"Akak dah tiba ke... saya terjaga teringat kat akak..." ketika sms dari Nurin, Timbalan KW PKR Kedah itu tertera di skrin telefon bimbit , aku sudah berada dalam kereta Pn Salma menuju kerumah beliau yang jaraknya cuma 10 minit dari tepi lebuhraya.Jam tangnku menunjukkan jam 4.30 pagi....


Aku sudah lali dengan pengalaman harianku hidup tanpa suami walaupun beliau masih hidup dan kami tidak pernah bercerai..... namun bila diceritakan semula, tak sangka, ramai yang menitiskan airmata kerana terlalu menghayati kisah perjalanan hidupku sebagai keluarga tahanan ISA yang masuk 8 tahun dikurung di Kem Kamunting.....
"Sokongan yang berupa doa dan pemahaman tentang ISA serta mengsanya memberi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan ini dan berjuang mendapatkan hak asasi serta kehidupan normal kami yang telah dicuri sekian lama...." tegasku kepada mereka....dan bertambah lebat airmata turun dari wajah bersih tetamu yang hadir pada hari itu.
Terimakasih pada Pn Asma diatas kesudian beliau menghidupkan majlis itu dan ingatan sayang dariku untuk Salma Yahya, seorang teman lama ,teman rapat sewaktu kami sama-sama bujang dulu yang kini menetap di Kedah.... Doakanlah yang terbaik untukku....
P/S:WJIM Kedah janji nak datang ke MANSUH 1 Ogos dengan sebuah bas!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan