mahkamah selama 7 tahun mereka di kurung).

Dimanakah hak-hak rakyat (artikel 159)yang telah di peruntukan di Perlembagaan Persekutuan?Tidak kah ISA lebih tinggi dari Perlembagaan Negara? Bukankah tindakan Melayu -UMNO ini mencabul Perlembagaan Malaysia?

Menteri Dalam Negeri (penjaga Tuhan Melayu -UMNO) ini berkata, "ISA tidak akan di pinda atau dimansuhkan walaupun ianya diancam oleh pelbagai pihak...." bukan kenyataan ini mengesahkan, ISA adalah Tuhan mereka?

Nota: Suhaimi Mokhtar, Dr Abdullah Daud, Mat Sah Satray, Abd Murad Sudin, Zaini Zakaria masih ditahan lebih 6 tahun tasnpa perbicaraan oleh "Tuhan Melayu-UMNO" disebuah sel di Kem Kamunting..........bagaimana nasib mereka dan keluarga?

2 ulasan:

A Mum Of Three Mohd berkata...

Dear Laila,

Now,they think they are GOD. They can play god sebab semua yang ditahan tak berdaya nak lawan. Plus,they know that law is behind them. Tapi mereka tak kan nak tongkat dunia. Bila tiba masanya nanti mereka pula yang akan berhadapan dengan Allah. Masa tu baru mereka tau azab sebenar yang menanti mereka. Kenapa keluarga tahanan lain tak di'highlight'kan? I really like to know more about their well being. Bye and may Allah bless you always.

Merah Hitam berkata...

A Mum of 3 Muhammad,

Bila seseorang ditahan dibawah ISA, sekumpulan SB menyoal siasat suami@orang yang ditahan, dan sekumpulan lagi mempengaruhi isteri supaya jangan percaya pada sesiapa dan SB juga memburuk-burukkan aktivis anti-ISA termasuk saya.Ada seorang isteri tahanan, sekiranya mereka berhubungan dengan saya, suami mereka tidak akan dibebaskan dari Kem, sepertimana suami saya...

Akhirnya, to be safe, kebanyakan keluarga tahanan ISA lebih selesa mendiamkan diri kerana tidak pasti, siapakah yang berkata benar dan siapakah yang berbohong.Mereka tidak sanggup peluang suami untuk bebas, diperjudikan hanya kerana berkerjasama dengan GMI.

Kami di GMI, sekiranya ingin mengeluarkan cerita keluarga, kami minta izin dahulu dari mereka....Jika mereka tidak setuju, kami tak boleh paksa....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]