Mahkamah Sesyen, Nalini dan Majistret 10.

| | 2 ulasan


Nalini Devi- sekretariat GMI@ koordinator SUARAM.

“30 rakan-rakan semua yang didakwa pada 3 ogos lalu perlu hadhir ke mahkamah besok untuk mention.Pukul 9 pagi.Kumpul di Mahkamah sesyen, Tingkat 4.Bilik akan dimaklumkan besok.Sila beritahu ini kepada rakan masing-masing kerana saya tidak mempunyai nombor kesemua mereka yang ditahan.Terimakasih.Nalini.”

Pesanan ringkas dari Nalini ini menggugat sedikit ketenangan fikiranku untuk hari ini.Bukannya aku tidak tahu tentang kes mahkamah tersebut, tetapi sengaja tidak mahu memikirkannya sangat.Yang penting, Nalini kata, sudah ada peguam yang akan mewakili kami .Alhamdulillah !! Lega !!!

Sms dari Johor.
“ Kak , kami empat orang akan bertolak dari Johor malam ni. Akak doakan kami selamat ek?” tiba-tiba pula dapat sms dari Zul, salah seorang orang kena tahan (OKT) dari Johor.
Aku tiba-tiba teringat pada Zulsifili, seorang anak muda yang dipaksa duduk disebelahku oleh SB ketika kami berada dalam satu trak polis yang padat dari Pusat Tahanan Bukit Jalil ke Mahkamah Jalan Duta. Kini kami jadi kawan baik sebab sama-sama menjadi OKT.

Aku memeriksa sms-sms lain dan terpandang satu pesanan dari Salleh, penjaminku bagi kes My Kad. ” Saya dapat surat dari mahkamah, kes IC akak tu dah tukar dari 10 September pada 4 September.” Eh... macam mana aku boleh lupa beritahu Nalini ni.... Aku beritahu bahawa pada 4 Sept, aku ada satu lagi kes mahkamah iaitu kes My Kad. Nalini kata ” Kak Laila, I’m confused. Can you talk to Fadiah?” katanya. Kesihan Nalini. Orang lain yang kena tangkap polis, dia pula yang pening kepala uruskan peguam dan lain-lain.

My Kad oh My Kad
Segera aku hantar sms pada Peguam Fadiah dan Sasha.”Esok 4 Sept, akak ada kes himpunan di Mahkamah Sesyen dan dimasa yang sama ada kes My Kad di Majistret 10. Can you help?” begitulah bunyi sms itu. ”He he he... its ok. Biar Nalini tanya pada “Z” peguam kes himpunan, boleh tak mereka pergi kejap ke Majistret 10 lepas kes di Mahkamah Sesyen....atau pun minta court cari tarikh lain” jawab Fadiah. Aku “forward” sms dari Fadiah pada Nalini. Sunyi seketika. Aku termenung sekejap. Apa yang akan terjadi esok, ya?

Bunyi nada sms memecahkan kebuntuanku. Dari Nalini. Ku capai dan terus baca isinya. ”I spoke to ”Z” on your another case.He said we go to Sesyen court dulu, then boleh sambung di Majistret.Or we can ask lwyers to get the dates.” Sekali lagi Alhamdulillah…barulah boleh tersenyum…….Dalam hati berkata “.....jahat betul polis-polis yang kat PGA Cheras tu ya….sengaja nak menganiaya orang.....”

Tiba-tiba telefon berbunyi. Ianya dari Kak Hayati, Ahli Majlis Ampang Jaya , salah seorang wanita yang turut bersamaku berada dua malam di lokap Bukit Jalil.” Wa alaikum Salam... apa khabar kak? Ya..esok ada kes kita kat mahkamah Jalan Duta. Jam 9 pagi Akak jangan lupa ya, nanti polis tangkap lagi sekali...he he he...” kataku mengusik Kak Yati. ”kak, esok saya ada dua kes. Satu kes himpunan ISA, satu lagi kes my Kad...” aku mengadu pada Kak Yati. ”What?? Biar betul ni. Akak masih belum dapat My Kad ?
Jadi sejak keluar lokap 3 Ogos dulu tu, akak tak ada kad pengenalanlah ek? Tanyaku dalam nada serius. ”Saya yang tidak serah My kad pada polis, depa terus serah pada mahkamah... memang jahat betullah polis ni...” kataku dan kami menamatkan perbualan.

