Belilah Dunia Tanpa Suami 2 sempena kempen MANSUH.

| |
Setiap kali memegang buku ini, saya selalu terfikir, bagaimanakah agaknya kisah kesedihan dan[enderitaan yang dialami oleh isteri dan keluarga tahanan ISA yang ditahan pada awal 60an, 70an, 80an dan 90an dulu. Sangat sedikit isteri dan keluarga tahanan ISA, tidak kira samada berbangsa Melayu, China atau India yang mahu berkongsi dengan orang ramai penderitaan yang mereka alami disebabkan akta zalim ISA ini.

Kebanyakan isteri tahanan hanya suka menyimpan segala pengalaman itu dalam diri masing-masing , mungkin mereka tidak mahu ianya menyebabkan kehidupan mereka terus-menerus di ganggu oleh polis berpakaian biasa yang lebih dikenali sebagai "SB" atau mungkin pengalaman itu terlalu buruk hingga menyebabkan mereka ingin melupakannaya begitu saja.....

Namun, bagi saya, setelah terdedah dengan aktivis hak asasi dan anti-ISA, amat merasakan perkongsian ini terlalu berharga untuk disebarkan pada orang ramai demi mendidik masyarakat dan generasi supaya lebih faham dengan tipu daya dan sepak terajang manusia yang menggunakan ISA sebagai satu senjata penting untuk mengekalkan mereka ditampuk kuasa......
Seperkara lagi, rakyat Malaysia belum lagi tergolong dalam kumpulan yang "legal concious" ataupun yang amat memahami perundangan. latar belakang politik Malaysia yang diwarnai oleh Peristiwa 13 Mei menjadikan rakyat Malaysia, terutamaya orang Melayu menyerahkan taat setia 100 peratus pada pemimpin dan tanpa disedari,kesetiaan dan kejujuran itu memakan diri sendiri. Ternyata, pemimpin yang berkuasa lebih 50 tahun, rupanya mempunyai "kuku besi" ISA yang digunakan untuk mewujudkan "wall of fear"- tembok ketakutan dalam diri rakyat supaya mereka tidak ambik kesah tentang perundangan, tentang hak disisi perlembagaan dan tidak bersuara menuntut hak mereka......

Gambar saya di muka belakang buku itu.
Saya dapat merasakan, saya adalah salah satu contoh dimana jika seseorang itu mepersoalkan haknya, dia akan didenda..... Bukan mudah sebenarnya untuk berjuang mendapatkan hak terutamanya bila ditahan dibawah ISA. Saya hanya besuara bagi pehak suami a.k.a Abah Suhaib... namun sangat jelas, sejaktahun 2002 dulu, beliau ditahan bersama 70 tahanan yang dituduh "JI" 67 orang telah dibebaskan tetapi tinggal dia dan2 orang lain masih menghuni Kem Kamunting. Walaupun ada banyak tahanan yang ditahan selama dua tahun atau kurang , seperti Hindraf contohnya, mereka semua telah dibebaskan dalam tempoh yang agak pendek berbanding dengan Abah Suhaib yang telah dikurung tanpa bicara masuk tahun ke 8!!!
Ya... PM dan Menteri Dalam Negeri memang berkuasa untuk melakukan apa saja, namun tindakan itu sebenarnya lebih menjelaskan pada rakyat Malaysia dan dunia betapa mereka itu adalah tergolong dalam kumpulan manusia yang sangat kejam dan sama saja dengan pemimpin UMNO/BN yang terdahulu. No different at all......kerana mereka adalah produk sistem yang sama!
Bag yang belum membaca, isi buku ini mungkin ada persamaan dengan kisah keluarga ISA di zaman 60an hingga 2000an kerana petugas-petugas ISA iaitu SB2 nya semuanya datang dari produk yang sama...
Belilah sebuah dan hayati sendiri bagaimanakah cara mereka-mereka yang zalim itu bekerja... Harga tawaran istimewa RM10 saja termasuk pos. Sesiapa berminat sila beri alamat d emel saya dibawah ini: laila6306@yahoo.com.
InsyaAllah akan dipos dengan segera.................

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ya Allah berikanlah anugerah kesabaran menghadapi dugaanMu ini kepada kami semua terutama puan Norlaila ini & anaknya Suhaib.

Ya Allah berikannya ganjaran keberkatan atas kesabaran puan Norlaila selama hari ini yang berupa kesenangan hati & harta benda & kesihatan. Dan bebaskan suaminya.

Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Ya Allah yang Maha Mendengar kabulkan permintaan hamba.

Amin!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]