Special Branch@SB dah bertukar nama??

| |
Dua lelaki berbaju hitam di sebelah kanan dan dua lagi disebelah kiri Mat Sah serta dua orang wanita bertudung hitam dan putih yang kelihatan di belakang sebelah kanan Mat Sah adalah sebahagian dari berpuluh SB yang ditugaskan dari Bukit Aman untuk memberi kawalan keselamatan pada beliau ketika memegang status "Tahanan ISA 7 tahun" tahun lepas.Gambar ini diambil ketika hari kematian ibu Mat Sah.

"Sekarang, kami dah tak bertugas sebagai SB lagi. Jabatan kami dah di mansuhkan. Nama jabatan baru sekarang ni ialah jabatan Anti Terrorism..." kata seorang SB kepada Mat Sah minggu lepas.Namun, yang jelasnya, walaupun mendakwa telah bertukar nama, namun puak-puak tu juga yang begitu berani memasuki pagar rumah saya dan berdiri diluar grill rumah berjam-jam lamanya....Mungkin nama saja yang berubah, tetapi kerja dan tugasannya tetap sama.....

Susah sebenarnya nak percaya kata-kata SB-SB ni...kerana mereka dah terbiasa menerima arahan dan buat kerja2 mengintip.Walaupun mendakwa dah insaf, dah pergi Mekah dsb, namun kerjakerja kotor tu dah jadi darah daging...susah untuk berubah. Bagi yang betul2 dah insaf tu, biarlah Allah saja yang menentukannya.Namun dalam Islam ada qisas. Ada hak-hak yang wajib ditunaikan dalam hubungan pada Allah, pada alam dan pada sesama manusia.Kami mangsa ISA 7 tahun ni....pun nak tuntut qisas terhadap apa yang pernah dilakukan oleh SB durjana tu pada kami sekeluarga. Tak dapat didunia, diakhirat kami tetap tuntut.Maaf? Haram kami nak maafkan perbuatan SB yang menghina kami dan Islam selama ini.....

4 ulasan:

perunding berkata...

glamer lah ada guard macam tuh..
macam taraf PM pulak.....


anyway..
sesapa yg dapat 'guard' sebegitu di mahsyar nanti alangkah seronoknya.

p/s guard yg baik.kumpulan yg mendapat naungan Arash.
____________________________
yg kena masuk neraka pun ada guard jugak yg sangat bengis dan keras.

azman kamarul berkata...

Perkataan babbi begitu kasar bunyinya...telah ditukar kepada khinzir....bunyi macam cantik sedikit..tetapi ia tetap haiwan yang sama dengan perangai yang sama dan sifat najisnya juga tidak berubah.

Tanpa Nama berkata...

mcm muke melayu ameno totok..

Mengkudu berkata...

Dalam ISLAM, setiap kesalahan MESTI diadili.Salah ke atau tak salah ke MESTI dibicarakan dahulu. Itu kata2 Allah yg diterangkan di dalam Quran

Jadi, kalau mereka2 ni mengaku ISLAM, percaya kepada kata2 Allah dan BERIMAN kepada Quran mereka2 ni PASTI tak akan berani menahan seseorang tanpa diadili terlebih dahulu.

Orang2 yg BERIMAN, apabila mendengar peringatan dpd Allah ini, mereka akan gementar kerana takutkan balasan siksa diakhirat nanti.

Ingatlah peringatan Rasulullah saw, diantara manusia yg akan masuk neraka terlebih dahulu ialah mereka2 yag telah diberi peringatan dengan ayat2 Allah tetapi memekakkan telinga mereka.

Sesungguhnya satu hari balasan siksa di akhirat adalah bersamaan 1000 tahun di dunia lamanya. Dan kepanasan api neraka adalah 99 kali panasnya dpd api yg ada (yg terpanas) di dunia.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]