Abah dipisahkan dari kami lagi....

| | 8 ulasan

Hari ini, masuk hari kelima nenek meninggalkan kami.Adik beradik dan saudara-mara dari jauh semua sudah pulang ke rumah masing-masing.Tetapi kami anak-anak yang tinggal berdekatan, tetap pulang kerumah walaupun sekejap untuk menjenguk Tok Mat di Kg Pandan.
Semua masih merasai kepahitan dan kesunyian di tinggalkan arwah nenek......Suhaib adalah salah seorang dari kami semua yang amat terasa dengan perpisahan itu. Dari bayi lagi, arwah nenek amat senang dengan Suhaib.Sejak Abah ditahan dibawah ISA tujuh tahun lalu, tiap kali memandang Suhaib, nenek akan menangis tersak-esak lebih-lebih lagi bila Suhaib sudah besar seperti sekarang. Nenek selalu kata, sikap dan perangai Suhaib yang "cool", pendiam dan mudah tersenyum itu, amat menyamai dengan Abah.

Sebaik saja selesai upacara pengkebumian, kami semua sangka Abah akan dibenarkan pulang ke rumah Tok Mat di Kg Pandan, tetapi ternyata segalanya penantian adalah hampa belaka. Walaupun Tok Mat (bapa Abah) beberapa kali memohon supya Abah dibenarkan pulang sekejap untuk menghadiri majlis tahlil , namun segala permintaan itu tidak dilayan.

Suhaib dan adik beradik Abah yang lain semuanya kecewa kerana Abah cuma pulang 30 minit ke rumah dan selebihnya berada di perkuburan. Cara KDN melayan Abah juga menyedihkan. Setiap kali Abah pulang, sekumpulan polis berpakaian biasa akan berkumpul di jalan menuju kerumah Tok Mat. Dari kenderaan berjalan menuju kerumah, biasanya tidak kurang 5 -10 polis berpakaian biasa digunakan untuk mengiringi Abah, seolah-olah ingin menggambarkan kepada orang ramai dan masyarakat bahawa Abah adalah "penjenayah" yang paling ditakuti dan paling menggugat keselamatan negara.
Adakah KDN dan Menteri Dalam Negeri masih berpendapat bahawa rakyat Malaysia tidak tahu bahawa penahanan Abah tanpa bicara selama 7 tahun itu adalah satu kezaliman yang paling besar?


Read More !

Salaam Takziah dari Gerakan Mansuhkan ISA.

| | 0 ulasan


(Syed Ibrahim, Pengerusi GMI)


Salam takziah di atas pemergian ke rahmatullah ibu kepada Mat Sah Mohamad Satray dan ibu mertua kepada Cikgu Norlaila Othman. Sejak Mat Sah ditahan di bawah ISA sejak lebih 7 tahun yang lepas, ibu yang menyayangi anaknya itu tidak sempat melihat anaknya dibebaskan.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa anak disisi...dipisahkan oleh kezaliman ISA pada jam 8.30 pagi 27 Mei 2009. Walaupun mereka sempat bertemu beberapa hari lepas tetapi ia tetap tidak sama jika semua tahu Mat Sah boleh datang ziarah ibunya bila-bila masa tanpa diiringi SB, tanpa ditetapkan dan dihadkan waktu.

Semalam, saya telah ke rumah Pakcik Mohamad Satray menziarahi jenazah. Menzahirkan simpati saya kepada Cikgu Norlaila dan kepada pakcik. Saya cuma mendengar kata-kata pakcik. Katanya, beliau terkilan kerana tidur pada malam sebelum itu sedangkan arwah yang kabur matanya seolah-olah memberi petanda dengan tidak semena-mena boleh melihat, menegur pakcik yang pergi ke bilik air walaupun lampu tidak dipasang.

Berulang kali pakcik katakan kepada saya, "kenapalah malam itu pakcik tidur...kenapalah? ". Saya jawab ringkas untuk menenangkannya, "Itu semua ketentuan Allah pakcik, Allah lebih mengetahui, Allah Maha Besar...Allah lebih sayang makcik".

Pakcik terdiam sebentar selepas itu tetapi terus menyuarakan rasa tidak senangnya dengan penahanan berterusan anaknya, Mat Sah. "Saya tetap tunggu dia balik tengok jenazah emaknya, barulah hantar ke kubur", tegas pakcik. Masa itu jam 1.30 tengahari.

Saya lalu berpesan kepada pakcik, "Nanti pakcik mintak dengan polis SB supaya beri peluang Mat Sah jumpa ibunya, ikut jenazah ke kubur dan bawa semula ke rumah pada malamnya untuk majlis tahlil...pakcik kena mintak". Bagi saya, ini bukan lagi permohonan tapi tuntutan.

Alhamdulillah saya sempat mengimamkan solat zohor dan kemudian bersama-sama solat jenazah berjamaah. Namun saya tidak dapat menanti kepulangan Mat Sah atau mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kerana ada urusan tugas. Saya cuma berpesan kepada Sdr Suhaimi Mokhtar (bekas tahanan ISA yang dibebaskan Januari lepas) dan kepada Pakcik untuk sampaikan salam saya kepada Mat Sah. Pakcik mengucapkan terima kasih kerana mengimamkan solat zohor dan di atas usaha yang dilakukan oleh GMI.

Sejak beberapa tahun ini, sudah banyak insiden begini yang saya alami. Dulu Sdr Nasaruddin Nasir (masa itu tahanan ISA, sekarang sudah bebas) kehilangan ibunya semasa dalam tahanan. Sedih melihat beliau dibawa balik oleh SB dan diberikan masa yang amat terhad bersama keluarga.

Kemudian kisah yang sangat menyedihkan, Sdr Shahrial Sirin (masa itu tahanan ISA, sekarang dibebaskan tetapi di 'deport' ke Indonesia) tidak sempat mendampingi anaknya, Aina Mardhiah yang nazak. Beliau hanya tiba dari kem kamunting setelah anaknya meninggal dunia...setelah jatuh sakit selama lebih 48 jam.

Apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan demikian...ditahan bertahun-tahun sehingga lebih 7 tahun seperti Mat Sah? Mereka merompak? Mereka membunuh? Mereka mengangkat senjata? Mereka menyeludup dadah? Kesalahan mereka tidak pernah dibicarakan mahupun dibuktikan tetapi mereka didapati bersalah dan dihukum bertahun-tahun. Dalam tempoh itu, anak membesar, ibu meninggal, ayah telah pergi...isteri bercerai. Siapakah yang bertanggungjawab?

