8 tahun dipisahkan di Aidilfitri dan masih berterusan....

| |
Kak Yah bertudung putih dan saya....

“Kak Yah ok ke?’ tanya saya pada Puan Zakiah Mat, isteri pada Dr Abdullah Daud, yang sudah lebih lapan tahun di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting. Saya perhatikan, beliau kelihatan agak lelah, kerap batuk sambil mengurut dada




“Macam ni lah Laila. Anak ramai…kena lah kerja lebih sikit” jawab beliau sambil jari-jemarinya ligat menyusun plastik untuk diisi dengan kueh tepung pelita dan dijual pada penduduk berhampiran kawasan rumah beliau.”Laila cuma ada seorang , tak lah penat sangat jaga dia...kan?” Kak Yah bersuara sambil merenung wajah saya .K.Yah mempunyai 10 orang anak dimana 8 darinya masih dialam persekolahan.”We are on the same boat”,tentu sekali saya amat memahami situasi dan perasaan seorang wanita yang terpaksa menjadi ibu dan ayah serta membesarkan anak-anak tersebut bersendirian.

”Anak-anak Kak Yah tak mahu pergi ke Kem Kamunting pada hari raya. Membazir duit je kerana dapat bertemu dengan ayah paling lama pun satu jam. Penat dalam perjalanan dari Johor ke Taiping pun tak hilang, lepas tu kena berpisah lagi dengan ayah” demikian kata Kak Yah pada saya panjang lebar. Anak-anak pun dan biasa beraya tanpa ayah mereka. Mereka sedeh ,pilu dan hiba menjelang 1 Syawal, tetapi nak buat macam mana, tiada daya untuk memaksa kerajaan membebaskan ayah yang telah lapan tahun di pisahkan dari kehidupan mereka.


Inilah kekejaman paling utama akta ISA. Tahanan tidak pernah dibicarakan. Tiada peguam bela, tiada pendakwaraya, tiada bukti-bukti , tiada hakim yang perlu mendengar perbicaraan. Tiada keputusan hakim yang boleh dilakukan rayuan atau review. Tahanan dilayan seperti nasib seekor binatang.

Kerajaan UMNO/BN menyiksa,menganiaya dan menzalimi rakyatnya sendiri. Namun, mereka semua, mangsa ISA masih ada orang ramai @rakyat mMlaysia yang perihatin dengan kesukaran hidup disebabkan akta tahan tanpa bicara ini.

Kepada semua rakyat yang perihatin, ditangan anda semualah wujudnya kegembiraan untuk mereka. Teruskan membantu mereka supaya 1 Syawal akan mengubat sedikit kesedihan dihati mereka.Sumbangan anda boleh di sampaikan melalui akaun Bendahari GMI, Pn Nashita Md Noor, May Bank 162209939776, no hp 0132096373.

Semoga segala bantuan tersebut akan diganti Allah dengan keampunanNya diikuti pemberian pahala yang berlipat kali ganda.

2 ulasan:

melor45 berkata...

Menteri dalam negeri mana ada perasaan simpati.Beliau lebih taksub dengan lapuran dan risikan dari puak-puak SB yang gila pangkat dan lebih percaya lapuran risikan antarabangsa,tentang pergerakan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN korup ni.Tim.Ketua Polis Negara pun memohon tanah kerajaan di Kedah ni tak malu dok tibai orang kedah nak balik dikampung pulak.Jadi kupang tembaga la hang dulu pak hang dok tibai rezeki orang buat rumah ditepi balai makan hasil bertahun-tahun secara percuma apa hang ingat orang tak tau.

Tanpa Nama berkata...

Salaam Merah Hitam,

Bagi saya apabila episod 1 Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM) di'perkenalkan' oleh gomen banyak tahun lalu, saya sudah berasa sinis. Bertambah sinis apabila episod 2 KMM (kumpulan militan malaysia) bertukar nama....

mereka2 yang ditahan selepas sept 11 ni samalah macam USA tahan ramai orang Islam di Guantanamo Bay. Usaha ini hANYA hendak menanam perasaan syak dan lama2 yakin bahawa orang Islam adalah militan. Gomen Malaysia turut serta 'mengiyakan' rancangan jahat musuh Allah ni.

Tapi kita semua tahukah dimana mulanya?. Saya ada titipkan di blok 'zorro unmasked' menjawab hujah yes2ISA.....sila baca.

Saya Allah takdirkan berada di USA sewaktu perkara2 ini berlaku. Saya tengok, dengar dan faham dengan matakepala saya bahawa media sudah putarbelitkan lapuran HANYA ingin menunjukkan seolah2 orang Islam ganaz dan jahat.

ISA di Malaysia adalah jalan kontot gomen malaysia untuk MENYOKONG rancangan jahat musuh2 Allah ini. Mereka buat tuduhan TANPA perlu membuktikan apa2.

Inilah mainan yahudi LAKNATTULLAH. Mereka ada saudara dikalangan orang2 melayu dalam gomen kita. Inilah hakikatnya.

Harap kita semua dapat bersabar.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]