ISA gagal dari segi kemanusiaan -Siva.

| |
Dato Siva Subramaniam, pesuruhjaya SUHAKAM.
Edmund Bon, wakil Bar Council.
"ISA menyekat satu prinsip penting hak asasi manusia kerana menafikan hak proses perbicaraan dan "innocent until proven guilty" tidak dapat di praktikkan disebabkan sekatan tersebut' lebih kurang begitulah pendapat Dato Siva Subramaniam dalam slot "Apa perspektif Hak Asasi Manusia tentang kaji semula ISA?" di Bar Council baru-baru ni.
"Dan yang lebih menyedihkan, disebabkan unsur tahan tanpa bicara itu, ISA telah gagal dalam sudut kemanusiaan" tambahnya lagi merujuk pada beberapa keluarga mangsa ISA yang mengalami perceraian dan kehilangan pekerjaan disebabkan akta itu.Bukan itu saja, beliau turut merujuk bagaimana ISA digunakan sesuka hati saja oleh Menteri yang berkuasa ketika itu, kata beliau memberi contoh bagaimana bekas Menteri Dalam Negeri Hamid Albar dengan sewenang-wenangnya menahan Tan Hoon Cheng, seorang wartawan wanita menggunakan ISA dengan alasan "bodoh" untuk menjaga keselamatan wanita tersebut!!!!!



Tidak dinafikan, SUHAKAM setakat ini sentiasa konsisten dengan prinsip bahawa ISA wajib di mansuhkan selepas semua tahanan dibebaskan.Walaupun pendapat dan saranan itu sangat bagus, namun disebabkan kuasa SUHAKAM yang hanya setakat menjadi "penasihat' pada kerajaan BN, maka pandangan yang cukup baik dan berperikemanusiaan itu tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan.

Di slot yang sama, Peguam terkenal Edmund Bon mengenang kembali keterlibatan beliau bersama GMI, yang menurutnya telah melahirkan ramai aktivis baru hak asasi manusia samada dikalangan peguam atau ahli keluarga tahanan ISA sendiri.Beliau juga berharap, lebih ramai lagi peguam muda dan individual yang akan digerakkan untuk meneruskan perjuangan memansuhkan ISA.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]