Abah dan YB Saari Sungib.

| |

YB Pak Abu nak datang beraya malam ni, ok ke?" tanyaku pada Mat Sah. Dia angguk sambil tersenyum. Mat Sah dan YB Saari@ Pak Abu pernah tinggal di Kem Kamunting dari 2002 hingga June 2003 bila Pak Abu di bebaskan cukup dua tahun beliau ditahan disana.Nampaknya Mat Sah pun tak sabar nak jumpa Pak Abu yang sudah hampir 7 tahun tak ditemuinya.



Sebaik saja Pak Abu masuk ke ruang tamu rumah, mereka berdua berpelukan. Pastinya ada banyak kenangan pahit yang tersimpan di minda kedua mereka ketika sama-sama menghuni kem untuk tahanan yang tidak pernah dibicarakan itu.
"Terimakasih pada Pak Abu dan Kak Jije kerana begitu tegas dengan prinsip dan pendirian.
Jika tidak, mungkin saya dah lama gagal di pertengahan jalan dan tak dapat merasai kemanisan kejayaan ini..." kataku pada mereka berdua dengan nada sebak.
Aku masih ingat, berdiri berhampiran longkang rumah pak Abu di Taman Sri Ukay, aku bertanya pada Kak Jije," kenapa Mat Sah macam susah sangat nak dibebaskan dari Kem?" Kak Jije dengan tegas menjawab " Adalah sesuatu yang Allah nak tunjuk pada kita semua..." jawabnya.
Nampaknya, Himpunan MANSUH adalah kemuncak pada kejayaan ini......Alhamdulillah dan salam perjuangan yang berterusan pada semua yang terlibat dan hadir dalam Himpunan MANSUH pada 1 ogos baru-baru ini....
Seperti mana yang telah ku katakan pada Pak Abu... mat Sah bebas bukan kerana kami baik dengan SB atau kami merayu pada Menteri Dalam Negeri...tetapi pembebasannya adalah kerana sokongan rakyat pada perjuangan yang sentiasa berpegang teguh pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah, selamat kembali kepangkuan keluarga tersayang..
Salam perjuanan dan salam aidil fitri //MZB

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]