Apa perasaan rakyat Malaysia dengan berita ni?

| |


Beberapa minggu lepas, Menteri KPI , Idris Jala kata, Malaysia akan jatuh bengkrap beberapa tahun lagi.Terdengar juga desas desus bahawa jamuan makan untuk kakitangan awam serta beberapa elaun juga telah dipotong. Bukan itu saja, makanan untuk tahanan ISA di Kem Kamunting juga khabarnya telah dikurangkan dari 3 kali kepada dua kali saja.Semalam pun NST tulis "Scholarship cut" biasiswa untuk pelajar selepas Ijazah akan dipotong....

Sebelum itu, ada khabar angin mengatakan minyak akan naik, harga barangan kawalan seperti minyak,beras dan gula juga akan naik....

Dalam suasana nak jimat, nak kurangkan belanja, nak elakkan bengkrap....tiba-tiba ada berita bahawa kerajaan sedang membina istana yang baru , yang mulanya berharga RM400 juta, kini dah naik jadi 800 juta....

Apa perasaan rakyat Malaysia dengan berita pembinaan istana baru ni ya?

5 ulasan:

Awanama berkata...

ambil hati agong binalah istana
ambil hati wakil rakyat pr beri apa yang patut
ambil hati rakyat takpayah sebab rakyat dah ada banyak hati

TEKONG DARAT berkata...

rakyat malaysia perasaannya bercampur baur...
bila tau marah...
pastu turun harga gula 1 sen hilang laa marah...

mosabit berkata...

perasaan aku?....

memang haramjadah punya malaysia1

drafunt berkata...

Apa nak rasa lagi........ni kes biar Pape asal Bergaye lah ni.

Zulk berkata...

Potong elaun menteri dan Raja sebelum nak potong subsidi rakyat yang memang tak cukup makan... Rakyat perlu mengamuk!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]