Sebab itulah undang-undang begini...ISA tidak boleh dibiarkan wujud. Menjaga keselamatan negara tidak membenarkan kezaliman dan ketidakadilan sewenang-wenangnya. Hanya kerana ianya undang-undang sah, maka apa sahaja boleh dilakukan walaupun menzalimi, menyeksa dan mencabuli hak insan?

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh ibu Mat Sah dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang soleh. Semoga jiwa-jiwa yang sayangkan keadilan dan benci kezaliman akan bangkit menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan.

Syed Ibrahim Alhabshi

Read More !

ISA memisahkan nenek dan Abah hingga hujung nyawa...

| | 17 ulasan

Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah.Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau. Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan..... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek....Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa..... Ahh...terlalu zalim ISA ini ku rasakan.....

Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali.Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian.....

Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata .Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Matcuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.
Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek.Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut.Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan....


Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis brpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.
Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu...... termasuk aku dan Suhaib.Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.....peganganitu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan.......
Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting.....
Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini.... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad..
Al Faatihah..



Read More !

Takziah diatas pemergian nenek...

| | 2 ulasan

Semalam, jam 1.40, jenazah nenek telah selamat dimandikan dan di sembahyangkan. Ramai sungguh yang datang memberi penghormatan terakhir kepada nenek. Kenapa ya? Aku yakin, simpati itu ditunjukkan kerana nenek adalah ibu kepada mangsa ISA yang telah ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun yang lalu....

Selain dari saudara mara dan sahabat handai, aku perasan dengan kehadiran Ahli Palimen seperti YB Dr Lo Lo dan YB Dr Siti Mariah, Ustazah Nuridah Ketua Muslimat Pusat, Aiman Athirah dan beberapa orang ketua Muslimat PAS kawasan .

Aku hanya sempat mengucapkan terima kasih dengan kehadiran Presiden JIM, En Zaid Kamarudin dan Naibnya, Hj Zairul . Selain itu, ramai juga aktivis lelaki dan wanita JIM dari daerah Ampang Jaya bertali arus datang untuk memberi penghotmatan terakhir ada arwah nenek.

Tok Mat, suami arwah nenek dan datuk pada Suhaib, masih ingat kata-kata yang diberikan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, iaitu Tuan Syed Ibrahim yang berpesan beberapa kali supaya beliau meminta pada SB memberi peluang Abah Suhaib menziarahi keluarga keesokan harinya pula.

Tetamu semakin ramai dan hampir setiap dari mereka mempunyai satu soalan yang sama iaitu "bila Abah Suhaib akan tiba dari Kem Kamunting???"


Aktivis wanita JIM Ampang Jaya.

Aku bersama YB Dr Siti Mariah.

Aku bersama Kak Marina RPK dan En Zaid Kamarudin.


Kenangan YB Dr Lo Lo bersama arwah nenek dan keluargayang diabadikan pada tahun 2008.



Read More !

Nenek telah kembali ke Rahmatullah....

| | 10 ulasan

" Kak Ella, ibu dah meninggal pagi tadi..." demikian suara Sanip, sayup dihujung talian. Aku bagai tak percaya."Biar betul ni....?" kataku lagi.Talian terputus...Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Malam sebelumnya, aku tidur agak lewat, hampir jam 3 pagi. Bila jam berbunyi pada pukul 6 pagi, mata ku masih kelat. Lepas Solat Subuh dan menyiapkan sarapan pagi untuk Suhaib, aku duduk di sofa dan terlelap buat seketika.... Selepas bercakap dengan Sanip, baru perasan di skrin telefon bimbit, ku lihat ada 7 "misscalls" dari Sanip dan Sarah.... Aku agak panik. Hanya teringatkan Nashita dan hantar sms ringkas padanya. "Mak Mat Sah dah meninggal dunia.." itu saja yang mampu ditulis dengan jari yang kurang stabil.Aku terus mencapai kunci kereta untuk ke Kg Pandan, tetapi kemudian perasan aku hanya memakai baju tidur. Aku duduk buat seketika dan sekali lagi memujuk diriku supaya tidak panik.Aku berfikir satu-satu dan susun tindakan. Beritahu sekolah Suhaib , beritahu SB untuk bawa Abah pulang dan kemudian baru ke rumah nenek di Kg Pandan.

Aku memandu dengan agak laju dan Alhamdulillah ...jalanraya juga agak lengang.Aku masih tidak percaya dengan berita itu. Malam tadi, nenek masih sihat dan makan agak banyak dari biasa.Mustahil pagi ni dia dah tiada....Namun bila tiba di rumah nenek, aku terpaksa menerima kenyataan tersebut. Sedih? Perasaan itu sudah terlalu lama sebati dalam diri ini. Bayangkan, setiap kali nenek memandang wajahku, beliau akan menangis teringat anaknya yang sudah dikurung lebih 7 tahun di Kem Kamunting. Nenek selalu kata, itulah satu-satunya anak yang tidak pernah meninggikan suara kepadanya....

Kini nenek telah tiada......Tiada lagi titisan airmata di wajah tua nenek... Pagi tadi, aku sempat bersama Kak Yah, Emy, Fika, Kak Nina dan Kak Jun mandikan jenazah nenek buat kali terakhir.Selepas itu aku bersama Kak Nani membalutkan tubuh nenek dengan kapas dan kain putih..... aku juga turut menyapukan bedak dan meletakkan sedikit celak dikening nenek yang cantek itu... Ku lihat, nenek seperti sedang tidur....


Semoga roh nenek dikumpulkan bersama mereka yang soleh dan beriman , serta damai dan tenang disamping PenciptaNya ....Ameen.


Akan bersambung...

Read More !

Nenek, bertahanlah....

| | 6 ulasan

"Cepat datang rumah, nenek tenat dan tak sedarkan diri" itu saja yang sempat dinyatakan oleh Mak Su Sarah, ibu saudara Suhaib yang bungsu sebelah Abah.Aku ketika itu baru saja meletakkan kepala dibantal setelah menyelesaikan beberapa urusan.Ku lihat jam menunjukkan 1.50 pagi.Aku segera bersiap-siap dan mengejutkan Suhaib yang sedang tidur lena .Aku mengingatkan diriku beberapa kali supaya jangan panik dan bersangka baik pada Allah SWT serta meminta dari Nya supaya nenek sihat kembali.Aku memandu kereta dengan perlahan walaupun jalanraya lengang ketika itu.

Tiba dirumah nenek, semua adik-beradik Abah telah berada disitu. Ku lihat nenek terbaring , matanya terbeliak keatas dan lidahnya kelu.Nenek tidak kenal kami semua dan beliau tidak dapat bercakap!! Wajah dan tubuh nenek kelihatan bengkak disana-sini. Kak Long, Kak Yah, Kak Jun, Yanti dan Pija asyik menangis saja. Abang Ramli sedang baca Surah Yaasin. Nafas nenek kuat seperti orang berdengkur dan bila ku pegang jari-jemarinya, sukar untuk ku menarik semula dari pegangannya. Kami bergilir-gilir membaca Surah Yaasin yang boleh menjadi ubat bagi memberi ketenangan spiritual pada orang yang sedang sakit.......

