Aku amat berterima kasih pada Saudara Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor... yang bersusah payah menyediakan peluang untuk program anti-ISA ini. Siapa sangka, dinegeri lahirya ISA, negeri terkuat parti lambang keris ini, rupanya ramai aktivis masyarakat yang telah lama menolak ISA dari minda mereka.
Puan Yati, salah seorang pimpinan Muslimat di sana sedang "memoderate"kan majlis tersebut. Pada mulanya, kusangka hanya beberapa orang saja akan hadir di program perkongsian itu, namun sangkaanku meleset kerana , diakhir sembilan puluh minit perkongsian ku dari Kamunting ke Geneva, tidak kurang seratus orang begitu setia mendengar cerita tujuh tahun tahanan ISA....Habis buku Dunia Tanpa Suami 2 mereka beli... Alhamdulillah...
Kehadiran mereka memang amat menggembirakan. Jila (anak saudara sepupuku)bersama suami dan anak-anaknya yang memanggilku nenek, antara tetamu yang meramaikan program di Surau Istiqomah itu.Terimakasih pada aktivis rakyat Pasir Gudang.... kerana memberi peluang dan ruang untuk mendengar kisah benar mangsa ISA. Jangan lupa janji anda semua untuk hadir ke K.L 1 ogos nanti ya...

0 ulasan:
Catat Ulasan