TAMU ISNIN:MENTOR SAYA IALAH YB SAARI SUNGIB.Malaysiakini

| |

Dalam kehangatan akta ini disebut-sebut, ada pihak yang beranggapan kerja-kerja menentang ISA ini, sama ada dari GMI atau isteri tahanan atau pemimpin parti politik adalah seperti 'anjing menyalak bukit'. Bagaimana anda melihat persepsi tersebut?

Tidak semua orang suka membuat benda-benda seperti ini. Siapa yang mahu buat kerja yang tidak pasti ada hasilnya...... Kerja-kerja GMI ni sudahlah tidak memberi hasil, turut membahayakan kehidupan pula....Anda besar kemungkinan tidak dinaikkan pangkat, di pindahkan kedaerah lain , hilang pekerjaan dan mungkin juga ditahan dibawah ISA.Kerja ni tidak popular langsung.. Ramai yang tidak suka buat kerja ini kerana ”takut’ iaitu sejenis perasaan yang telah lama ditanamkan oleh Pemimpin UMNO-BN kepada semua rakyat Malaysia. Hanya keyakinan tinggi terhadap Allah Taala yang akan mengatasi segala rasa takut ini. Semua yang berlaku ini dengan keizinan Allah. Setahu saya, orang Islam bukan dihantar ke dunia secara percuma, tetapi ada tugas yang Allah berikan pada mereka. Saya terfikir, mungkin..... ini adalah sebahagian tugas yang saya perlu lakukan untuk mengembalikan kemakmuran dan keamanan kepada rakyat di bumi Malaysia yang saya diami ini.

Kerja-kerja ini memerlukan ketahanan, ilmiah dan 'team' yang menyokong kuat. Mentor saya ialah, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib kerana pengalaman beliau sebagai bekas tahanan ISA, seorang yang sentiasa aktif memberi nasihat dan pendapat cara-cara menentang akta ISA yang sering dilakukan dalam bentuk ceramah .Beliau dan isterinya sentiasa bersikap positif "that I'm on the right track" dan memperingatkan tentang tipu daya SB yang sering mengganggu saya. Segala usaha ini walaupun kecil, tetap saya yakini akhirnya mendapat sokongan dari semua pihak....."though it took years to come true"....

Harakah memang banyak membantu membuat liputan mengenai ISA, khususnya ketika saya mula aktif dengan GMI pada 2004. Banyak aktiviti, liputan media yang memberi makna yang sangat tinggi kepada perjuangan ini.

Saya makin dikenali ramai selepas penahanan RPK( kerana suami ditahan dah 7 tahun!!!) Ramai juga yang pelik dan bertanya, bagaimana saya boleh bertahan selama itu dan terus berjuang.Macam-macam yang mereka cadangkan supaya saya lakukan supaya sauami cepat bebas seperti RPK.Saya kata, saya dah lakukan jauh lebih banyak dari itu. Its all recorded in GMI statements!!!
Nota: Saya bersama Syed Ibrahim(kiri sekali) Pengerusi GMI yang jugaTim. Presiden Jamaah Islah Malaysia(JIM), YB Saari, isteri beliau Pn Aliza juga seorang aktivis GMI.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kadang-kadang ISA ini hanyalah menjadi alat kerajaan untuk membodek Amerika untuk menunjukkan kepada Amerika yang Malaysia anti keganasan.
Mereka tunjukkan kepada Amerika mereka dah tangkap orang-orang yang menganjurkan keganasan bawah ISA.
Tapi kita bimbang mereka yang ditangkap itu hanya jadi kambing hitam atau kambing korban saja.
Kalau nak bodek Amerika pun jangan la sampai ada orang yang terinaya.
Yang betul-betul sekongkol dengan pengganas tak ditangkap.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]