ISA hancurkan hidup Sudin?

| |

( Mat Sah berbaju jalur maroon dan Samsudin Sulaiman berbaju jalur hitam)

"Kak apa khabar?" tanya Sudin (Samsudin) kepada ku. Dia dan Mat Sah berjalan beriringan dihadapan, aku membuntuti mereka.

Sudin kelihatan amat ceria menerima kunjungan kami berdua. Dia dan Mat Sah kelihatan begitu sibuk berbual dan bercakap mengenai aktiviti hariannya sehingga, seolah-olah aku tidak berada di ruang tamu rumah ibu-bapanya.Sebaik saja bersalaman dengan ibu Sudin, aku mengekorinya ke dapur ...sengaja tidak mahu mengganggu pertemuan dua lelaki yang pernah ditahan tanpa bicara selama 7-8 tahun di Kem Kamunting.Jauh disudut hati, aku amat sebak melihat "kebahagiaan' mereka berdua yang agak baru menikmati hidup bebas di luar pagar berduri Kem Kamunting.....

Aku bersembang mengenai kehidupan harian ibu dan bapa Sudin.Kelihatan mereka berdua cukup tabah kerana mempunyai anak yang dipilih oleh kerajaan UMNO/BN untuk di ISA kan serta di "kambing hitam"kan atas alasan kononnya menjaga keselamatan negara.Walaupun rumah mereka terletak lebih 400km dari kota Kuala Lumpur, namun mereka tahu tentang Gerakan Mansuhkan ISA dan betapa zalimnya akta tanpa bicara itu.

"Biarlah Allah memberi balasan yang paling sesuai untuk orang-orang zalim yang suka guna akta itu..." itulah antara jawapan bapa Sudin bila ditanya apakah perasaannya mengenai pembebasan tersebut kerana penahanan itu telah menyebabkan Sudin kehilangan segala-galanya yang ada pada beliau seperti kerjaya, rumahtangga, isteri dan nama baik.

Alhamdulillah, beliau masih punya ibu-bapa yang tetap mengambil berat dan sentiasa menyayangi beliau.

p/s:Setuju dengan Sudin bahawa kerajaan mesti memohon maaf dan membetulkan fakta bahawa semua tahanan ISA adalah tidak bersalah!!!(bersambung)

1 ulasan:

joe penang berkata...

Ramai dari kita menginginkan mati syahid. Segelintir sahaja yg dipilih Allah.
Shamsudin diuji dengan perpisahan dengan isteri. Ada hikmahnya
Suami puan bertuah menpunyai isteri yg sanggup sehidup semati.
Kita semua pasti dan sentiasa diuji. Cuma doa kita setiap kali selepas solat. "Ya Allah janganlah kami diuji dengan ujian yg x termapu kami hadapinya" Amin

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]