Kisah Pokok Betik.

| |
Walaupun dah hampir 4 bulan dibebaskan dari Kem, ada beberapa buah buku yang saya bawa ke Kem pada tahun 2009 dulu yang belum lagi diserahkan pada Mat Sah hingga kini.

Apa saja yang dilakukan oleh tahanan ISA demi mengisi masa lapang yang terlalu panjang, apa saja aktiviti yang boleh memberi ketenangan, apa saja benda atau barang atau tumbuhan yang boleh menambah kegembiraan pada mereka yang sedang dikurung, mesti akan segera di musnahkan oleh warden kem.

Pagi tadi, ketika sedang memotong buah betik, tiba-tiba mat Sah teringat kisah pokok betik ketika beliau tinggal di Kem dulu. "Kami tanam beberapa batang pokok betik yang tumbuh disekitar blok. Pokok betik itu tumbuh dari biji2 benih yang bertebaran diatas tanah. kami kutip anak-anak pokok betik dan tanam disekeliling blok dalam susunan yang menarik.Setiap pagi sebaik saja selesai solat Subuh, kami akan lihat pokok betik yang kelihatan membesar dengan cepat. .." katanya mengimbau kembali kisah yang membuat hati menjadi geram itu.

"Beberapa minggu kemudian, pokok betik semakin membesar hingga hampir sama tinggi dengan kami , para tahanan. Ada tanda-tanda pokok itu hampir berbuah. Setiap hari semakin ramai tahanan yang suka mengunjungi pokok betik itu untuk menghilangkan rasa bosan yang sudah melebihi maksima.." tambah Abah Suhaib lagi.

Namun, pada suatu hari, tiba-tiba saja ada seorang warden memberi tahu bahawa pokok betik itu akan ditebang kerana ianya membuat kawasan disekitar blok tahanan menjadi semak samun!!!Serentak dengan itu, kesemua pokok betik itu dicantas batangnya dan semuanya tumbang menyembah bumi. Kami- yang menanam pokok betik itu, rasa geram yang amat sangat.Tiada sebarang tumbuhan yang tumbuh dikeliling blok, bagaimana warden boleh kata yang kawasan sekitarnya semak? Alasan itu sengaja dicipta untuk memperbodohkan tahanan ISA!!!

itulah hakikat kehidupan di Kem Kamunting......

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]