Perlahan-lahan ku perhatikan mata nenek tertutup dan dengkurannya menjadi perlahan.Pernafasannya kembali normal walaupun jari-jemarinya masih kelihatan kejang.Nenek baru saja pulang dari wad kerana rawatan kencing manis di HUKM selama hampir tiga minggu. Doktor benarkan nenek pulang untuk berehat beberapa hari dirumah...

Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Walaupun hati ini masih curiga dengan perubahan itu, mataku tidak lepas memerhatikan dada nenek yang masih berombak perlahan ...sambil berdoa supaya beliau akan terus diberi kehidupan oleh Yang Maha Esa, Allah SWT.



(Beberapa orang SB yang mengiringi kepulangan Abah)

Selepas Solat Subuh di pagi Ahad 24 Mei itu, aku minta diri pulang ke rumah untuk menguruskan kepulangan Abah dari Kem Kamunting.Aku memohon pada Allah supaya mepermudahkan segala urusanku. Aku berurusan dengan Kem, dan menyedari hari itu hari Ahad, terpaksalah bersabar dengankerenah warden yang menyambut panggilan ku. Kem meminta ku menghubungi Bukit Aman, namun beberapa nombor yang di beri, tidak memberi sebarang respon terhadap panggilanku....

Akhirnya aku teringat satu nombor kepunyaan seorang SB yang pernah diberikan oleh seorang bekas tahanan ISA yang telah bebas. Aku hubungi nombor itu dan SB tersebut telah memaklumkan permintaanku supaya Abah dibenarkan pulang menziarahi ibunya yang sedang tenat.


Seperti yang telah dijanjikan , Abah dapat pulang untuk menziarahi ibunya. Lebih 10 orang polis berpakaian biasa "mengiringi" kepulangan beliau.Semua adik-beradik dan saudara mara yang hadir ketika itu, sebak dan ramai yang menangis melihat Abah...... Mereka sedih kerana tahanan ISA yang lain semuanya telah dibebaskan, tetapi Abah masih lagi terus menerus dikurung di Kem......

(Abah sedang duduk disebelah nenek )

Nenek kelihatan baring tak bermaya...namun, kami semua terkejut bila saja Abah tiba dari Taiping, beliau kelihatan begitu segar dan mampu bercakap kembali!!.Alhamdulillah !!! Nenek minta duduk disebelah dan makan bersama Abah yang begitu sabar menyuapkan makanan ke mulut nenek. Ku perhatikan beberapa orang jiran yang datang, mengesat mata masing-masing melihat keadaan dua beranak itu....


Abah dibenarkan berjumpa nenek selama sejam . Ketika lawatan seperti ini, semua adik beradik dan juga Suhaib dapat bersalaman dan memeluk Abah. Suasana pertemuan itu gembira berbaur sedih. Gembira kerana dapat bertemu namun rasa sedih... lebih lagi dirasakan kerana selepas itu, Abah terpaksa dibawa keluar dari rumah untuk bermalam di salah sebuah balai Polis di Kuala Lumpur...

Keesokan harinya iaitu hari Isnin, Abah dibenarkan melawat nenek untuk kali kedua selama sejam dan selepas itu beliau terus dihantar pulang ke Kem tahanan ISA di Kamunting, Perak.

Read More !

Suhaib terima panggilan telefon dari abahnya....

| | 4 ulasan

"Suhaib, abah ni!!! Dia nak cakap dengan Suhaib" aku segera menghulurkan telefon bimbit kepada Suhaib. Sebaik saja pulang dari sekolah, Suhaib biasanya akan berehat di ruang tengah sambil menonton rancangan sukan.Biasanya dia berada diruang itu tidak terlalu lama, sekitar 15 minit saja. Namun petang tadi rehat Suhaib sedikit terganggu. Secara tiba-tiba, aku mendapat panggilan telefon dari Kem mengatakan ada seseorang ingin bercakap ditelefon.Aku merasa sedikit berdebar.... khuatir ada berita kurang enak bakal diterima...maklumlah, sejak tujuh tahun yang lalu, kami berdua tidak pernah menerima sebarang panggilan telefon dari tempat tahanan ISA itu.Namun rasa gelisah itu hilang kerana rupanya abah Suhaib yang berada di hujung talian. Ku biarkan Suhaib berbual dengan abahnya. Sambil melekapkan telefon bimbit rapat ke telinga, dia kelihatan tersenyum-senyum ketika bercakap,seolah-olah bapanya berada dihadapan nya. Rasa sebak pula menyaksikan episod itu....Apa lah istimewanya bercakap ditelefon? Selama ini, beliau juga mempunyai keinginan mendapat panggilan telefon dari abahnya...lebih-lebih lagi bila melihat rakan-rakan sebaya begitu mesra dengan bapa kandung mereka masing-masing....Terlalu banyak perkara yang beliau ingin lakukan bersama bapanya . Dan segala keinginan itu telah terpendam tujuh tahun lamanya.....

Petang tadi, Suhaib bercakap dengan abahnya selama lebih 10 minit di telefon !!! Sebaik saja panggilan tamat, ku tanya pada Suhaib " suka ke abah telefon tadi?". Suhaib tidak menjawab sebaliknya dengan senyuman yang masih mekar di bibir, segera beredar ke biliknya dan menyembunyikan wajah disebalik bantal busuknya....

(Syukri memegang kamera, Zainul dan Suhaib)
"Suhaib lagi "macho" dari abang ni..." kata Zainul merujuk pada jambang Suhaib yang lebat itu. Beliau bersama Syukri dari TV PAS , kebetulan datang untuk mengadakan sedikit penggambaran dirumah ku. Seperti biasa, Suhaib hanya tersenyum menunjukkan barisan gigi yang putih dan cantik.
Baju biru jalur itu adalah baju abahnya ketika diambil dari rumah 7 tahun yang lalu. Aku perasan, Suhaib akan memakai baju itu, sebaik saja kering dari ampaian dan aku selalunya memastikan baju itu dimasukan kedalam mesin basuh sebaik saja ku lihat ianya bergumpal bersama pakaian kotor yang lain.Begitu juga dengan kain pelikat, kopiah dan seluar. Apa saja pakaian abahnya yang sudah muat dan selesa, beliau akan memakainya setiap hari. Jelasnya, setiap hari Suhaib semakin merindui kepulangan abahnya.........