Polis tak jahat?
Inilah kerja polis. Orang yang tidak mahu menyerahkan My Kad, terus didakwa dimahkamah...kononnya, kami yang tidak menyerahkan kad pengenalan ini menyukarkan kerja mereka untuk mengetahui status kewarganegaraan kami. Manakala orang yang telah menyerahkan kad pengenalan pula, hingga sekarang masih belum mendapat My Kad masing-masing kerana pihak polis tidak dapat memberitahu dimana kad pengenalan itu berada.

Walau apapun, seolah-olah, esok ada satu lagi himpunan anti-ISA di Mahkamah Jalan Duta!!!!





Read More !

Peserta demo kepala lembu di bela, kami...dianiaya...

| | 6 ulasan

Adil ke tindakan Menteri Dalam Negeri kita ni??? Kami sebahagian dari 50,000 peserta demo MANSUH ISA 1 ogos.

1- Ditahan polis walaupun tidak berada di tempat demo iaitu Sogo, Masjed Jamek dan Masjed Negara.
2- Ditahan polis jam 12.30pm walaupun belum lagi masuk waktu demo iaitu jam 2.00 - 4.00pm.
3- Di kurung dalam "black maria" yang ditutup dengan plastik tebal 2 jam.
4- Di reman dan masuk lokap 2 malam.
5- Di gari sepanjang perjalanan dari Bkit Jalil ke Jalan Duta .
6- Di "hadiahkan' dengan akta polis 2 kes di Mahkamah .Salah satunya kes menyertai himpunan haram anti-ISA.Kes akan didengar esok di Mahkamah Tinggi Jalan Duta , Tkt 4 , Jam 9 pagi.

Home Minister Hishammuddin Hussein said those involved in the 'cow-head' protest in Shah Alam last week cannot be blamed for the controversy.
Speaking after an hour-long closed-door meeting with residents' representatives at his office in Putrajaya, he said the protesters “had no intention at all to bring the cow's head and invoke racial sentiments or cause tension”.


Hisahamudin kata, peserta demo kepala lembu tak boleh disalahkan. Mereka tetap dibela walaupun telah terang dan jelas cuba menyakitkan hati kaum lain dengan membawa kepala lembu ketika berarak. Kenapa tak bawa kepala kambing atau binatang lain? Dan apa tujuannya bawa kepala lembu itu?


Read More !

Lets hear from Syed Ibrahim.

| | 1 ulasan

(Syed Ibrahim is the chairperson of GMI)

This is the true spirit of 1Malaysia! Here, you as a Minister accepted a memorandum by pro-ISA group (although racist in nature and violates not just the constitution but due process of law with their suggestions) but you do not make the attempt to meet us when we went to the Ministry earlier to submit our memo.

I'm very disappointed with my "fellow muslims" who still do not understand the true nature of ISA. Detention without trial. Detention without opportunity to defend oneself. Detention without neccesity to provide evidence. Powers to detain incomunicado for the first 60 days (section 73) and two years (section 8) in Kamunting Camp which can be extended for additional two years for unlimited times. Not to mentioned being tortured mentally and physically as documented in testimonies, books and court's records. Where is justice in all these?



Are we that weak, fragile or gullible enough to resort to such law to uphold the status of Islam, the status of Kings and Rulers, BM as the national language, the special privileges of Malay and bumiputera in Sabah and Sarawak and the corrupters??

