Istimewanya layanan mereka....

| |
Bersama Muslimat PAS.
Kenangan bersama kak Nuri, Ketua Muslimat PAS.

Amer Hamzah, Mat Sah, Syed Ibrahim dan MC Malam DRUR.


"Pengantin lelaki nya mana Ustazah?" tanya seorang wartawan pada Ustazah Nuridah, Ketua Muslimat PAS ketika melihat saya berdiri disebelah beliau untuk minta diri keluar dari jamuan Hari Terbuka PAS di Taman Melewar.Bila orang ramai terdengar suara tersebut, mereka yang sedang menyaksikan persembahan pentas, berpusing dan memandang tepat kearah kami berdua.Beberapa orang jurugambar dan orang persendirian sibuk menghalakan kamera mereka kearah kami. Terasa panas kulit muka saya disindir begitu...namun nak buat macam macam mana, terima sajalah usikan tersebut.



"Kak Laila, Mat Sah tak ikut ke?" itu yang saya dengar sebaik saja tiba di perkarangan Markas Tarbiyah PAS. Begitu ramai penyokong PAS yang menegur saya."Dia tak boleh keluar dari Ampang!!" jawab saya ringkas.Dari cara mereka yang begitu mesra memanggil nama saya, boleh agak, semua tu pastinya peserta MANSUH 1 Ogos baru ni.Terlalu ramai muslimat yang menyalami saya sambil mengucapkan tahniah. Rasa gembira, sebak dan terharu sangat dengan sambutan mereka.Sekiranya Mat Sah boleh hadir di majlis jamuan tersebut, pastinya dia rasa gembira yang amat sangat dapat bertemu para demonstran yang menurutnya amat berani menghadapi bom asap ,semburan air asid dan melepasi barisan-barisan kukuh FRU!!!

Sebelum saya pergi ke Jamuan PAS di Melewar, saya terlebih dulu menghadiri "open house' Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia , singkatannya JIM yang diadakan di Taman Melawati.Mat Sah boleh hadir di jamuan tersebut kerana lokasinya masih dalam kawasan Ampang.Kehadiran kami bertiga , mendapat layanan yang sungguh istimewa dari pimpinan JIM yang menyambut ketibaan tetamu dimajlis itu. Sebaik saja tiba, Mat Sah terus hilang dari sebelah saya.Dari jauh,saya lihat beliau diiringi oleh Tn Syed Ibrahim, Timbalan Presiden JIM yang juga Pengerusi GMI, menghala ke bawah khemah dan disambut serta dikelilingi oleh warga JIM yang sedang menjamu selera dengan ayam dan kambing bakar. Senyuman sentiasa berbunga dibibir Mat Sah!!!
"Semalam di Rumah Terbuka Yb Dr Lo Lo , rasa terharu sangat dengan sambutan mereka.Hari ni , pun terharu dapat layanan yang amat istimewa dari orang JIM...." kata Mat Sah berkali-kali.Setelah lebih tujuh tahun, menjalani kehidupan yang tidak normal dibawah kawalan orang-orang KDN yang menjaga beliau di Kem Kamunting, pastinya pertemuan dengan orang-orang yang baik dan soleh mencatitkan kenangan yang indah dalam dairi kehidupan yang baru saja bermula.Sejak dikeluarkan dari Kem sebulan yang lalu, ternyata kunjungan beliau ke majlis-majlis seperti ini, dapat mengurangkan sedikit trauma dan pengalaman pahit yang pernah dilalui tujuh tahun yang lalu ....



0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]