Biasanya penggambaran tidak sempurna tanpa kehadiran air mata yang biasanya akan keluar dari kelopaknya tanpa diundang. "Saya lakukan semua ini untuk Suhaib!!! Selama ini, saya sentiasa cuba berperanan sebagai ibu dan bapa padanya. Dan perjuangan ini adalah simbol pada peranan bapa yang tidak diperolehi dari bapa kandungnya...."


Read More !

Nizar senasib dengan tahanan ISA?

| | 2 ulasan

"Federal Court the application re ISA Voting Rights with costs. Really unfair.." itulah sms yang saya terima dari Peguam terkenal Edmund Bon yang pernah mewakili 10 tahanan ISA JI dalam Habeas Corpus mereka pada Februari tahun 2004.Setelah permohonan dibatalkan oleh Hakim Kadir Musa, ditahun yang sama, Edmund telah failkan kes hak mengundi tahanan ISA.....semuanya dilakukan bukan sekadar untuk mempersoalkan hak mengundi, namun yang lebih penting untuk mendapat liputan tentang penahanan tanpa bicara oleh akhbar-akhbar utama.

Saya faham, setelah tiga hari berturut-turut menunggu keputusan Hakim, tentunya beliau sedikit kecewa dengan penyingkiran itu.... dan biasanya, saya adalah antara beberapa orang teman yang dipilih untuk berkongsi berita kurang gembira itu......

Saya tidak terperanjat kerana telah menjadi rasmi pihak berkuasa, kalau boleh, setiap kes mahkamah yang melibatkan tahanan ISA, semua kes itu mesti di kuburkan saja!!!Hakim di Malaysia ini tidak ramai yang berani membuat satu keputusan yang benar-benar adil dan mendahulukan kepentingan rakyat!

Kemudian, disebelah petangnya, saya juga turut sama menanti keputusan kes rayuan MB Zamri dan MB Nizar. Saya berpesan kepada beberapa orang teman wartawan supaya memberi "first-hand news".Pada jam 3.52, saya mendapat sms dari Chen, wartawan Merdeka Review " Kak, Zambri wins......"

Edmund dan Amer Hamzah adalah salah antara peguam yang berjuang untuk kes ini. Nampaknya, ini adalah berita kurang gembira kali kedua bagi Edmund kerana ketiga-tiga hakim yang mendengar penyerahan itu sepakat memberikan 3- 0 kepada MB Nizar!!!

Rakyat Malaysia perlu faham, sistem perundangan di Malaysia ini tidaklah bebas sepertimana di negara maju lain seperti di UK atau US dimana teori pengasingan kuasa benar-benar di praktikkan. Di Malaysia, eksekutif yang terdiri dari pemimpin UMNO/BN kedudukan mereka dikatakan sentiasa "above the law". Kerajaan BN seolah-olah cuba mengelakkan pilihanraya @voting terutamanya di Perak......., jadi secara tidak langsung, keputusan hakim biasanya akan dibuat berdasarkan suasana dan keperluan politik semasa. Ataupun ...mungkin keputusan itu telah dijangka oleh semua orang?

Namun apa yang istimewa dari dua keputusan hakim di Palace of Justice (POJ) ini ialah, kedua-dua pihak iaitu YB Nizar dan peguam Edmund serta kawan-kawannya terdiri dari Amer, Tina, Richard, Roger , Sunil dan para peguam Perak.... perjuangan mereka ini sama dengan perjuangan GMI ... untuk mendapatkan hak rakyat yang sedang dicabul oleh BN..

Ketika melihat gambar YB Nizar di kamera, saya tersenyum melihat beliau tetap setia memakai lencana Malaysia Bebas dari ISA dan umum telah tahu bahawa beliau adalah sebahagian dari aktivis anti-ISA di Perak .Dan kini, tentunya pengalaman bersama aktivis anti-ISA sudah cukup untuk memberi beliau segala ilmu yang diperlukan untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak rakyat Perak ........ yang sentiasa memberi sokongan padu pada kepimpinannya.

Keep the spirit up to the lawyers and YB Nizar!!! Lawan Tetap Lawan!!



Read More !

10 tahanan ISA di Kem Kamunting, terus di perjuangkan.....

| | 1 ulasan

(Tina , Edmund Bon dan Nalini )

Sebaik saja tiba di Palace Of Justice pagi tadi, aku dan blogger Ummuasiah terus ke bilik bicara 4 untuk mendengar keputusan samada kes Hak Mengundi Tahanan ISA yang pernah didengar pada tahun 2004 dulu, akan ditukar hakim yang akan mendengar perbicaraan itu atau ditiadakan terus....

Kami dapati Peguam Tina , Edmund, Sunil dan Roger yang mewakili kes ini bagi pehak tahanan ISA, sudah berada di meja masing-masing.Aku hanya sempat memberi lambaian pada Tina. Ruang awam di bilik bicara tersebut agak padat dengan kehadiran wartawan dan penyolong YB DS Anwar kerana kes "dibuang dari jawatan TPM" 10 tahun lalu. Aku, Nalini dan Ummuasiah menunggu dengan sabar......

Edmund adalah salah seorang dari lima peguam yang mewakili Abah Suhaib dalam Habeas Corpus (HC) pada tahun 2004, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Permohonan itu telah ditolak oleh hakim Kadir Musa!



(Sunil , MerahHitam dan Richard)


Aku turut melambaikan tangan pada Sunil, peguam yang telah menyediakan "submission voting rights" itu. Thanks Sunil and the gang for your extra unpaid hardwork!!! Realitinya.... terpaksa menggunakan apa saja peluang untuk memberitahu bahawa ISA itu zalim dan mencabul hak asasi manusia.....

Kami berbual dengan beberapa orang penyokong YB DSAI sambil menunggu ketibaan Ketua Hakim Tan Sri Zaki, yang sepatutnya membuat keputusan ,siapakah hakim yang akan mendengar rayuan tahanan ISA tersebut.Lebih kurang 45 minit menungu, akhirnya Edmund memberitahu kes itu perlu sedikit perlarasan hakim yang akan mendengarnya.Ianya ditunda ke hari esok, Jumaat 22 Mei.Ahhh!!!!! Inilah hakikat jadi mangsa ISA. Terpaksa menerima sebarang kemungkinan dari setiap tindakan untuk mendedahkan penahanan tanpa bicara yang berpanjangan ini.......


Akhirnya kami beredar dari bilik itu dan kemudian terus turun ke tingkat bawah untuk memberi sokongan pada kes MB Perak.


