Kalau ikutkan adat Melayu, satu majlis tahlil diadakan pada hari ke 40. Aku dan Suhaib datang ke rumah Tok Mat kerana ingin bertemu adik-beradik yang lain. Ketika berada di rumah Tok Mat semalam, aku melihat baju-baju arwah nenek masih tersusun rapi idalam almari dan di rak baju nenek. Barang-barang lain juga masih dikedudukan yang sama. Rasanya macam nenek masih ada di rumah tu tetapi bila teringat kami berkumpul kerana buat majlis tahlil untuk arwah nenek, tiba-tiba hatiku terasa amat sayu....
Dan bila berkumpul ramai-ramai ni, rasa meriahlah sikit rumah tu....Kelihatannya Tok Mat agak ceria mungkin dengan kehadiran anak-anak, terutamanya cucu-cucu yang comel-comel ni.... terasa lupalah sekejap bahawa suri rumah itu- nenek telah tiada buat selama-lamanya.Kini, semua orang, termasuk yang kecil-kecil ni, telah memahami bahawa nenek kesayangan mereka telah pergi dan tak kan kembali lagi....

1 ulasan:
Besabarlah kak Laila..Semoga ketenangan akan berkekalan bersama mereka yg ditinggalkan..
Catat Ulasan