Mat Sah dan pejuang muda anti-ISA

| |

Ammar, Asma' dan Asiah mungkin sudah terlalu biasa dengan nama "Mat Sah" tahanan ISA 7 tahun....tetapi ini mungkin sesutu yang baru pada Abah Suhaib@Mat Sah.Sebagai mukaddimah, kami tunjukkan posting dan gambar-gambar mengenai kisah pejuang muda Suhaib&Ammar serta dua srikandi sunti Asiah dan Asma'.



Kedatangan Ammar dan adik-adiknya kerumah kami seolah-olah satu "blind date" bagi Mat Sah.Sebelum ini, mereka belum pernah bertemu.Aku dan Suhaib selalu bercerita mengenai keluarga Bad&Nashita pada beliau siap tunjukkan gambar-gambar sekali .Cerita dan gambar itu yang membuat beliau(Mat Sah )begitu teruja untuk bertemu dengan keluarga istimewa ini.
Pertama kali bertemu dengan Ammar, mereka berdua (Abah dan Ammar)bersalaman dan berpelukan. Abah ternyata amat gembira dapat berjumpa Ammar yang sama-sama kena tahan dan tinggal selokap dengan Suhaib ketika Himpunan MANSUH 1 Ogos lalu.Dua dara sunti juga kelihatan malu-malu kucing ketika bertemu Abah. Pertama kali mereka melihat Abah Suhaib secara "live' memang amat menggelikan hati."Suhaib lebih besar dari Abah dia..." komen Asiah yang sering "outspoken'.kami hanya tersenyum memerhatikan telatah mereka.....
Abah faham, ketiga-tiga mereka - Ammar, Asma' dan Asiah sering mewakili keluarga tahanan ISA dalam pelbagai program kesedaran awam GMI hingga ramai wartawan turut menyangka, mereka adalah benar-benar anak tahanan ISA!!!!
Sesutu yang istimewa, dari alam bayi lagi, mereka sudah biasa menyertai pelbagai demo , termasuk demo anti-ISA. Jika ramai lagi anak-anak yang punya keberanian seperti mereka, pastinya akan lebih cepat ISA dibubarkan dari Malaysia ini....


2 ulasan:

Muhammad Fahmi berkata...

Jangan lupa ISA = UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Puan Laila,

Bagan pinang needs you.
You could collect a few hundred votes from your "fans" and supporters for PAS.
In future you will make a good MP.
Practice now lah !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]