MerahHitam bersama dua orang Gen Y(baju biru dan Sofi-kelabu) serta Kak N.
Kami perhatikan,ramai juga peminat MB Perak!! Selain jurugambar dan wartawan, penyokong dari Perak dan dari sekitar K.L meramaikan dan memeriahkan keputusan mahkamah tehadap kesahan MB Perak.
Sewaktu bersandar di dinding lobi, aku perasan beberapa pasang mata sedang memerhatikan.Aku tersenyum tawar sambil menganggukkan kepala perlahan.... Dua anak muda mendekati dan bertanya adakah aku salah seorang keluarga ISA yang sering keluar di HARAKAH. Kami berkenalan dan dua orang Gen Y itu bersetuju untuk memberi sokongan pada kempen bebaskan semua 10 tahanan yang masih berada di Kem Kamunting....

(Wan Zahari-HARAKAH, Nalini, Ummuasiah, MerahHitam, Yus-Suara keadilan)

Kehadiran kami kurang lengkap jika tidak bertemu dengan mereka-mereka diatas yang tidak pernah jemu memberi sokongan terhadap perjuangan membebaskan tahanan yang sedang aku dan GMI lakukan sekarang.....

Read More !

Rakyat Malaysia sudah lupa ISA?

| | 1 ulasan

DEMO BERSIH pada akhir tahun 2007 amat besar ertinya dalam perjuangan rakyat Malaysia menuntut satu piihanraya yang lebih adil,telus dan bersih dari anasir penipuan. ISA bukanlah isu utama tetapi turut menambah nilai "kejahatan"kerajaan BN keatas rakyat.

Pada hujung tahun yang sama, iaitu Disember 2007, HINDRAF, kumpulan yang di pelopori oleh seorang Peguam Hak Asasi, P.Uthayakumar telah mengadakan satu demo khas menuntut hak orang India yang telah 50 tahun dinafikan oleh UMNO/BN. Demo itu memang berjaya mengubah persepsi kaum India terhadap kerajaan BN dan sebagai penawar kepada kesedaran itu, lima orang penasihan undang-undang Hindraf telah ditahan dibawah ISA." ISA sudah ada di Malaysia lebh 40 tahun dan sudah lebih 10,000 rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang akademik telah menjadi mangsanya....." kata saya dalam satu ceramah di Seremban.
Barulah orang-orang India sedar bahawa mereka juga boleh ditahan dibawah akta itu. Dan sebagai balasan kepada kerajaan UMNO/BN, rakyat telah "mencuri" 5 negeri di Semenanjung Malaysia.Itulah kemudiannaya timbul satu nama baru "Kerajaan Pakatan Rakyat"@PR.

ISA telah membuka minda rakyat, terutamanya bukan Melayu bahawa kerajaan yang menakutkan rakyat menggunakan akta zalim itu, semestinya di tolak! Selain isu ISA, rakyat sememangnya telah begitu muak dengan kejahatan dan kerakusan BN. Fakta telah membuktikan, orang Melayu adalah golongan yang masih terpinggir dari sudut ekonomi, orang Cina walaupun berjaya di bidang itu namun dinafikan dalam sudut lain manakala kaum India terasa di anaktirikan, walaupun telah menjkadi penduduk tetap, lebih 50 tahun! Jadi, apakah sebenarnya perjuangan UMNO/BN???


Dan kini, semua tahanan ISA Hindraf yang menjadi ikon rakyat Malaysia telah dibebaskan. Pada hari kedua PM Najib menerima jawatan itu dari Pak Lah, beliau telah membebaskan 13 tahanan ISA. Dan sebulan kemudian, Menteri Dalam Negeri yang baru, telah membebaskan pula 13 tahanan ISA yang lain.
Kini hanya ada 10 orang ditahan dibawah ISA..........dan tiada penahanan baru ......
Adakah ini bermakna rakyat Malaysia telah selamat dari ISA??
Adakah ini bermakna rakyat Malaysia telah melupakan kejahatan dan kezaliman ISA?




Read More !

Dilema seorang Melayu.......

| | 3 ulasan


”Umi, adakah Abah is one of the unfortunate Malays?” tanya Suhaib kepada ku. Terkejut “beruk” dengan soalan yang tidak diundang itu. Buat beberapa ketika otak mula mencongak dengan ligat, apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan itu.



Kenapa Suhaib bertanya soalan seperti itu ?? Apakah yang ada dalam fikiran Suhaib???



Mungkin Suhaib membandingkan penahanan Abah beliau dengan tahanan lain seperti rakyat asing dan Hindraf, yang semuanya telah dibebaskan.Mereka semua tidak pernah dibicarakan di mahkamah,tetapi semuanya telah dikeluarkan dari Kem Kamunting.



Dari sejumlah 29 Juta rakyat Malaysia, bapanya telah dipilih oleh kerajaan UMNO/BN untuk dijadikan mangsa ISA. Tambahan pula beliau berugama Islam, memang sesuai sangatlah mereka di jadikan salah seorang ”pengganas” yang masih perlu disiasat walaupun telah ditahan tanpa sebarang bicara lebih tujuh tahun lamanya.Abah ditahan bersama –sama 50 orang lelaki Melayu-Islam pada tahun 2002 yang dilabelkan sebagai ahli ”JI” tetapi tahanan yang lain, termasuk Yazid Sufaat yang didakwa sebagai ketua dan anggota ”JI” paling bahaya , serta Faiz Bafana yang mengaku sebagai salah seorang ”mastermind” dalam gerakan ”JI”, semuanya telah dibebaskan secara berperingkat...Memang amat malang bagi Abah Suhaib yang dikatakan sebagai ahli biasa saja, masih lagi disiasat dan diberi pemulihan di Kem Kamunting.Penahanan Abah sudah cukup 7 tahun pada 17 April yang lepas. Dah lebih tujuh tahun ditahan tetapi masih disiasat dan sedang dipulihkan!!!!



Satu perkara lagi malang ialah disebabkan Abah berasal dari kelompok orang Melayu, yang memang amat terkenal dengan sikap lemah lembut, sopan santun dan tidak suka melawan. Orang Melayu sejak 50 tahun yang lalu, memang telah diajar supaya sentiasa bersyukur dengan apa saja yang ada dan tidak boleh meminta-minta kerana hak hak orang Melayu telah di peruntukkan dalam perlembagaan.Bila bercakap tentang ISA, satu akta yang ditakuti oleh semua orang, maka bertambah kecutlah hati orang Melayu. Kalau ikutkan hati, tak mau ada sebarang hubungan langsung dengan mangsa ISA disebabkan terlalu takut dikaitkan dengan akta tahan tanpa bicara itu.Justeru, bila Abah, seorang rakyat biasa kena ISA, amat sedikit pembelaan yang diberikan oleh orang Melayu untuknya. Majoriti orang Melayu berpendapat, Abah sepatutnya berdoa dan bersabar sahaja dengan ujian Tuhan ini dan menunggu balasan dari Allah di akhirat nanti......Ya, mungkin ada benarnya....Namun yang lebih menyedihkan, ramai juga orang Malayu berpendapat lebih baik jika ikut saja kehendak SB dan bekerjasama dengan polis berpakaian biasa itu supaya mudah dibebaskan!!!!