Hishammuddin calls the struggle to abolish ISA as "pure emotional political rhetoric". How can he still be blinded when memorandums by GMI, calls by Suhakam, voice of the ex-detainees, voice of detainees' family, voice of the people through demos, blogs, websites etc...to abolish ISA were made for so many years. Ok yes, I admit it is pure emotions but based on true principles of fighting for justice and truth! As for political rhetoric...Yes, it is political because ISA is a convenient political tool that needs to be wiped out through political means...through the Parliament. But, believe me it is not rhetoric because those that have been detained under ISA are real people with real families. They underwent real suffering and real bruises. If Hishamuddin cannot recognise these and label it as "pure emotional political rhetoric", then just wait and see for the fall of yet another Minister!

Those in Parliament are Wakil Rakyat. We the Rakyat put them there for the sake of the people and nation but if the trust or amanah is breached because of such unjust law as ISA, then we the people have the power to drag them down.

p/s: "ISA is needed to uphold the Malay rights".......I wonder, what others (anak bangsa Malaysia from Chinese and Indians groups) has to say about this ?

Read More !

Berapa upah BN pada Ibrahim Ali?

| | 5 ulasan


Ini baru benar-benar berita terkini!!! Ibrahim Ali@the frog, yang bertanding atas tiket PAS, kemudian menang, kini jadi Presiden Pribumi Perkasa.

Apa Pribumi Perkasa ni?Sekali baca, mungkin ada yang terfikir ianya NGO untuk bela orang Asli di Malaysia...tetapi rupanya NGO untuk membela akta tahan tanpa bicara ISA!!!!


Semalam di Putrajaya, YB "katak" ni menyampaikan satu memo setebal 6 mukasurat pada Menteri Dalam Negeri minta supaya ISA di perluaskan lagi penggunaannya dari yang sedia ada untuk menjaga hak istimewa orang Melayu.



Kalau ditanya pada mana-mana bekas tahanan ISA yang waras fikirannya, mana ada orang yang mahu ditahan polis, duduk dalam lokap gelap, tanpa dibenarkan bertemu sesiapa terutamnya peguam dan dipisahkan dari keluarga, dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan semua tuduhan itu tidak ada peluang untuk dibersihkan di mahkamah.Siapa yang suka dengan semua tu?


Sebab itu, saya katakan, YB "katak" ni memang bukan manusia kerana beliau tiada perikemanusiaan! Beliau dengan bangganya mengaku pernah kena ISA dua kali... bagaimana pengalaman tersebut boleh menjadikan beliau seorang yang membela ISA pula?

Pastinya, kalau tiada agendsa tersembunyi, masakan beliau beria-ia sangat menonjolkan diri menjadi pembela ISA .....


Apa perasaan orang PAS yang memberi peluang beliau bertanding menggunakan tiket PAS masa PRU12 yang lalu ya? Apa doa doa yang sesuai untuk dia ni?







Read More !

Pengajaran dari dua demo?

| | 1 ulasan


“Lain kali kalau nak pergi demo atau protest, jangan lupa bawa kepala binatang seperti lembu ke, kambing ke, gajah ke…... Kepala binatang itu akan menyelamatkan anda dari kena ”tear gas” dan semburan air asid dari lori merah KDN serta selamat dari ditangkap polis.” itulah antara respon nakal dari orang ramai yang mengikuti perkembangan isu perarakan kepala lembu kerana membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 ,Shah Alam.

Kelakarnya respon – respon tersebut. Walaubagaimana pun, setelah membandingkan demo perarakan kepala lembu membantah pemindahan kuil dengan demo anti- ISA yang diadakan 1 ogos lalu, memang ada kebenarannya.



Mari kita lihat laporan demo perarakan kepala lembu dibawah.

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang menyertai demonstrasi dan perarakan kepala lembu kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke situ - akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein esok bagi menyuarakan masalah yang mereka hadapi berhubung isu tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata, penduduk di situ yang membuat temujanji dengannya, terdiri daripada penyokong 'berlainan ideologi politik' walaupun ada spekulasi yang mendakwa mereka semuanya dari Umno.(Laporan HARAKAH dari temuramah kepada penduduk tempatan, ramai yang datang demo bukan orang tempatan tetapi "orang UMNO".)