Dan, perkara malang yang paling dahsyat sekali ..... Abah dijadikan mangsa ISA oleh Menteri Dalam Negeri yang juga orang Melayu, SB-SB yang sentiasa mempermainkan Abah juga mendakwa sebagai orang Melayu yang berugama Islam...”Kami pun sembahyang, kami pun ada Tuhan, tapi kami cuma ikut arahan orang atas je....” itulah jawapan standard dari SB.



Jadi sebagai kesimpulannya, bolehlah aku jawab soalan itu dengan mengatakan bahawa ” ya, Abah adalah seorang lelaki Melayu yang amat malang di Malaysia ini kerana masih dijadikan tahanan ISA.......

Read More !

Aku, ISA dan Gen Y.

| | 2 ulasan

Aku bersyukur kepada Allah kerana berpeluang untuk berkongsi kejahatan UMNO/BN yang sedang mendera aku sekeluarga menggunakan ISA dengan generasi Y, yang sangat aktif dan sentiasa peka dengan maklumat terkini. Tidak susah untuk memahamkan mereka tentang ISA. Dan aku tidak merasa sebarang kerugian memperuntukkan banyak masa untuk mendidik generasi ini betapa mereka wajib menolak ISA. Merekalah yang bakal menerajui negara satu hari nanti!!


Sekiranya Menteri Dalam Negeri dan SB2 yang tidak berperikemanusiaan itu sangka mereka telah berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Abah Suhaib adalah benar-benar pengganas sepertimana tuduhan mereka, maka tunggulah saja beberapa tahun dari sekarang samada mereka masih relevan lagi atau tidak.Berapakah usia Menteri Dalam Negeri dan SB2 itu kini?? Ramai yang memberitahu, orang-orang yang jahat dan zalim ni Allah akan panjangkan usia mereka untuk beri peluang supaya bertaubat.... betul ke? Wallahualam.

Namun yang jelasnya karektor generasi Y amat jauh bezanya dari generasi yang berusia lebih 50 tahun yang hanya diperlukan oleh UMNO/BN untuk memberi kemenangan ketika pilihanraya saja.Mereka ini hanya bergantung kepada maklumat suratkhabar dan TV yng semuanya tidak pernah melaporkan berita tentang kesusahan hidup keluarga tahanan ISA.
Mungkin ada yang celik IT tetapi jumlah itu masih belum mencukupi untuk memberi satu daya juang untuk menolak ISA.

Aku juga amat bersyukur kerana mempunyai pengalaman sebagai seorang guru yang mampu berkomunikasi dalam dua bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , banyak memudahkan kerja-kerja penerangan terutamanya untuk menceritakan tentang kejahatan ISA kepada masyarakat Gen Y.Menjadi ahli keluarga tahanan ISA paling lama, 7 tahun, memberi banyak kelebihan untuk dikongsikan kerana terbukti aku tidak bercakap kosong saja!!! Dan sedikit kebolehan menulis adalah pemberian Allah yang amat mahal harganya, tanpa aku sedari, kemampuan ini telah melonjakkan lagi penyebaran tentang ISA kepada generasi baru yang amat dahagakan informasi terkini.


Aku sering berpendapat, kejamnya dunia ini dan betapa deritanya hidup kerana teman baik ku @ Abah Suhaib terus-menerus ditahan ...namun, penahanan ini rupanya telah membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi ku untuk terus mendidik generasi Y dan yang hampir-hampr sewaktu dengannya, supaya lebih peka dengan penderaan mental yang digunakan oleh pemerintah keatas rakyat menggunakan ISA. Apakah penderaan mental itu? ISA mendera mental rakyat kerana unsur "tahan tanpa bicara" dan "kuasa mutlak Mneteri Dalam Negeri" yang menjadikan akta itu mewujudkan suasana " wall of fear" diminda setiap rakyat supaya sentiasa takut untuk mempersoalkan hak sebagai rakyat Malaysia ,yang semuanya telah termaktub di Perlembagaan Persekutuan!!!

Merdekakanlah minda anda semua dari ISA dengan cara menolaknya dari sistem perundangan kita..... Gen Y mampu melakukannya!!!!



( Toh dan Nalini dari SUARAM )
( Genereight - Generasi ke 8. Al Amin Kuala Lumpur )

(DEMA dan KLSCAH)


Krew TV PAS dari GAMIS.



Read More !

Antara Dua Dunia....

| | 0 ulasan

Inilah duniaku..

Pintu pagar tempat tahanan ISA ditempatkan ini sudah menjadi sebahagian dari kehidupanku sejak tujuh tahun yang lalu. Penat memandu sejauh hampir 400km, bertambah letih ketika memasuki pintu utama inikerana terpaksa menyerahkan kad lawatan dan kemudian aku akan terus bergerak ke pintu ke dua. Di pintu kedua, aku biasanya menunggu paling sekejap dalam masa 30 minit sebelum di panggil ke pintu ke tiga.Dipintu ke 3, aku dan beg tangan segala isinya akan diperiksa. Tubuhku akan di "raba" dan di scan oleh seorang warden wanita berpakaian seragam coklat pekat.Akhirnya barulah, aku dapat bercakap dengan suamiku @Abah Suhaib yang masih dikurung didalamnya dalam tempoh masa 45 minit, menggunakan interkom, disebalik cermin lutsinar. Itu adalah rutin yang wajib dilalui sejak dan aku telah diperlakukan demikian hampir 200 kali!!! Segala proses yang terpaksa dilalui ini amat menyeksakan perasaan... Aku tidak pernah terfikir, dibandingkan duniaku sebelum ini yang amat tenang, aman dan damai... tiba-tiba aku terjatuh ke dalam satu dunia lain yang begitu ganas ..... penuh kesengsaraan , keperitan, penderaan mental dan spiritual. Sesungguhnya aku ingin lari dari dunia yang penuh pencabulan hak kemanusiaan ini namun.....aku tidak berdaya untuk menolaknya.