Hishammuddin juga berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap mereka yang menyertai protes tersebut, berdasarkan kepada 52 laporan polis yang dibuat setakat ini.

Menurutnya, siasatan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum sebarang tangkapan dibuat."Tetapi kita tidak akan menyembunyikan apa-apa daripada rakyat... Kita akan ambil tindakan terhadap mereka (yang membangkitkan isu senstif) tetapi pada masa yang sama, kita perlu bersikap adil kepada mereka yang berkaitan .

Akhirnya...
1- Peserta demo dapat bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dengan segera tanpa perlu membuat temujanji bermingu-minggu lebih awal.
2- Polis di arahkan menyiasat dulu, baru buat tangkapan.
3- Menteri dan polis ingin berlaku adil pada para demonstran yang membawa kepala lembu itu.


Dibawah ini tindakan Kementerian Dalam Negeri dan polis keatas peserta himpunan anti-ISA.


Bukan setakat lelaki saja, wanita dan kanak-kanak juga turut ditahan polis hanya kerana mereka memakai mufler anti-ISA!

Water cannon diarahkan supaya membedil dengan sesuka hati kearah orang ramai yang menyertai protest anti-ISA itu.


Cerita penuh demo himpunan anti-ISA.


Kira-kira 20,000 orang yang bangkit menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , telah dibedil dengan hampir 400 das gas pemedih mata dan meriam air berasid. Walaupun pihak polis menyekat hampir semua jalan raya utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, namun tetap gagal menyekat kemaraan rakyat yang turun ke jalan raya untuk menuntut agar ISA dimansuhkan.
Pertempuran berlaku di beberapa lokasi, misalnya SOGO, Masjid Negara, Masjid Jamek yang menjadi lokasi perhimpunan. Kesemuanya 438 orang ditangkap dalam masa 7 jam. Kemarahan memuncak apabila FRU menembak air meriam di depan bangunan ibu pejabat PAS dan cuba menyerbu ke dalam untuk menangkap pemimpin Pakatan Rakyat.


Realitinya...

1- Pihak penganjur telah membuat temujanji dengan Menteri Dalam Negeri beberapa minggu awal, tapi menteri asyik tiada di pejabat dan sentiasa sibuk!


2- Hampir 600 orang ditahan dan dikumpulkan di PGA Cheras, barulah mereka disiasat.


3-29 orang demonstran dituduh menyertai himpunan tanpa permit di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Jalan Duta. Mereka di reman dua hari di lokap Pusat tahanan Bukit Jalil.



Hisahmuddin menteri untuk orang UMNO saja ke?


Read More !

ISA untuk pemimpin Pakatan Rakyat saja?

| | 0 ulasan

Sebelum kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12, saya tidak pernah berpeluang mengenali siapakah dia wanita "besi' bernama Rodziah Ismail.Pertama kali saya bertemu dengannya pada 16 April 2008 di Pejabat SUK, Shah Alam, saya dapat rasakan, dia "down to earth" orangnya. Kami berdua diperkenalkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid.

Sekadar mengimbau kembali,sebelum kewujudan PR, tiada siapa yang memahami jerih payah mangsa ISA seperti kami.Walaupun dah biasa menerima cemuhan dan penghinaan dari menteri-menteri BN, namun dalam hati ni tetap mempunyai keinginan yang tinggi nak jumpa Menteri Wanita, Datuk Shahrizat, tapi..... punyalah susah nak buat appointment jumpa beliau. Ada-ada saja alasan diberikan supaya kami lupakan saja hasrat tu. Hingga satu ketika,saya terpaksa minta Dr Lo'Lo'(YB),Dr Siti Mariah (YB) dan Ust Nuridah untuk "ambush" Menteri Wanita yang kalah di Lembah pantai pada Yb Nurul Izzah.Itu kisah 4 tahun lalu.Masa dan keadaan politik berubah walaupun saya masih lagi menjadi mangsa ISA.....