Akhirnya.... setelah sekian lama aku membuang masa cuba melarikan diri dari segala kejahatan dan kezaliman yang telah ku lalui, aku tiada pilihan melainkan berpusing untuk menghadapinya dengan segala kudrat pemberian Allah yang ada pada ku. Ku serahkan diriku ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.....Tuhan yang menciptakan diriku.Dialah yang Maha Mengetahui apakah kesudahannya perjalanan perjuangan ku ini....
Duniaku tujuh tahun sebelum ini......
Kehidupanku sebelum ini hanyalah rumah, sekolah , bilik darjah dan kanak-kanak. Kerjaya sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta yang agak elit ini merupakan impianku sebaik saja keluar dari menara gading. Kehidupan ini terlalu indah ,selesa, aman dan damai......
Duniaku bersama anak-anak comel yang ku umpamakan seperti sehelai kain putih yang bersih, aku ingin memberi corak yang paling baik dan menarik keatas kain itu.....


Ikatan murni guru- pelajar antara ku dan mereka sentiasa hidup segar dalam sanubariku....



Read More !

In memory of 2007-" Teacher's Day Celebration".

| | 1 ulasan

A few songs from the ustaz lead by ex HM Ustaz Zubir Othman.

A Choral Speaking by the female teachers. I was not in the pic coz I had to stand few feet right infront of their eyes to conduct the presentation.

The "squares" received unforgettable applause from the crowd for their show....

Dear Teachers,
We have so much ,but we could only share this simple notes with you.Hope it will be the best memories for us all….

Riiiiiiing…
Semua murid mesti berbaris didataran se-ka-rang!….
Ustaz Rozaini said softly, clearly and monotonously,(Ch)
We have assembly today.(Solo)

After singing the school song, we sit on the floor,
The voice of the prefect as the MC , always make us dizzy and sleepy,
To make us alert and not to sleep, we whisper at each other…
But, some teachers describe us as talkative….
Teacher please, don’t punish us, we just want to be creative…(Ch)


Hari ini ustaz nak cerita kisah Saidina Umar…(Solo)

Ustaz Zubir will pick a story from the sirah for his weekly speech(Ch)

Ustaz akan ambil tindakan pada aulad dan banat yang selalu ber sms(Solo)

Yeah, Ustaz Zubir is right. We are too young to fall in love with the girls.(Ch))

I don’t like girls…..they are taller than me(Solo)

Me too ….Or …May be, girls are interested in us?? Just may be….(Solo)



“Boleh tak buat hafazan betul2 ?” (Solo)

InsyaAllah, boleh cikgu
Normally Cg Murni is so patient , but this time she’s really angry at us(Ch)

Suara kita ni….. bising ke?Jangan lah buat Cikgu marah!!!(solo)

Well……I don’t think so…we are just whispering to each other, that’s all…..(solo)

We always do our hafazan at home, but when we reached school,
everything vanish from our mind…
Hmmm….. what must we do???(Ch)


Cikgu,, may I go to the toilet?


No !!!

HHHH!!!!!!

Saya tahu , hari ini anta dah pergi toilet banyak kali!

Cikgu Noraini is a strict teacher.
She knows that we love to visit the toilet in level one..
But this time, we don’t have any chance to walk around anymore…



Sapa tak makan nasi, cikgu catit nama dia!!!

Cikgu Nik, saya tak boleh makan ikan…
Nanti mata saya jadi merah….(solo)

Cikgu, doktor kata saya allergic with fish and seafood!!!(Solo)

If the main menu of the day is fish, the pupils looked so bored,
But…… if it is ayam goreng, hmm …they will clear their plates to their last straw
By right, whatever the canteen had provide us, then we must take it willingly..(Ch)



Semua murid mesti solat dengan betul,(solo)

Aaaahhhhh Ustaz Radzi’s words, were too soft, (Solo)

Yeah…. Ustaz words are too soft, that we can hardly hear them(Solo)

Normally, boys like to talk before performing their solat,
Its too bad boys, we must stop it, rite??(Ch)

Ustaz, tadi Aiman bercakap semasa solat!(Solo)

Anta mesti solat semula, solat tadi tak sah!!!(Solo)

Oh dear…this is the special part of Al Amin.
Thank you teachers for making sure we practice our pray up to the best level







Kita semua tak akan tidor, sampailah kamu pandai buat ikatan (Solo)

Ustaz Nizan, saya dah tak nampak tali….mata saya dah tak boleh buka(Solo)

Ustaz Shakir, its past mid nite already..aaahhhhh, bagi minyak angin sikit ustaz(Solo)

Ustaz Haris, saya buat simpul manuk tapi…. jadi tindik kasih, macam mana ni??(solo)

Those were the words came from the our year 4 brothers in camping last 2 weeks.
No matter how hard it was, we enjoyed the camping so much.


Dear Teachers,
All of you had given the best knowledge to us,
All of you had done so much for us all,
Thank you so much for everything,
We always love you….
May Allah Bless you always….

Happy Teachers Day to all of you, Teachers.


p/s: Choral speaking ini adalah hasil karya saya yang telah dipersembahkan di sambutan Hari Guru tahun 2007. Naskah ini adalah sebahagian dari kenangan yang di kutip semula untuk menghilangkan kerinduan saya terhadap warga guru dan murid di Sekolah Al Amin, K.L.("You are always in my heart!!!)

Read More !

Selamat Hari Guru, 2009.

| | 2 ulasan

Untuk semua guru-guru di Sekolah Al Amin Kuala Lumpur, diucapkan Selamat Hari Guru, anda semua adalah guru-guru yang hebat!!!!Semoga segala penat lelah yang dicurahkan mendapat balasan terbaik dari Allah SWT!!! (Cg Saeedah, Cg Noraini, Cg Nordina, Cg Wardah , Cg Nur Husna, Cg Fuziah, Cg Faezah)

(Cg Rozita, Cg Saeedah, Cg Rozi, Cg Murtasa, Cg Marina , Cg Nordina dan Cg Salina)

(Cg Azimah, Cg Hasliza ,Cg Saliza dan Cg Khairiah)


(Cg Murniwati , Cg Suriati, me , Cg Fatimah)


Guru Bukan macam papan skate,
Belum main gilap, dah main pijak.....
Guru bukan macam bola sepak,
Belum dapat kejar, dah dapat tendang....
Guru bukan macam bulu tangkis,
Belum main pegang dah main pukul....
Guru ibarat macam bola ragbi,
Belum dapat rebut, dah dapat di lindungi.... dari Nabil Afham

Read More !