Kini.. Kerajaan PR Selangor berusaha membantu kebajikan keluarga tahanan ISA dan dimasa yang sama cuba mengubah tanggapan masyarakat yang selama ini "memandang serong" kepada semua tahanan yang ditahan tanpa bicara tersebut. Orang yang paling rapat membantu keluarga mangsa ialah YB Rodziah sendiri. Beliau yang menguruskan lawatan percuma dwi bulanan dari K.L ke Kamunting.

Dan kini, tanpa sebarang sebab dan alasan, tiba-tiba YB Rodziah pula yang dikatakan "mungkin akan di tahan dibawah ISA" hanya kerana beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN bagi penduduk di Seksen 23, Shah Alam.

Sebagai satu solidariti pada beliau, saya siarkan kembali kenyataan media yang dikeluarkan hari ini ,di ambil dari blog DS Anwar Ibrahim.

Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan
Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:
1) Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.
2) Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.
3) Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.
4) Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.
5) Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.
YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor





Read More !

Merdeka kah kita?

| | 1 ulasan

Sebuah artikel bertajuk"Penduduk tempatan menolak aksi ekstrem" yang dilaporkan oleh wartawan Harakah, keluar di Harakahdaily hari ini menarek perhatian saya.Artikel itu menyiarkan temuramah keatas beberapa orang penduduk Seksyen 23 ,S.Alam yang berugama Islam , memberikan pandangan mereka berkenaan isu "kepala lembu dan pembinaan kuil ".Lebih menarek tulisan itu disertakan sekali pandangan dari dua orang penduduk setempat yang berugama Hindu .


Saya tidak pernah teringin untuk mengulas mengenai isu ini dengan lebih lanjut kerana pihak berkuasa dikatakan akan menyelesaikannya seberapa segera dan yang paling penting, Menteri Dalam Negeri telah memberi jaminan bahawa ISA adalah jalan terakhir digunakan untuk menyelesaikan masaalah itu. Namun memandangkan hari ini ialah hari kemerdekaan negara yang ke 52, ingin saya kongsikan komen ringkas dari seorang aktivis rakyat , kaitan peristiwa "kepala lembu" dengan sejarah kemerdekaan negara kita.

Marilah sama-sama buka minda kita dan hayati komen dibawah.

Inilah masalah apabila seseorang itu menolak Islam walaupun mengaku muslim. Apabila syaitan berikrar untuk menyesatkan manusia maka penyakit nombor satu yang akan ditularkan oleh syaitan kepada manusia ialah 'aku lebih baik dari dia, dia dijadikan dari tanah sedang aku dari api'. Inilah penyakit paling merbahaya yang menyebabkan seseorang itu menolak kebenaran dan berlaku zalim terhadap orang lain iaitu assobiyah. Seperti syaitan dia menolak kebenaran kerana 'aba wastakbara' wakanaminal kaafirun' Dia takbur maka dia termasuk golongan yang kafir'.

Perangkap paling bahaya ialah ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu bukan berdasarkan sebarang landasan rasional tetapi sentimen melulu. Semua umat Islam mesti hati-hati jangan terjebak dengan tipu-daya 'ketuanan Melayu' ini. Bukankah golongan munafiqun berjaya melagakan kaum Ansar dengan mengembalikan sejarah hitam lama yang berlaku di antara Aus dan Khazraj. Akhirnya mereka menghunus pedang sesama sendiri dan hampir sahaja berbunuhan kalau tidak dihalang oleh Rasulullah SAW.

Amat penting orang Melayu tahu tentang sejarahnya, asal-usulnya, bagaimana Islam merevolusikan orang Melayu, mesti juga tahu peranan bangsa lain yang berinteraksi dgn orang Melayu termasuk orang Cina, India, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris sehingga mewariskan apa yang ada pada orang Melayu pada hari ini......

Satu persoalan, adakah kita semua sudah merdeka sebenarnya, secara fizikal, mental dan spiritual?








Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]