"No To ISA" at Bar Council's EGM

| | 2 ulasan

(Lawyer Fadiah Nadwa Fikri- white scarf, second from right)

"Bar Council told Home Minister and IGP to quit" -Malaysiakini.
Last week, in solidarity to activist Wong Chin Huat's (Black day) arrests, there was a vigil held in Brickfields to protest the detention. The police arrested a number of fourteen participants at the Vigil.A group of five young lawyers from Bar Council's legal aid went to the Brickfields to meet their clients but unfortunately, the lawyers themselves were also arrested by the police and they had to stay in the lock-up overnite.Lawyer Fadiah Nadwa, one of Gerakan Mansuhkan ISA committee members, was one of them!!!
That's the root of the story why EGM was held by Bar Council at Civic Center today.Yes!!!Personally, I support the motion by 1400 lawyers came to the EGM today asking the two top person in Home Ministry to quit because they abused their power by asking their subbordinates to arrest the lawyers who came to give help to those arrested vigilers.

The three of us, myself, Temme of SUARAM and Nashita came to the EGM purposely to sell ISA merchandise like badges, books, car stickers and mufflers. We were not good at advertising these products.....

Alhamdulillah... we have famous lawyer Amer Hamzah Arshad who came to the rescue by calling, shouting and "forcing" the lawyers to take ISA mufflers and stickers away!Phew!!! Within half an hour all ISA mufflers and stickers were sold out!


"Kak Laila, nice to see you again. InsyaAllah, Poh Lai and us will visit your hubby end June. Stay strong. Please say hello to Suhaib for me..." thats the sms from Adrian few hours I left Civic Center today.
I met lawyer Adrian Chee who gave me a lift to Kem Kamunting two months ago and he promised to take another trip to visit the remaining detainees in the Kem next month.... Alhamdulillah.I'm so glad...at least the remaining 14 ISA detainees are still remembered by the lawyers.....



Read More !

Inilah realiti perjuangan....

| | 0 ulasan

Pulang dari shooting forum di Pejabat Harakah, aku singgah sebentar di pasar malam untuk membeli sedikit "dinner" bagiku dan Suhaib kerana jam 6 petang, Nashita akan menjemput ke Dewan Civic ,MBPJ Petaling Jaya untuk membuka meja jualan barang-barang ISA.Kami tiba agak lewat namun YB Lau ,ADUN di kawasan itu yang organize program 513 malam itu,telah memberi bantuan sebaiknya kepada kami ...Alhamdulillah. Melangkahkan kaki ke lobi Dewan Civic, aku terus-menerus di sapa oleh aktivis yang mengenaliku supaya "keep the spirit up" dan aku memahami kata-kata murni mereka. Untuk menghilangkan tension, aku dan Nashita sempat membeli beg istimewa yang bertulis "Kem Kamunting- Peranginan Mewah" yang di buat oleh Hakim, salah seorang penyokong dan juga aktivis kempen anti-ISA GMI.

Kehadiran meja GMI sudah cukup untuk membawa mesej kedurjanaan ISA kepada setiap pengunjung yang hadir.Aku melakukan tugasku menjaga barang-barang seperti lencana, muffler, buku-buku dan sticker ISA sambil memerhatikan orang ramai yang datang memenuhi dewan. Seorang lelaki berbangsa Cina mencuit tudungku dan bila ku toleh, beliau menunjukkan belakng T-shirt yang dipakainya yang bertulis "No To ISA" sambil memberi isyarat supaya aku kuatkan semangat.Sekumpulan lelaki berbangsa India asyik memandang kearahku memberi "signal" kepada lencana ISA yang mereka pakai di dada kiri asing masing. Beberapa orang wanita China dengan wajah yang kelihatan sedih menghampiriku sambil mengusap bahuku supaya terus bersabar.....Aku cuba "control macho" untuk menunjukkan yang aku kuat tetapi... ketika bertemu sekumpulan aktivis wanita, aku gagal mengawal air mata yang keluar dari takungannya tanpa dapat di bendung walau sedikit pun....Aku tidak pernah terfikir, mereka begitu mengenali diriku dan amat perihatin dengan setiap pembebasan terpilih yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri. " I understand they dont release your husband due to your activism, but do you think we have any better choice?Its either you keep quiet or making noise, there's no guarantee of the release because its the nature of ISA, they(SB) cant be trusted and will keep manipulating stories to keep him detained further...." kata Oy Sim penuh semangat."Your predicament, truly educate us directly about the draconian ISA .At least, now you can be proud of us, the Bar Council lawyers....Dont worry kak, you dont make a wrong choice to fight the ISA!!."Oy Sim begitu jujur dengan pandangan peribadinya.
"Dont be sad....Laila, think of how many ISA detainees that had been released all the way during your struggle with the ISA movement? Do you think its a wasted effort to help them? Dont you think its a noble job??" soal Cynthia sambil memeluk ku.Kata-kata Cynthia membuatkan ku teringat pelbagai kumpulan yang sering dibawa ke SUHAKAM untuk disiarkan di media seperti AlMaunah seramai 6 orang, KMM bersama Nik Adli seramai 15 orang, pelbagai jenama lain seperti APA, Pemalsuan Siling dan banyak lagi seramai lebih 60 orang. Itu tidak termasuk kumpulan "JI" dan remaja yang belajar di Pakistan "Karachi 13" berjumlah 65 orang , diikuti Darul Islam seramai 26 orang .....Semua mereka itu yang ditahan antara tahun 2001 hingga 2009...telah pun dibebaskan.....itu yang ada di mindaku.... jika diambil dari statistik GMI, jumlahnya mungkin ramai lagi...

"Thank God to see you smile again.I really feel bad and hope to call you but I stopped myself from doing so....Idont want to disturb you ...I'm really frustrated when your husband's name not in the list!!" Chen dari Merdeka Review tak habis-habis memberi kata-kata semangat kepadaku.Berbeza dengan Lat, peguam kami yang sering ku hubungi bila diganggu polis, beliau tetap menaliponku dan mengingatkan bahawa semua tindakan KDN ini akan berakhir juga suatu masa nanti.
"I'm glad you are still here, I mean in the ISA group...We'll keep supporting you until ISA abolish" kata seorang lelaki Cina yang ernah kutemui di Mahkamah.Beberapa orang lelaki lain yang berdiri dibelakang beliau semuanya tersenyum sambil mengangguk-anggukan kepala.


"Kak, kami akan berusaha bersama GMI macam dulu..."kata Sheikh .Shakir disebelahnya menganggukan kepala.Ketika masih belajar, Sheikh dan kawan-kawannya dari GAMIS amat rapat dengan program anti-ISA GMI. "Ok, lets make things happen again..." kata beliau.
Hampir setahun kami tidak bertemu dan banyaklah juga nostalgia kempen anti-ISA yang dibicarakan. Aku tidak pernah lupa, Sheikh yang berlakon sebagai seorang YB , semata-mata untuk menyerlahkan bagaimanakah ISA itu digunakan dan terus digunakan oleh pemerintah yang sedia ada kepada rakyatnya sendiri...




Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]